Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Dituduh Gantung Gambar Kahwin Dengan Ahli Perniagaan, Erra Fazira Tampil Nafi Dan Bahagia Jadi Ibu Tunggal 7 Tahun!

by Puteri Alia
January 12, 2024
Share on Facebook

Lumrah kehidupan, Allah menjadikan hamba-Nya hidup berpasangan. Namun tidak semua beruntung dalam menjalani kehidupan berumah tangga. Setengahnya berkahwin dan kekal bahagia hingga ke hujung nyawa. Tidak kurang juga ikatan suci yang terbina putus di tengah jalan.

Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira menyifatkan spekulasi dirinya sudah bergelar isteri orang gara-gara tersebar foto didakwa perkahwinannya, sebagai fitnah.

Erra atau nama sebenar, Fazira Wan Chek enggan mengambil pusing spekulasi itu, sebaliknya memilih memaafkan individu yang menyebarkan fitnah.

“Gambar kahwin yang sangkut pada dinding semestinya fitnah. Tak apalah, saya maafkan.

“Apabila saya dengar berita itu, saya hanya ketawa. Saya lebih tahu siapa diri saya dan dan siapa datang rumah,” katanya .

Tambah penyanyi Yang Terindah Hanya Sementara itu, dia masih solo dan bahagia dengan status ibu tunggal yang digalasnya sejak tujuh tahun lalu.

“Saya masih ibu tunggal, sudah bertahun-tahun lamanya. Saya tidak menutup pintu tetapi rezeki mungkin belum lagi.

“Saya pun tak tahulah yang mahu buat gosip, mungkin ada hikmahnya… Ada pro dan kontra. Kebaikannya, bermakna orang masih berminat hendak tahu kisah peribadi kita.

“Tetapi yang buruknya, sudah-sudahlah tu. Carilah cerita berkenaan orang muda, ramai lagi artis baharu.

Terdahulu, tular gosip konon foto perkahwinan Erra dengan seorang ahli kenamaan, tergantung di dinding kediamannya.

Dakwaan itu dibuat seorang selebriti yang dikatakan berkunjung ke kediaman aktres jelita itu.

Erra Fazira Larang Anak Miliki Telefon Sebelum 16 Tahun, Siap Mahu Tahu 'Password' Anak Tunggal
erra fazira
https://lomp.at/fx6w5
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Anak Didie Alias Dedah Sikap Prihatin Ibu-“Dia Yang Uruskan Jenazah Ayah Padahal Bekas Suami…”

by Naddy Joe
February 24, 2026

Anak perempuan kepada pelakon dan pelawak, Niya Ridzuan iaitu Didie Alias mendedahkan sikap ibunya yang sangat prihatin terhadap semua pihak...

Read moreDetails
Lokal

Amyza Aznan Bawa Pulang Anak Ke Rumah-“Hanya Mengharap Keajaiban..”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Amyza Aznan berkongsi keadaan terkini anak lelakinya, Andre Mikhail yang menghidap kanser paru-paru di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Bakal...

Read moreDetails
Foto - @drchehafiz (IG)
Lokal

“Raya Akan Berbeza Sedikit”- Cetus Tanda Tanya, Julia Farhana & Suami Saling ‘Unfollow’ IG?

by Nurul A.
March 24, 2026

Tiada angin tiada ribu, secara tiba-tiba nama pelakon Julia Farhana Marin dan suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz menjadi bualan. Semuanya...

Read moreDetails
Spotlight

“Saya Ingatkan Orang Malaysia Dah Educate”- Waheeda Simpati Dengan Siti Nurhaliza

by Phic ARMAN
March 2, 2026

Nama penyanyi dan penceramah bebas, Waheeda, kembali jadi sebutan apabila kenyataannya mengenai isu telekung dan aurat tular di media sosial....

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Mekyunn & Ibu Bapa Berjaya Puasa Pada 1 Ramadhan

by Naddy Joe
February 20, 2026

Pempengaruh media sosial, Mekyunn mencuri perhatian netizen selepas berjaya berpuasa bersama ibubapanya pada 1 Ramadhan semalam. Kongsi Mekyunn di Thread,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara