Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Air Mata Saya Dah Kering” – Diva AA Bersedih Dengan Kematian 7 Kucing

by Khai Azfar
November 18, 2022
Share on Facebook

Di sebalik kelantangannya melontarkan pelbagai pandangan, siapa sangka selebriti sensasi ini merupakan seorang pencinta kucing.

Ia terbukti apabila Azwan Haji Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA sanggup berkorban dan berhabis ribuan ringgit demi kucing-kucing peliharaannya.

Pindah Demi Kucing Tercinta

Menurut Diva AA, dia kini dalam proses untuk berpindah ke rumah yang baharu setelah berhadapan dengan pelbagai isu dari pihak pengurusan kediamannya sebelum ini.

“Saya sibuk bekerja dan dalam masa yang sama masih dalam proses berpindah ke rumah baru.

“Terima kasih kepada berbilion followers yang memahami isu kondo ‘najis’ itu.

“Saya sangat menyayangi kucing saya melebihi segalanya. Saya tidak kisah mengenai segala peraturan kondo tersebut seperti yang telah ditetapkan. Tetapi, biarlah beradab.

“Bila pengurusan terlampau kurang ajar bayangkan saya sanggup berpindah” tegas Diva AA

Diva AA Pilih Rumah Banglo

Kongsinya lagi, dia bersyukur kerana persekitaran rumah baharunya itu lebih harmoni dan mempunyai jiran tetangga yang sangat peramah.

“Alhamdulillah, tempat baru ini saya dah berpindah ke sebuah banglo dan lebih tenang.

“Buat masa ini saya enggan dedahkan di mana lokasi tersebut.

“Sebaik saya pindah disini, terasa diri saya seperti Dato Sri Siti Nurhaliza. Bayangkan saya dikerumun oleh penduduk berdekatan tanpa henti.

“Walaupun agak penat kerana perlu melayan permintaan mereka untuk bergambar dan sebagainya, tetapi mereka begitu peramah. ” katanya lagi.

7 Ekor Kucing Mati

Bagaimanapun, disebalik kegembiraan berpindah ke rumah baru, Diva AA turut berhadapan dengan insiden yang menyedihkan.

Ia berikutan beberapa ekor kucing kesayangannnya telah mati akibat dijangkiti virus.

“Sejak berpindah ini beberapa ekor kucing saya telah dijangkiti virus yang merbahaya.

“Sehingga ke hari ini, sebanyak 7 ekor kucing saya telah mati termasuk yang terbaru saya gelarkannya sebagai Muhammad dan Dayang Nurfaizah.
“Terngiang-ngiang suaranya mengiau pada saya.

“Walaupun sedih dan air mata saya sudah kering, ia membuatkan saya menjadi lebih kuat.

“Terima kasih kepada mereka yang turut bersimpati dengan saya. Doakan kucing saya yang lain iaitu Aaron Aziz, Hang Tuah, Lim Guan Eng, Ziana Zain dan Rosmah Mansor terus sihat. ” katanya lagi

Terdahulu, tular kisah mengenai Diva AA memaki pengurusan kondo kediamannya.

[VIDEO] "Kau Tunggu Pendedahan Sebenar"- Azwan Ali Berang Dengan Aliff Syukri

Difahamkan, ia mempunyai kaitan dengan kucing peliharaannya yang dikatakan telah meninggalkan bau yang kurang menyenangkan terhadap penghuni di sekitar kondo tersebut.

azwan ali
https://lomp.at/tqdtb
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @lucintaluna12 (TikTok)
Indonesia

Nekad Berubah & Kembali Ke Fitrah Asal, Lucinta Luna Minta Sokongan Ramai

by Nurul A.
March 25, 2026

Baru-baru ini orang ramai dikejutkan dengan transformasi terkini selebriti Lucinta Luna. Setelah bertahun-tahun dikenali dengan imej feminin, Lucinta atau nama...

Read moreDetails
Spotlight

Shiha Zikir Hidupkan Memori Raya, Gembira Dapat Bekerjasama Dengan Giant Malaysia

by Phic ARMAN
March 13, 2026

Raya tahun ini makin hangat dengan kemunculan penyanyi popular, Shiha Zikir, yang tampil dengan lagu raya terbaharu berjudul Memori Raya....

Read moreDetails
Spotlight

Norzeha Bongkar Keunikan “Talk To My Manager 2”, Bukan Sekadar Pertandingan Biasa!

by Phic ARMAN
April 4, 2026

Program realiti penuh emosi dan kejutan, Talk To My Manager kembali mencuri perhatian apabila tampil dengan musim kedua yang lebih...

Read moreDetails
Foto - @abcdefghijaz_ (Threads)
Lokal

Siti Nurhaliza Jawab Soal Bersolat Tanpa Telekung- Agamawan Pula Kata Ini…

by Nurul A.
February 26, 2026

Penampilan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika mengerjakan ibadah solat baru-baru ini menjadi tumpuan ramai apabila penyanyi itu dilihat...

Read moreDetails
Foto - @katseyeworld (IG) / @meretmanon (IG)
Korea

Manon Beri Penjelasan Selepas Peminat Panik Nama ‘KATSEYE’ Dipadam Dari Bio IG

by Nurul A.
April 3, 2026

Ahli kumpulan KATSEYE, Manon Bannerman menjadi topik perbualan ramai sekali lagi selepas memadam nama kumpulannya daripada akaun Instagram peribadinya. Tindakan ini...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

  5. 5

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara