• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Dituduh Sebagai Pendera Haiwan Gara-Gara Ular, Sebenarnya Aaron Aziz Sendiri Bela Kucing 9 Ekor Dalam Rumah

by Puteri Alia
May 10, 2023
Share on Facebook

Bukan semua orang ada ‘rasa’ sayang pada haiwan. Juga bukan semua orang ada ‘rasa’ simpati pada haiwan. Sebab itu tak semua orang juga boleh dipanggil pencinta haiwan.

Tidak hairanlah, ada yang memandang serong apabila melihat pencinta haiwan bercakap-cakap dengan haiwan peliharaan mereka. Malah ada yang ketawa seolah-olah ia satu benda lucu apabila melihat pencinta haiwan bengkak-bengkak mata akibat menangisi kematian haiwan mereka.

Baru-baru ini, media hiburan dikejutkan dengan nama pelakon terkenal Dato Aaron Aziz yang tiba-tiba terpalit dengan isu tidak cakna dengan keselamatan haiwan, aktor ini tampil memberi penjelasan melibatkan dirinya.

Ini berikutan pelakon filem Abang Long Fadhil itu menerima kecaman hebat apabila membuat video live ular sawa di atas sangkar anak kucing.

Malah, tindakannya turut mendapat perhatian Persatuan Haiwan Malaysia (PHM) yang menegur perbuatannya yang disifatkan tidak sensitif dengan persekitaran dan boleh mengundang trauma kepada kucing.

Bagaimanapun, pelakon berusia 47 itu tampil menjelaskan perkara yang berlaku menerusi video berdurasi hampir empat minit di Instagram miliknya, semalam.

Aaron mengakui kesilapannya dan memberi alasan dia berbuat demikian kerana teruja kali pertama berlakon bersama ular.

Namun, katanya, sebelum melakonkan babak berkenaan, dia beberapa kali bertanya kepada pemilik ular adakah tindakan meletakkan ular atas sangkar akan membahayakan kucing.

“Silap saya buat ‘live’, tetapi ini kali pertama saya berlakon dengan ular, jadi saya terlalu ghairah.

“Benda yang tiada dalam video adalah saya bertanya berkali-kali kepada pemilik ular, kucing macam mana? Tidakkah ular akan mengganggu kucing.

“Tetapi menurut pemilik ular, tidak. Ini kerana ular hanya makan arnab dan sepanjang ular berada atas sangkar, saya dapat lihat ibu kucing langsung tidak menunjukkan reaksi terancam seperti mengeluarkan bunyi ‘hiss’, manakala anak-anaknya pula tidur dengan lena,” jelas Aaron.

Tambah Aaron, sepanjang penggambaran matanya tidak lepas daripada memerhatikan kucing-kucing bagi memastikan mereka selamat.

Aaron Aziz Nafi KL Gangster Punca Buli Sekolah, Dedah Pernah Selamatkan Remaja Tidur Dengan Pisau Kerana Trauma

“Lagipun, kami ada 11 orang yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan kucing dan ular sepanjang di lokasi.

“Anda tidak nampak macam mana berkali-kali saya bertanya kepada pengarah sama ada kucing itu okay atau tidak.

“Malah, ada satu benda pengarah minta saya lakukan, tetapi saya tidak sampai hati hendak buat, tetapi orang tidak tahu. Sebaliknya, orang hanya tahu mengecam sahaja,” luah Aaron kesal.

Ujar Aaron lagi, dia menerima cemuhan sekiranya ada yang ingin memaki dan mengatakannya bodoh.

“Siapa nak maki, nak cakap bodoh ke apa, silakan…

“Saya ada sembilan ekor kucing peliharaan, jadi tidak mungkin saya sanggup menzalimi mereka,” katanya lagi.

Aaron turut menjelaskan kenapa dia mengucapkan rasa syukur dalam video itu.

Menurutnya, dia lega terselamat selepas melakukan aksi dililit ular pada leher.

Apapun, harap isu ini dapat diselesaikan dengan cara terbaik dan diharap pihak-pihak tertentu dapat mengambil perkara ini sebagai panduan masa pada akan datang.

aaron aziz
https://lomp.at/86i2h
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

“Ayden Tak Nak Kahwin Sebab Nak Jaga Mummy” – Bella Astillah Rasa Bersalah Besarkan Anak Seorang Diri Pada Usia 31 Tahun

by Puteri Alia
November 4, 2025

Menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-31, pelakon dan penyanyi Bella Astillah menzahirkan rasa syukur serta harapan agar dua permata hatinya,...

Read more
Lokal

Zara Zya Menangis, Kucing Kesayangan Beshetik Disahkan Hidap Leukemia FeLV

Pelakon popular Zara Zya berdepan khabar duka apabila kucing kesayangannya yang diberi nama Beshetik disahkan menghidap penyakit Feline Leukemia Virus...

Read more
by Puteri Alia
September 25, 2025
Foto - @iamaliffaziz (IG)
Lokal

[VIDEO] Nyanyi Dalam Tandas, Aliff Aziz Tayang Badan Ketak- “Cik Lan Ajak Pergi Night Walk Lagi”

Semalam, penyanyi kelahiran Singapura iaitu Aliff Aziz telah menjadi perhatian ramai selepas memuat naik sebuah video di akaun Instagramnya. Video...

Read more
by Nurul A.
October 7, 2025
Lokal

PU Rahmat Rasa Diri Tak Layak Disambut Seperti Wira Di KLIA, Netizen Titip Kata Semangat!

Pendakwah bebas dan juga salah seorang aktivis Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla, Rahmat Ikhsan atau lebih dikenali sebagai PU Rahmat...

Read more
by Naddy Joe
October 8, 2025
Lokal

[VIDEO] Gelagat Fattah Amin Main Trampoline, Raih Perhatian Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Fattah Amin yang bermain permainan Trampoline bersama pengurusnya itu ketika berada di luar...

Read more
by Noah Ab
September 29, 2025
Foto - @victoriabeckham (IG)
Hollywood

Gaya Hidup Terlalu Boros, Victoria Beckham Hampir Muflis

Rasanya semua orang tahu bahawa isteri David Beckham iaitu Victoria Beckham ini terkenal dengan imej glamor dan gaya hidupnya yang...

Read more
by Nurul A.
October 27, 2025
Lokal

[VIDEO] Fatima Menangis Terharu Fazura Belikan ‘Blind Box’ Berharga RM1,500…

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan satu video dimana Fatima mengambil banyak 'blind box' sehingga membuatkan Fazura terkejut, namun...

Read more
by Noah Ab
November 24, 2025
Lokal

Nabila Huda Sebak Terima Sepucuk Surat Dari Anak-“Awak Buat Saya Menangis..”

Pelakon, Nabila Huda meluahkan rasa terharu apabila menerima sepucuk surat yang ditulis khas oleh puteri tunggalnya, Keisha Laila sempena hari...

Read more
by Naddy Joe
December 10, 2025
Foto - India Today
Bollywood

Salman Khan Kena Kritik Selepas Akui Menganut 2 Agama Dalam Satu Masa

Nama Salman Khan dalam industri Bollywood tidak lagi asing. Sejak awal kerjayanya, Salman telah mencuri perhatian ramai dengan kebolehan dan...

Read more
by Nurul A.
September 17, 2025
Lokal

[VIDEO] Peminat Teruja Dengar Betty Rahmad Cover Lagu Amira Othman & Irfan Haris

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Betty Rahmad yang memaparkan beliau sedang...

Read more
by Noah Ab
September 23, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Video Almarhum Tunku Abdul Jalil Buatkan Agong, Permaisuri & Tunku Aminah Menitiskan Airmata

  2. 2

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  3. 3

    5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

  4. 4

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  5. 5

    “Aku Syak Bapak Dia Letak Nama Ex-Ex Dia Sekali”- Nama Panjang Sampai Penuh Borang Cetus Spekulasi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore