• Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Dua Belah Kaki Harus Dipotong Hari Ini, Raja Gelek Datuk M Daud Kilau Kini Meninggal Dunia

by Puteri Alia
December 18, 2023
Share on Facebook

Hari yang begitu mendukacitakan pastinya buat peminat lagu dangdut dan lagu rakyat, apabila dimaklumkan bahawa Raja Gelek Malaysia, Datuk M. Daud Kilau meninggal dunia pada pukul 4.46 petang di Hospital Teluk Intan, Perak, hari ini.

Menantunya, Hassan Ahmad, mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan bahawa bapa mertuanya itu sememangnya sudah lama menderita dengan pelbagai komplikasi penyakit.

Katanya, kesihatan bapa mertuanya itu sangat tidak stabil sejak dimasukkan di pusat kesihatan berkenaan sejak 12 Disember lalu.

“Beliau ada banyak komplikasi penyakit termasuk kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung. Baru-baru ini, beliau dimasukkan ke hospital dan keadaan kesihatan terus merosot sejak itu.

“Sejak tiga hari lalu, keadaannya makin teruk dan mula meracau. Kondisi kencing manis yang dihidapi pula semakin merebak dan kronik,” katanya

Menurut Hassan lagi, doktor sepatutnya mahu melakukan pembedahan memotong kedua-dua kaki namun tidak dapat dilakukan kerana tekanan darahnya yang tidak begitu stabil.

“Sepatutnya hari ini (Isnin) nak potong kedua-dua belah kaki sebab masalah diabetes. Tapi apabila doktor bius periksa, tidak boleh dilakukan sebab tekanan darah tidak stabil.

“Ini kali ketiga pembedahan ditangguhkan sebab masalah sama,” ujarnya lagi.

Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Balai Baroh, Bagan Datoh, Perak selepas solat Zohor, esok.

Sekadar info, Allahyarham M Daud yang dilahirkan di Bagan Datoh, Perak aktif dalam bidang seni selepas menjuarai Bintang Radio di Singapura pada 1968 mendendangkan lagu Musalmah Manis dan Joget Hitam Manis.

Allahyarham M Daud kemudian ditawarkan menjadi artis rakaman hingga menghasilkan banyak EP dan LP yang memuatkan lagu bergenre langgam, asli dan dangdut.

Pada 1985, Allahyarham M Daud menjuarai pertandingan Pesta Dendang Rakyat kategori nyanyian asli.

Datuk M Daud Kilau
https://lomp.at/q8xbt
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Netizen Gemar Lihat Aaisyah Dhia Rana Menggemas Rumah-“Hantaran Tinggi ni”

by Noah Ab
October 16, 2025

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta ynag peroleh perhatiann ramai....

Read more
Lokal

“Demi Allah, Saya Sayang Isteri & Anak!” – Kamal Adli Buka Mulut Jawab Satu Persatu Tuduhan Terhadapnya

Pelakon popular, Kamal Adli tampil bersuara bagi menepis tuduhan netizen yang mendakwa dia terlalu sibuk bekerja hingga mengabaikan anak perempuannya,...

Read more
by Aphit J.
October 19, 2025
Lokal

Dikatakan Rezeki Merudum Lepas Berhijab — Ini Jawapan Padu Dari Fasha Sandha !

Pelakon terkenal dan serba boleh, Fasha Sandha menegaskan bahawa perubahan imejnya yang kini berhijab bukanlah punca dia kurang menerima tawaran...

Read more
by Aphit J.
November 8, 2025
Lokal

[VIDEO] Siti Nurhaliza Dikerumuni Peminat-“Tangan Sampai Depan Muka Driver Korang Rakam”

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Siti Nurhaliza dikerumuni peminat selepas membuat persembahan di Melaka. https://www.tiktok.com/@capitskk/video/7554804577451756820?_t=ZS-906xdi4UpXk&_r=1 Rata-rata netizen teruja...

Read more
by Noah Ab
September 29, 2025
Lokal

Umie Aida Enggan Ke KLIA, Pilih Sambut Wira GSF Dalam Majlis Ilmu

Pelakon tersohor Datin Seri Umie Aida mengambil pendekatan berbeza apabila memilih untuk tidak hadir ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur...

Read more
by Puteri Alia
October 8, 2025
Foto - @hafreezadam (IG) / @missfazura (IG)
Lokal

Hafreez Adam Bongkar Sikap Sebenar Aktres Popular, Netizen Petik Nama Fazura- “Aku Tak Akan Lupa…”

Tak ada angin, tak ada ribut, nama Hafreez Adam secara tiba-tiba menjadi bualan ramai disebabkan oleh hantarannya di platform Threads....

Read more
by Nurul A.
September 17, 2025
Screenshot
Lokal

[VIDEO] Thalita Kongsi Momen Kemenangan Talk To My Manager, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

Umum mengetahui, anak kepada pelawak dan usahawan Shuib iaitu Thalita berjaya mendapat tempat kedua di program realiti, Talk To My...

Read more
by Naddy Joe
October 13, 2025
Foto - Koreaboo
Korea

Ingatkan Radang Mata, Rupanya Lee Dong Gun Hidapi Penyakit ‘Rare’ Tidak Boleh Diubati!

Pelakon Korea Selatan, Lee Dong Gun telah disahkan menghidap ankylosing spondylitis semasa penampilannya di episod akhir program realiti 'My Little Boy'...

Read more
by Nurul A.
September 30, 2025
Lokal

“Katil Besar, Tiada Orang Di Sebelah” – Video Que Haidar Nyanyi Lagu Jamilah Cecah 5.6 Juta Tontonan

Pelakon versatil Que Haidar tidak menyangka tindakannya memuat naik video ringkas menyanyikan lagu Jamilah di TikTok akan mencetuskan fenomena hingga...

Read more
by Puteri Alia
November 4, 2025
Lokal

Kapsyen Aliff Aziz Di Thread Undang Pelbagai Reaksi Netizen!-“Acah La Engkau..”

Perkongsian penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas dilihat memuatnaik beberapa foto dirinya di media sosial. Menerusi...

Read more
by Naddy Joe
August 20, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Insya-Allah Saya Akan Menjadi Seseorang Yang Sentiasa Diinginkan” – Luahan Dr Fie Buat Ramai Tersentuh

  2. 2

    Ditinggalkan Di Lebuh Raya: Adira Pilih Untuk Tenang, Datuk Red Akui Kesilapan

  3. 3

    Mahkamah Tolak Permohonan Saman RM1 Juta Terhadap Syarikat Fazura, Kes Tudung Akan Dibicarakan Penuh

  4. 4

    [VIDEO] Datin Shahida Kongsi Gelagat Anak-Anak Sertai Kelas Renang, Netizen Puji Sikap Qadejah

  5. 5

    ‘Mohon Cabut Je Tudung’ – Gambar Neelofa Dikecam Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem