• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Ditinggalkan Di Lebuh Raya: Adira Pilih Untuk Tenang, Datuk Red Akui Kesilapan

by Aphit J.
November 16, 2025
2.3k
KONGSIAN
Share on Facebook

Isu pergaduhan antara penyanyi Adira Suhaimi dan bekas suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red, kembali menjadi bualan selepas tular dakwaan bahawa Adira meninggalkan Datuk Red di tepi lebuh raya.

Namun, Adira tampil menjelaskan keadaan sebenar dengan tenang dan berhati-hati agar tidak mengeruhkan suasana.

Adira Jelaskan Situasi Sebenar

Menurut Adira, memang benar dia meninggalkan Datuk Red, namun bukan di tepi lebuh raya pada waktu tengah malam seperti yang didakwa.

Katanya, Datuk Red ditinggalkan berhampiran sebuah stesen minyak atas sebab-sebab tertentu yang hanya difahami antara mereka berdua.

Adira enggan mendedahkan punca sebenar kerana ia adalah urusan peribadi.

Jelasnya, dia tidak mahu menambah kekecohan, sebaliknya memilih untuk menjaga hati anak-anak dan meneruskan kehidupan dengan lebih tenang.

Enggan Panjangkan Isu Demi Keluarga

via Instagram Adira Suhaimi

Adira berkata, dia bimbang jika membalas kenyataan yang tular, keadaan hanya akan menjadi lebih buruk.

Tambahnya, hubungan mereka kini sekadar menguruskan anak-anak dan segala komunikasi melalui aplikasi WhatsApp turut diuruskan ahli keluarga bagi mengelakkan salah faham.

Walaupun mereka sudah membawa haluan masing-masing, Adira masih menjaga hubungan baik demi keselesaan anak-anak dan keluarga besar mereka.

Datuk Red Akui Kesilapan & Mohon Maaf

Sementara itu, Datuk Red mengakui isu itu berpunca daripada dirinya sendiri.

Katanya, fikiran bercelaru dan tekanan berkaitan perniagaan menyebabkan emosinya tidak stabil, membawa kepada perbalahan sehingga Adira meninggalkannya di kawasan lebuh raya.

Dia mengakui peristiwa itu berlaku di luar jangkaan dan memohon maaf kepada semua pihak.

Datuk Red berharap isu tersebut tidak dipanjangkan agar dia dapat memberi fokus kepada perniagaan serta tanggungjawab terhadap anak-anak.

Kedua-duanya memilih jalan matang berdiam, memaafkan dan meneruskan kehidupan dengan lebih damai.

Netizen Sibuk Kenenkan Dengan Hafiz Suip! Ini Respon Adira
adira suhaimiDato Red
https://lomp.at/kb1b1
Share921Tweet576SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @neeraazizi (IG)
Lokal

‘Gender Reveal’ Depan Kaabah, Neera Azizi Tuai Kecaman Ramai- “Bukan Nak Joykiller Tapi Kecewa”

by Nurul A.
December 17, 2025

Aktres dan penyampai radio Rakita FM, Neera Azizi menjadi perhatian orang ramai selepas membuat acara pendedahan jantina (gender reveal) di...

Read moreDetails
Foto - @ayrie_7 (TikTok)
Lokal

[VIDEO] Pemuda Orang Asli Tegur Sikap Influencer, Anggap Konten Kurang Sensitif

by Nurul A.
January 14, 2026

Baru-baru ini pencipta kandungan, Danish Firdaus telah menuai kecaman ramai selepas memuat naik video kunjungannya ke sebuah perkampungan Orang Asli...

Read moreDetails
Spotlight

Siti Nurhaliza Tak Sangka Peminat Masih Angau- ‘Abang Bagi Spray Muka Dia Sket’

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Kalau dah nama Dato’ Sri Siti Nurhaliza, atau lebih mesra dipanggil TokTi, memang lain macam impaknya. Bukan setakat lagu masih...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  5. 5

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore