Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Diraba Peminat Selepas Konsert, Nadin Amizah Luah Rasa Kesal- “Saya Rasa Sangat Kotor”

by Soph Azz
July 7, 2025
Foto - @cakecaine (IG)

Foto - @cakecaine (IG)

Share on Facebook

Baru-baru ini penyanyi Indonesia, Nadin Amizah meluahkan rasa kesal dan kecewanya menerusi Stories di akaun Instagram peribadinya. Dalam hantaran yang dikongsinya, Nadin mendedahkan dia dikerumuni peminat dan mereka telah menyentuh badannya tanpa kebenaran.

Insiden itu berlaku ketika Nadin membuat persembahan dalam konsert yang diadakan di Pasar Senggol, Bekasi, Indonesia. Nadin berkata, sebilangan penonton telah menghampirinya selepas tamat persembahan.

View this post on Instagram

A post shared by Nadin Amizah (@cakecaine)

Mengkerumuninya secara keterlaluan dan berlebihan, ada sesetengah peminat mengambil kesempatan serta menyentuh badannya tanpa persetujuannya.

“Saya sangat kecewa dengan anda semua dan biasanya ada di antara anda yang mendesak dan menyesakkan saya dan pasukan walaupun kami telah dihadang oleh pasukan keselamatan tetapi ia masih huru-hara.”

Foto – @cakecaine (IG) / @messes.semarang (TikTok)

Tambahnya, akibat keadaan yang huru-hara itu, Nadin mnegakui berasa tercemar dan sangat tidak selesa dengan insiden itu.

“Malam ini berlaku sekali lagi badan saya yang benar-benar saya jaga telah disentuh oleh seseorang dan saya berasa sangat marah pada diri saya kerana ia berlaku lagi. Terasa sangat kotor dalam badan saya sendiri. Anda bukan peminat.”

Untuk pengetahuan kamu, dalam kejadian sebelum ini, Nadin menegaskan dia tidak mahu melabel insiden itu sebagai gangguan seksual. Katanya, kejadian itu berlaku kerana adanya kecuaian dan kekurangan ruang untuknya bergerak walaypun masih melanggar batas peribadi.

Foto – @cakecaine (IG) / Radar Tulungagung

“Mungkin orang tu tak sengaja sebab keadaan jadi huru-hara, tapi kalau betul-betul sesak, tolong tolong tolong jangan berebut-rebut nak sentuh badan saya? Untuk apa? Saya juga manusia? Ia sangat merendahkan diri untuk meraba-raba sana sini hanya kerana apa, saya seorang penyanyi?”

Walaupun begitu, Nadin menegaskan penolakannya terhadap sentuhan tanpa persetujuan. Bagi Murai, tidak kiralah sama ada selebriti atau orang biasa, setiap individu tidak berhak untuk menyentuh bahagian badan individu lain tanpa persetujuan.

Nadin Amizah
https://lomp.at/9tni1
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Siti Nurhaliza Titip Rasa Syukur Dijemput Ke Majlis Tadabbur Di Istana Selangor

by Naddy Joe
February 16, 2026

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menitipkan rasa syukur apabila berpeluang menghadiri Majlis Tadabbur Al-Quran di Istana Selangor, Kuala Lumpur,...

Read moreDetails
Foto - weechuanchin (FB)
Lokal

[VIDEO] “Harap Semua Faham, Kita Hormat Agama Islam”- Abe Wee

by Nurul A.
February 24, 2026

Tak dinafikan apabila tiba sahaja bulan Ramadan, kita berpeluang melihat penganut agama lain mencuba untuk berpuasa, termasuklah pempengaruh media sosial,...

Read moreDetails
Lokal

A. Aida Anggun Bertudung, Rakan Selebriti & Peminat Titip Rasa Syukur

by Naddy Joe
March 3, 2026

Penerbit terkenal, Datuk A. Aida mencuri perhatian netizen dan rakan selebriti selepas berkongsi penampilan terkininya di media sosial, baru-baru. Menerusi...

Read moreDetails
Lokal

Siti Nurhaliza & Oddah Buat Trend ‘Scuba Dance’ Di TikTok, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
April 2, 2026

Perkongsian anak perempuan kepada pelawak dan pengacara terkenal, Sharifah Shahirah iaitu Oddah mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik satu video di...

Read moreDetails
Foto - @ericjjlay (IG)
Asia

Eric Lay Akui Tertekan Lakon Babak Bogel Dalam ‘Kong Tao’

by Nurul A.
March 19, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai hari ini, 19 Mac 2026. Pasukan produksi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara