• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

DSV Dakwa Difitnah! Anggap Seperti Tanggang, Mahu Iqbal Zulkefli Dedahkan Perkara Sebenar

Menurut DSV, dia terkejut kerana Iqbal bertindak memalukan dirinya di media sosial.

by Khai Azfar
October 21, 2021
Share on Facebook

Barangkali bibit percintaan di antara jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) dan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli bakal berakhir apabila kedua-duanya kini mempunyai masalah perselisihan faham.

DSV Jawab Tuduhan Iqbal 

Menerusi sebuah video berdurasi hampir 13 minit, DSV atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr. Hajjah Hasmizah Othman menjawab segala tohmahan dan kecaman yang diterima berikutan tindakannya menerjah rumah Iqbal pada jam 3 pagi disifatkan sebagai tidak manis.

Menurut DSV, dia terkejut kerana Iqbal bertindak memalukan dirinya di media sosial. Tambahnya lagi, ketika berada di rumah Iqbal, dia bersama beberapa orang kakitangan serta anaknya dilayan baik namun segalanya berubah apabila mereka pulang apabila pemuda itu seolah-olah memutarbelitkan perkara sebenar.

“Saya sebenarnya tak nak panjang-panjangkan cerita. Saya bukan tak boleh move on tapi Ahmad Iqbal Zulkefli, saya pergi rumah awak secara jalan yang benar sebenarnya walaupun awak telah twist pelbagai ketika kunjungan saya ke rumah awak

“Saya nak pergi rumah awak ini, maruah saya, nama baik saya, harga diri saya..

“Saya simpan segalanya dalam hati saya. Saya tahu niat saya Lillahitalla tapi kenapa cerita yang benar itu awak takutkan? Kenapa awak takut dengan kebenaran? Kenapa awak pergi jaja benda yang malukan saya, jatuhkan maruah saya, awak pijak saya.

“Awak dah dapat apa yang awak nak kan? Dah dapat followers, dah dapat orang kenal, media pun suka cover cerita awak dan awak tak nak saya tumpang cerita awak. Ok tapi saya pergi itu tak nak rakam video tapi awak twist cerita saya nak rakam kalau tak datang akan berlaku pergaduhan besar dan saya nak tengok rumah awak dan saya paksa awak untuk tengok semua rumah awak.

“Ya Allah Ya Tuhanku. Sedih saya. Kalau netizen macam-macam itu saya tak kisah tapi awak sendiri yang menghentam, yang mengutuk saya. Secara logik akal itu saya tidak boleh terima melainkan awak ini Si Tanggang” luah DSV

Mahu Iqbal Dedah Perkara Sebenar 

Dalam pada itu, pelantun I Am Me ini turut meminta Iqbal untuk menceritakan perkara sebenar terutama berkaitan tuduhannya mendakwa DSV telah mengetuk pintu rumahnya pada jam 3 pagi.

“Saya pergi rumah awak pukul berapa? Kalau awak waras kalau awak benar, kalau awak jujur seperti mana awak nak kejujuran, saya pergi pukul berapa? Siapa ketuk pintu rumah awak? Jawab

“Sebab awak tak nak saya whatsapp awak,awak tak nak facetime dengan saya, awak tak nak apa-apa hubungan dengan saya. Yes! Fine! Tak apa..

“Awak dah cakap awak tak nak dekat saya tapi saya macam terhegeh-hegeh orang tua kata nak dekat awak , tak boleh move on maka awak kata balik kenapa tak bawa air penawar kenapa bawa cincin. Awak yang tahu kenapa saya bawa cincin itu kan?

“Saya kena pergi juga rumah awak waktu malam yang netizen tak faham kenapa. Hello, malam kerana awak tidur pukul berapa? Awak tidur biasanya lepas subuh sampai pukul berapa dan di siang hari kita orang meniaga ini sibuk dan malam kita akan stay buat kerja segala

“Siapa yang ketuk pintu rumah awak? pukul berapa? Bukan tiga pagi kan? Dila pergi ketuk pintu rumah awak dengan Peah, hidup lagi diorang ini bukan saya ketuk pintu rumah awak. Dila ketuk pintu rumah awak bukan? Awak pun buka pintu itu tak ada telanjang pun kalau telanjang Dila lari dah. Awak baru balik kan? Awak sendiri cakap baru balik.

“Awak buka pintu, Dila masuk, Peah masuk, Aniq masuk, Jep masuk ,Kacak masuk, lima orang masuk dan saya duduk dalam kereta sebab saya masih berfikir perlu atau tidak saya masuk. Kalau dia baik saya masuk, setelah setengah jam saya masuk betul? Mungkin awak tak ingat sebab apa yang awak tulis itu lain.

“Alhamdulillah awak layan saya baik dan saya cakap saya tak nak rakam tau. Awak pun cakap dah kenapa tak nak rakam kalau dah datang. Sebab saya rasa benda ini perlu diselesaikan antara awak dan saya. Privasi kan? Tapi awak nak rakam, rakamlah. Alhamdulillah awak layan bagus” katanya lagi

Anggap Seperti Tanggang 

Kecewa dengan tuduhan tersebut, DSV turut menyifatkan Iqbal seperti Tanggang dan berharap agar usahawan itu kembali ke pangkal jalan.

“Tiba-tiba tengok dalam IG story awak macam-macam cerita. Tapi saya nak tergelak juga dengan awak punya update dalam story. Pergi marah guard, nak tunjuk apa? Awak kaya ada dua guard? Marah guard waktu pukul 5 pagi. Mereka gelak dekat awak kalau pukul 5.30 pagi. Saya balik pukul 4.30 pagi saya masuk pun guard minta ic Jep, no plat Dato Seri Vida. Mungkin awak tak sedar awak ingat adik awak

“Saya pun hairan Tanggang. Kepada Iqbal dan netizen yang menghina saya pergi rumah awak cakap pukul 3 pagi saya harap penjelasan saya cukup.

“Saya harap awak sedar kembali ke pangkal jalan. Bukan pangkal jalan untuk mengahwini saya tapi tidak menghina saya sehina-hina, sejijiknya saya kepada awak. Sebenci-benci manusia sejahat-jahatnya manusia saya rasa tak ada macam awak ini yang menghina saya tempat awak cari rezeki awak dapatkan apa yang awak nak” tegas DSV

View this post on Instagram

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Terdahulu, Iqbal beranggapan DSV sengaja mereka-reka cerita kononnya dia telah telah terkena santau walaupun dia berada dalam keadaan sihat.Selain itu, Iqbal turut mendakwa DSV telah menerjah ke kediamannya kira-kira pukul 3 pagi Sabtu lalu bagi memberitahunya berkenaan perihal santau.

[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..
Ahmad Iqbal Zulkeflidsv
https://lomp.at/afp4c
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Gossip

6 Kontroversi Selebriti Malaysia Yang Membabitkan RUMAH SYAITAN !

by Ayden Mikhael
April 22, 2018

Boleh dikatakan setiap tahun pasti akan timbul kisah selebriti Malaysia dan kelab malam (clubbing) atau lebih dikenali dengan rumah syaitan....

Read moreDetails
via Instagram Puteri Balqis Azizi
Gossip

15 Tahun Menderita, Ibu Puteri Balqis Bongkar ‘Belang’ Sebenar Bekas Suami

by Puteri Alia
September 5, 2022

Kisah gelap yang dilalui pelakon berbakat, Puteri Balqis bersama ibunya Norashikin Mohd Aziz yang diceritakan menerusi podcast bersama Bros Gang...

Read moreDetails
Gossip

Iqbal Zulkefli Dedah Pembantu Rumah Amal Perbuatan Syirik, Netizen Luah Rasa Bimbang!-“Dia Tengok Kau…”

by Naddy Joe
April 14, 2023

Penyanyi, pelakon, dan usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli baru-baru ini berkongsi sikap pelik pembantu rumahnya sehingga terpaksa ditamatkan kontrak pada Oktober...

Read moreDetails
Gossip

Pereka Fesyen Singapura Dakwa Fazura Tiru Idea Orang?

by Khai Azfar
August 15, 2018

Isu berkaitan Fazura dan KLFW 2018 nampaknya masih lagi hangat dibicarakan. Jika sebelum ini terdapat dakwaan daripada netizen dimana pelakon...

Read moreDetails
Gossip

Isu Menjadi Mangsa Gangguan Seksual, Netizen Ini Dakwa Bapa Puteri Balqis Buat Laporan Polis?

by Naddy Joe
September 6, 2022

Industri hiburan baru-baru ini digemparkan dengan pendedahan mengejutkan oleh pelakon, Puteri Balqis yang menceritakan dirinya pernah menjadi mangsa gangguan seksual...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  3. 3

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  4. 4

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  5. 5

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore