Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

by Aphit J.
June 29, 2025
Share on Facebook

Pelakon terkenal tanah air, Rita Rudaini Mokhtar baru-baru ini menerima Pingat Jasa Baik (PJB) sempena ulang tahun keputeraan ke-82 Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Satu Pengiktirafan Buat Rita Rudaini

via Instagram Rita Rudaini

Anugerah yang disampaikan dalam satu majlis istiadat di Istana Arau itu sebagai pengiktirafan atas sumbangan Rita dalam bidang seni, khususnya lakonan serta usaha beliau dalam aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.

Rita yang sudah hampir 28 tahun berkecimpung dalam dunia seni menyifatkan penganugerahan tersebut sebagai suatu penghormatan besar, bukan sahaja buat dirinya tetapi juga untuk dua anak lelakinya.

Saya amat bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Raja Perlis atas penganugerahan ini.

Ini penghormatan terbesar bukan hanya untuk diri saya, tetapi juga buat anak-anak serta semua pihak yang sentiasa menyokong perjalanan seni saya.

Netizen Tegur Cara Pemakaian

via Instagram Rita Rudaini

Namun begitu, majlis penuh bermakna itu tidak terlepas daripada kontroversi di media sosial.

Ada segelintir warganet mengecam penampilan Rita yang masih tidak bertudung semasa menghadiri majlis tersebut.

Menjawab kritikan tersebut, Rita tampil mempertahankan diri dengan nada tegas dan sinis menerusi satu hantaran di Instagram Story miliknya.

Rita Balas Komen Netizen

via Instagram Rita Rudaini

Katanya, sesetengah pihak terlalu cepat menghukum dan merasakan diri mereka paling suci.

Inilah realiti segelintir ibu bapa ulul albab yang rasa diri mereka terpaling suci dan ahli syurga.

Hina orang nombor satu.

Tambah Rita, menilai seseorang hanya berdasarkan penampilan tidak adil dan bukan ukuran kepada keperibadian sebenar.

Pakai tudung pun buat apa kalau mulut itu asyik mengumpat orang.

Beliau juga menegaskan bahawa tidak bertudung bukan alasan untuk dihina, apatah lagi dijadikan bahan mengumpat.

Rita Rudaini Tuju Pada Siapa?-"Bila Anak Menjauh, Itu Bukan Kerana Hasutan, Tapi..."

Bagi Rita, keikhlasan, nilai diri dan niat yang baik jauh lebih penting daripada penilaian luaran semata-mata.

rita rudaini
https://lomp.at/epoy0
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Chef Wan Perjelas Isu Cuit Iddin Ramli Ketika Baca Doa Sebelum Azan Maghrib-“Saya Diberi Arahan Oleh Kru Produksi…”

by Naddy Joe
February 25, 2026

Chef selebriti, Datuk Chef Wan tampil memberikan penjelasan selepas tular video di media sosial yang memaparkan tindakannya mencuit pendakwah selebriti,...

Read moreDetails
Berita

Zarina Anjoulie Pertahan Betty Rahmad Isu Dituduh Biadap Dengan Penjual Di Singapura?

by Naddy Joe
March 4, 2026

Nama pelakon dan usahawan, Betty Rahmad sebelum ini menjadi bualan netizen didakwa biadap selain meninggikan suara terhadap pekerja di sebuah...

Read moreDetails
Spotlight

[VIDEO] Sebaknya Seorang Ibu… Amyza Tahan Tangis Terima Panggilan Takziah Zahid Hamidi

by Phic ARMAN
February 26, 2026

Suasana duka yang menyelubungi keluarga Amyza Adnan atas pemergian anak sulungnya, Andre Mikhail, terus meruntun hati ramai. Dalam kesedihan yang...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Datin Shahida Buat ‘Birthday Prank’ Kepada Aliff Syukri, Netizen Terhibur!-“Yang Penting Kamera..”

by Naddy Joe
April 3, 2026

Perkongsian isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas melakukan...

Read moreDetails
Berita

Nad Zainal Kongsi Sikap Ungku Ismail Ketika Awal Kehamilan, Netizen Terhibur!-“Lelaki Memang Gitu..”

by Naddy Joe
February 12, 2026

Umum mengetahui pelakon, Nad Zainal baru sahaja berkongsi khabar gembira mengenai dia yang kini sedang hamil cahaya mata keempat. Nad...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara