• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Ditegur Hina Nabi, Ini Nasihat Iqram Dinzly Untuk Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary

by Khai Azfar
January 8, 2018
Share on Facebook

Pada ahad yang lalu, Iqram Dinzly telah dijemput ke set Melodi bagi menjadi artis pertama yang mengisi slot ‘cerita sini habis sini’. Akan tetapi menerusi temubual dia bersama pengacara itu, kenyataan Iqram ketika ditanya siapakah gurunya dan dia menyebut salah seorang guru beliau adalah ‘Che Mat’ telah mencetuskan kontroversi.

Gelar Nabi Muhammad SAW Sebagai Che Mat

Dia dikatakan merujuk ‘Che Mat’ sebagai kepada Nabi Muhammad SAW dan gara-gara kenyataan yang disiarkan secara langsung itu telah menarik perhatian dari seorang ustaz yang dikenali sebagai Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary. murai.my difahamkan, Ustaz Abu Syafiq turut mendakwa Iqram sebagai pelakon sampah kerana merendahkan nama Nabi Muhammad SAW.

“Jumpa atau belum..dia yang mengaku sebagai muslim tiada hak merendahkan nama Nabi Muhammad. Isu bukan jumpa atau tak..hina nama Nabi atau perendahkan boleh menyebabkan jatuh murtad ..kena hati-hati.”

Iqram Cabar Ustaz Abu Syafiq Bersemuka

Menyedari akan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Ustaz Abu Syafiq, Iqram turut memberi kenyataan balas dan mengaku akan kekhilafannya. Malah Iqram turut menambah dengan menganggap Ustaz Abu Syafiq seharusnya menggunakan medium yang betul dan turut mempelawa beliau untuk bersemuka dengannya.

“Nak tumpang populariti ? Oh tidak mampu untuk aku memperhalusi seni diri dengan menghukumi atau mengadili . Jadi kepada ustaz ini , maaf sekiranya pemahaman tuan mengata hamba menghina Nabi, hanya perkataan ‘ CHE MAT‘ setelah mengatakan TOK GURU dan diusuli kemudiannya menyebut Nabi Muhammad saw itu penghinaan persepsi .

Bagaimana pula dengan rakusnya jari jemari tuan meletakkan emosi ketika menulis sehingga boleh mencetuskan kontroversi sedangkan tindakan ini lebih teruk menghina sunnah Rasullah saw yang menyuruh kita berbudi bahasa elok budi pekerti dan adakah benarnya cara tuan menjatuhkan maruah orang oleh dek kerana persepsi tuan seorang diri dengan menaikkan video bercakap seperti bongkak diri ? Mana adabnya sebagai seorang yang ilmu tinggi dalam setiap posisi , sedangkan kita langsung tidak mengenali secara peribadi ?

Rasanya mufti @drzulkifli.albakri lebih arif tentang ini . InsyaAllah , Allah lebih Maha Mengetahui niat dihati dan sekiranya sudi saya akan berjumpa dengan mufti berbanding dengan #ulardalamsemak yang semakin menular kini . Ingat ya kita semua bukan maksom bukan Nabi , sekiranya berterusan lagi isu ini , seperti khinzir sondol sana sini… tidak teragak rasanya untok hamba kasi huru hara sampai mati media sosial ini .Jemput bersemuka wahai ‘ ustaz ini ‘ usah nak guna medium ini untok cari publisiti..”

Apa pendapat anda mengenai isu ini? Bagi kami di murai.my, isu agama adalah satu isu sensitif untuk dibincangkan kerana tersilap kata mahupun tafsir pasti ianya akan menimbulkan pelbagai persoalan.

iqram dinzlymelodiUstaz Abu Syafiq Al-Asy’ary
https://lomp.at/2lvmm
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Gambar AI Generated
LifeXplore

[VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

by Farah Fatihah
January 31, 2026

Kalau selama ini kita hanya melihat salji di televisyen atau media sosial, kini pengalaman itu boleh dirasai sendiri tanpa perlu...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Dalam masyarakat kita, isu gelaran atau panggilan kepada individu berdasarkan rupa bentuk badan atau penampilan sering menjadi topik sensitif. Apa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore