Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Diserang Kegelisahan Melampau Sehingga Tak Dapat Tidur 4 Hari, Shila Enggan Trauma Lampau Ganggu Emosi Dan Kehamilan

by Puteri Alia
January 24, 2024
Share on Facebook

Resah gelisah memikirkan sesuatu perkara sehingga keletihan menjadi petanda seseorang individu sedang mengalami kerisauan atau lebih dikenali sebagai anxiety.

Anxiety adalah masalah kerisauan yang menjurus kepada perkara yang masih belum berlaku. Penghidap biasanya terlalu memikirkan perkara yang tidak baik atau tidak disukai untuk berlaku.

Bahkan trauma akibat peristiwa yang tidak baik yang pernah dialami boleh menjadi punca utama seseorang mengalami masalah anxiety.

Sebagai contoh, gara-gara diserang kegelisahan melampau atau anxiety, penyanyi Shila Amzah mengalami kesukaran untuk mendapatkan tidur yang lena sejak empat hari lalu.

Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah, selain anxiety, perubahan emosi juga antara sebab dia tidak mendapat tidur yang lena.

“Anxiety ketika hamil bukan satu gurauan. Saya tidak mempunyai tidur yang nyenyak sejak empat hari lalu.

“Saya meninggalkan semua perkara toksik dan enggan trauma masa lalu menghantui saya lagi,” katanya dalam Instagram hari ini.

Dalam pada itu, dia yang popular menerusi lagu Patah Seribu itu juga mahu menjadi seorang ibu dan isterinya yang sihat buat suami serta anak-anaknya.

“Saya hanya mahu menjadi isteri dan ibu yang sihat. Itu sahaja,” kata isteri krpada pensohor media sosial, Ubai itu lagi.

Pada 4 Januari lalu, Shila mengesahkan dirinya kini hamil selepas lima bulan mendirikan rumah tangga dengan Ubai yang juga seorang pensohor media sosial.

Dia juga sebelum ini pernah berkongsi menghidap anxiety dan antara punca utama ialah komen negatif yang diterima daripada netizen.

[VIDEO] Syada Luah Trauma Nak Bercinta, Shila Amzah Titip Nasihat- "Sayang Diri Kita Dulu"
anxietyshila amzahUbai
https://lomp.at/z1030
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Alha Alfa Terkejut Ramai Netizen Meminta-Minta Wang Di Media Sosial-“Saya Dulu Dari Keluarga Susah Jugak..”

by Naddy Joe
March 3, 2026

Usahawan kosmetik dan jurusolek terkenal , Datuk Alha Alfa akui merasa terkejut apabila ramai netizen yang meminta-minta wang daripadanya di...

Read moreDetails
Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
Foto - @iamellymazlein (IG)
Lokal

“Saya Terharu & Rasa Dihargai”- Gaya Tudung Dipuji, Elly Mazlein Tekad Jadi Muslimah Terbaik

by Nurul A.
January 23, 2026

Pelakon, pengacara dan penyanyi Elly Mazlein meluahkan rasa tersentuh dan terharu apabila mendedahkan dia telah menerima pujian daripada pendakwah Ustazah...

Read moreDetails
Lokal

Puteri Balqis Bidas Mia Sara Beria Menangis Depan Wartawan?

by Naddy Joe
January 23, 2026

Pelakon remaja, Puteri Balqis tampil bersuara terhadap tindakan pelakon, Mia Sara Nasuha yang sebelum ini menangis di hadapan para wartawan...

Read moreDetails
Spotlight

Anak Lelaki Amy Search Curi Perhatian, Tinggi & Kacak. Isteri Tertanya- “Entah Makan Apa Masa Pregnant”

by Phic ARMAN
March 5, 2026

Nama Amy Search memang tak perlu diperkenalkan lagi. Vokalis legenda kumpulan Search ini bukan saja dikenali dengan aura rock yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara