• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Diugut Bertahun-Tahun Punca Nonny Nadirah Menyepi, Akui Disihir Individu Yang Dikenali

by Puteri Alia
August 16, 2023
Share on Facebook

Tiada bezanya kehidupan kelompok artis tanah air dengan masyarakat kita ini. Kalau nak sebut pasal dengki sama dengki, tak puas hati sama tak puas hati, perkara itu bukan sahaja terjadi pada mereka yang bukan bekerja dalam dunia glamor, industri seni pula apatah lagi.

Perbuatan sihir menyihir, kalau nak dirungkai, bak kata orang tak akan pernah habis. Jangan pula kata tidak mungkin berlaku di zaman serba moden ini. Pendek kata, sudah banyak contoh mangsa dan cerita, yang berlaku di depan mata.

Lama menyepi dari radar dunia hiburan, pelakon juga penyanyi, Nonny Nadirah memberi bayangan seolah-olah melalui kehidupan sukar akibat gangguan sihir daripada individu dikenali sejak beberapa tahun lalu.

Berdasarkan satu luahan terbuka dalam laman sosialnya, Nonny, 34, juga seperti ingin memberitahu punca kehilangannya selama ini mempunyai kaitan dengan perbuatan khianat berkenaan.

Begitupun katanya, dia yakin keadaannya akan pulih, selain tidak pernah berhenti mendoakan pihak yang menggunakan ilmu hitam terhadap dirinya agar kembali ke pangkal jalan.

“Kita doa sungguh-sungguh agar dia bertaubat. Jika dia tidak mahu juga bertaubat dari hasil perbuatan tangannya, sihir-sihirnya (yang) bukan hasil setahun dua. Nauzubillahiminzalik.

“Sabar manusia mengikut kemampuannya. Perilakumu, lagakmu seperti kau Tuhan. Ini bumi Allah. Allah ajar aku tentang yakin,” tulisnya dalam perkongsian Insta Story.

Dalam hantaran sama, bekas peserta Akademi Fantasia musim lima (AF5) itu turut mendedahkan sudah lama diugut individu sama dengan pelbagai cara.

Situasi dilalui dalam jangka masa panjang itu diakui membuatkannya sukar melupakan perbuatan jahat dilakukan terhadapnya.

“Apa kau buat ni tidak lama lagi berbalik kepada kau dan keluarga kau kembali. Kau ugut aku, Allah ugut kau balik! Kau yang mula semua ni.

“Aku sudah hidup dengan dunia aku sendiri. Tiada guna diam dengan kau ni. Aku akan ingat sampai mati, dari tahun-tahun sudah, hari-hari kau buat aku menangis depan Allah,” katanya.

Sebelum ini, sudah  hampir tiga tahun pelakon filem Malay Regiment itu menyepi dari dunia seni sehingga ada peminat menyangka dia berundur dari dunia seni berikutan isu peribadi.

Namun kemunculan dalam sebuah saluran YouTube lebih sebulan lalu dengan imej kembali berhijab membuatkan peminat serta rakan terdekat termasuk Mila Jirin menarik nafas lega.

Terdahulu selebriti asal Kota Kinabalu, Sabah itu pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki berstatus duda anak satu, Mohamed Mustain pada Mac 2008, namun perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama setahun.

nonny nadirah
https://lomp.at/sp5my
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Netizen Sifatkan Aedy Ashraf Salah Seorang Lelaki Melayu Terkacak Di Malaysia

by Noah Ab
November 27, 2025

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Aedy Ashraf yang memaparkan dirinya memakai...

Read more
Berita

[VIDEO] Nabila Huda Didiagnos Slip Disc-“Penutup 2025 Dia Kasi Baik Punya..”

Pelakon, Nabila Huda didiagnos Slip Disc selepas menjalani ujian prosedur pengimejan diagnostik (MRI) di salah sebuah pusat perubatan di ibu...

Read more
by Naddy Joe
December 18, 2025
Lokal

Anna Jobling Tepis Dakwaan Sombong – “Kalau Jumpa Saya, Tegurlah”

Pelakon muda, Anna Jobling, tampil menafikan dakwaan kononnya dirinya berubah dan bersikap sombong selepas popularitinya meningkat di negara seberang. Anna...

Read more
by Puteri Alia
November 8, 2025
Lokal

[VIDEO] Salama Menari Lagu ‘KPop Demon Hunters’, Netizen Terhibur!-“Akai Jenuh..”

Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan telatah comel anak pasangan selebriti, Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam yang mencuri perhatian...

Read more
by Naddy Joe
September 25, 2025
Lokal

Aaron Aziz Risau Emosi Anak Disaman RM2 Juta, Serah Segalanya Pada Peguam

Pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz mengakui bukan nilai saman RM2 juta yang membimbangkan dirinya ketika ini, sebaliknya keadaan emosi anak...

Read more
by Puteri Alia
October 24, 2025
Lokal

[VIDEO] Peminat Teruja Dengar Siti Nurhaliza Menyanyi Guna Mikrofon Murah-“Suara Tetap Power”

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Siti Nurhaliza yang menyanyi menggunakan mikrofon yang disediakan pihak pusat membeli belah. https://www.tiktok.com/@haery_dean/video/7565183742470262036?_t=ZS-90s9ZgF03bM&_r=1...

Read more
by Noah Ab
October 27, 2025
Lokal

Zahnita Wilson Tak Jadi Tutup Kedai, Akui Hampir ‘Give Up’ Disebabkan ‘Burnout’

Model dan usahawan terkenal, Zahnita Wilson, akhirnya menarik balik keputusan menutup kedai bakerinya di Seri Kembangan, Selangor, hanya beberapa jam...

Read more
by Puteri Alia
October 21, 2025
Lokal

[VIDEO] Telatah Aaisyah Dhia Rana Flex Outfit Airport, Tapi Rupanya Ada Plot Twist

Gelagat Rozita Che Wan atau Che Ta bersama anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana sekali lagi menjadi perhatian di TikTok selepas...

Read more
by Iffah Iffah
December 2, 2025
Foto - @toifilms (IG) / helloaishhhhhhhhh (TikTok)
Lokal

[VIDEO] Reaksi Mr. E Dipuji Ibu Erra Fazira Cuit Hati Ramai- “Kemain Muka Bangga, Untunglah”

Nampaknya sehingga ke hari ini, majlis perkahwinan antara Primadona Negara, Erra Fazira dan usahawan Ezwan Zain masih lagi hangat diperkatakan....

Read more
by Nurul A.
December 15, 2025
Lokal

Sathiya Hilang Kaki Kiri, Netizen Desak Kerajaan Hulur Bantuan

Pelawak dan pelakon berpengalaman, Sathiya, 61, disahkan selamat menjalani pembedahan pemotongan kaki kirinya di sebuah hospital baru-baru ini. Berita itu...

Read more
by Puteri Alia
September 23, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  2. 2

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  3. 3

    Lisa Surihani Kongsi Rasa Kagum Dengan Sarimah Ibrahim-“Terima Kasih Menjadi Inspirasiku..”

  4. 4

    Perodua Traz VS Toyota Yaris Cross: SUV Kembar, Harga Jauh Beza, Mana Sebenarnya Lebih Berbaloi?

  5. 5

    Akrab Sejak Sekolah, Ini Kronologi Putus Sahabat 2 Primadona Malaysia Erra Fazira & Umie Aida

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore