• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Disaat Wanita Itu Membuangnya Seperti Sampah, Sufian Suhaimi Kini Miliki Wanita Yang Ikhlas Denganya

by Puteri Alia
May 2, 2023
Share on Facebook

Segak dengan berpakaian sedondon rona warna merah pada majlis pernikahan penyanyi Aiman Tino, penyanyi Sufian Suhaimi akhirnya mendedahkan identiti teman wanitanya semasa menghadiri majlis akad nikah Aiman Tino baru-baru ini.

Meskipun terdahulu, penyanyi ini pernah mengakui bahawa jika soal cinta, mungkin dirinya memang orang yang kurang bernasib baik, namun itu hanyalah frasa yang terbit daripada bibir Sufian Suhaimi tatkala memulakan bicara tentang hubungan cintanya yang beberapa kali terkandas di tengah jalan.

Menurut sebuah laporan portal, ketika disoal mengenai isu ini, sepintas lalu nada suara penyanyi yang terkenal menerusi lagu Di Matamu itu kedengaran seperti reda dengan ketentuan hidupnya.

Tidak berselindung, anak kelahiran Johor itu mendedahkan antara hubungan cintanya terlerai ialah disebabkan keluarga.

“Kami putus kerana isu keluarga, rasa sakit itu masih tersisa kerana sudah lama bersama tetapi akhirnya terlerai jua.

“Sekarang saya masih dalam tempoh penyembuhan jiwa atau move on dan luka juga masih basah.

“Bukan mudah nak lupakan seseorang yang pernah bertakhta di hati tetapi apakan daya, perlu reda dengan takdir yang sudah ditentukan Tuhan.

“Mungkin rezeki untuk hubungan cinta yang kekal hingga ke syurga masih belum berpihak kepada saya,” tuturnya tenang.

Bagaimanapun, terkini Sufian Suhaimi dikatakan tidak lagi bersendiri! Penyanyi popular ini mengakui dia kini sedang menjalan hubungan cinta dengan seorang gadis.

Memetik laporan Harian Metro, dia tidak enggan membuka mulut soal nama wanita tersebut dan hanya menggelarkannya dengan panggilan sayang.

“Betul, itulah teman wanita saya. Usianya 23 tahun. Tapi saya tak nak terlalu mendedahkan identiti dia kerana bimbang perkara itu buatkan dia tak selesa.

“Bukan hendak berahsia tapi saya tak mahu terlalu berkongsi. Kalau keluar bersama, kami buat seperti biasa dan tidak pula menyorokkan hubungan kami.

“Saya panggil dia ‘sayang’, dia masih lagi menuntut di sebuah universiti dan hampir menamatkan pengajian,” katanya.

Pelantun lagu Dimata Mu yang menggayakan warna pakaian sendondon dengan kekasihnya ini mengakui masih dalam fasa mengenal hati budi masing-masing.

Hattan, Jamal Abdillah Antara Yang Turut Serta, Cara TV AlHijrah Sambut Ambang Tahun Buka Mata Masyarakat

“Saya kenal dia daripada kawan pada tahun lalu. Keluarga masing-masing juga sudah mengetahui perhubungan kami cuma belum berjumpa lagi.

“Saya memang tidak merahsiakan pun cuma enggan bercerita kepada umum dengan siapa saya berkenalan,” ujarnya.

Disoal tentang perancangan mereka ke fasa seterusnya, Sufian mengharapkan hubungan mereka berakhir dengan ikatan perkahwinan.

“Saya memang tiada sasaran bila akan berkahwin namun saya sudah bersedia untuk ke arah itu.

“Sudah tentu kami ada bercakap soal hala tuju hubungan ini sebab kami tidak mahu membuang masa. Kalau dah kenal dan bercinta pasti nak berkahwin.

“Tetapi kami tiada sebarang perancangan setakat ini atau menghitung hari,” jelasnya.

sufian suhaimi
https://lomp.at/5cai9
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat...

Read moreDetails
Berita

Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sweet Qismina tampil menegaskan bahawa dia enggan untuk masuk campur mengenai isu yang melibatkan pelakon, Puteri Balqis dan juga...

Read moreDetails
Foto - @therealmiasara (IG)
Lokal

Niat Baik Disalah Tafsir, Mia Sara Hadapi Anxiety Sehingga Cederakan Diri

by Nurul A.
January 30, 2026

Nampaknya konflik antara pelakon Mia Sara Nasuha dan Puteri Balqis Ashikin tak berpenghujung. Dan kali ini, MIa menjadi tumpuan ramai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore