Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Ditemui Meninggal Di Rumah, Anak Dharma Harun Kongsi Detik Akhir- “Saya Gigil”

by Nurul A.
November 26, 2025
Foto - Utusan Malaysia

Foto - Utusan Malaysia

18
KONGSIAN
Share on Facebook

Innalillahiwainnailaihirojiun dan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Dharma Harun.

Sekitar jam 9.10 malam semalam (25/11/2025), pelakon Dharma Harun Al Rashid dilaporkan meninggal dunia sendirian di kediamannya. Berita kematiannya itu dikongsikan oleh anak Allahyarham Dharma iaitu Muhammad Al Syafiq.

Menerusi akaun Instagram miliknya, anak kedua Allahyarham Dharma itu memaklumkan bahawa bapanya telah meninggal dunia ketika dia sampai di rumah.

View this post on Instagram

Memetik kenyataan daripada Harian Metro, Syafiq memaklumkan bahawa kematian bapanya disahkan selepas dia pulang dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) malam tadi. Ketika sampai di rumah, Syafiq mendapati bapanya sudah tidak bernyawa.

“Saya baru balik kelas. Dia jatuh. Tubuh badannya dah keras dan sejuk. Saya pusing mana pun dia keras. Saya sudah panggil ambulans.”

View this post on Instagram

Pada masa yang sama, Syafiq turut memaklumkan bahawa sudah menjadi rutinnya dia akan menyapa dan memaklumkan kepada bapanya sebelum meninggalkan rumah.

“Pagi tadi dia (Allahyarham Dharma Harun) suruh saya tutup penghawa dingin. Saya beritahu saya nak gerak awal sebab ada peperiksaan. Saya cuma sempat cakap, “Saya gerak dulu, bas dah sampai”. Itulah kata-kata terakhir saya dengan ayah. Saya tak pernah rasa berat atau kurang ajar dengan dia. Saya faham dia dah berumur.”

View this post on Instagram

“Selalunya kakak ada di rumah sebab saya bekerja dan selalu ada tugasan luar. Tapi hari ini kami berdua balik lewat. Nak kata serba salah itu ada sebab kami lambat balik. Bila tengok ayah terbaring di sofa ruang tamu, saya terkedu dan menggigil.”

Sekadar info, sebelum ini Allahyarham Dharma dilaporkan menghidap gastrik, asma, masalah bengkak jantung, paru-paru dan tiroid.

Jenazah Allahyarham Dharma Harun dimandikan dan disembahyangkan pada pagi tadi, sekitar jam 8.30 pagi di Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur.

"Boleh Sewa Badan Awak Untuk 1k?"- Syafiq Dharma Berdepan Gangguan Seksual
al syafiqdharma harunsyafiq dharma
https://lomp.at/lbjdz
Share7Tweet5SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Ammar Alfian Tegur Wanita-wanita Yang Berangan Mahu Lelaki ‘Provider’- “Munafik Tahap Maksima!”

by Phic ARMAN
March 13, 2026

Baru-baru ini, pelakon tempatan Ammar Alfian tidak menahan diri untuk berkongsi pendapatnya tentang isu hubungan cinta dan tingkah laku sesetengah...

Read moreDetails
Spotlight

Pesan Yang Jadi Kenyataan… Isteri Tak Lupa Kata-Kata Terakhir Along Eyzendy

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang MURAI rasakan saat membaca perkongsian balu kepada pelakon Allahyarham Along...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Aida Aris Buat ‘Live’ Di Sebelah Jenazah Anak Amyza Aznan, Undang Teguran Netizen!-“Tolong Hormat…”

by Naddy Joe
February 24, 2026

Baru-baru ini industri seni dikejutkan dengan berita pemergian putera sulung kepada pelakon dan pelawak, Amyza Aznan iaitu Allahyarham Andre Mikhail...

Read moreDetails
Lokal

Alha Alfa Terkejut Ramai Netizen Meminta-Minta Wang Di Media Sosial-“Saya Dulu Dari Keluarga Susah Jugak..”

by Naddy Joe
March 3, 2026

Usahawan kosmetik dan jurusolek terkenal , Datuk Alha Alfa akui merasa terkejut apabila ramai netizen yang meminta-minta wang daripadanya di...

Read moreDetails
Lokal

Intan Najuwa Diganggu Selama Berbulan-Bulan Oleh Seorang Lelaki, Tampil Buat Laporan Polis!

by Naddy Joe
March 9, 2026

Sering diganggu sehingga pernah membuat panggilan di pejabat Polo Club, pelakon Datin Intan Najuwa memaklumkan bahawa dia telah membuat laporan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara