Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

‘Dulu Masuk Tandas 20 Sen Pun Minta Ihsan Suami’- Kisah Faziana Cetus Inspirasi

by Zaidin Albert
July 24, 2022
Share on Facebook

Kekecewaan dan kekesalan hidup akibat terlalu bergantung kepada suami akhirnya menjentik hati suri rumah bernama Faziana Zakaria untuk keluar dari zon selesa.

Berasal dari Pahang, namun wanita yang menetap di Johor Bahru dan berusia 36 tahun ini, hingga pada satu tahap tersentak rasa apabila nak ke tandas awam dengan bayaran 20 sen pun masih mengharapkan ihsan suami.

Pendek kata, selama 15 tahun berkahwin dengan Nor Fazlizam Rosly yang mencari rezeki sebagai Pengurus Operasi FELDA, ibu kepada dua cahaya mata ini tidak ada wang di tangan.

Faziana bersama orang kuat Nurraysa, Nur Aini Zolkepeli

“Banyak yang buat saya rasa lemah semangat dan kurang motivasi dalam hidup ini. Mungkin terlalu selesa ditanggung suami hingga saya akhirnya terperangkap dengan ego sendiri.

“Bayangkan ke mana-mana pun saya tak pernah bawa dompet sebab tiada sesen pun di tangan. Balik-balik saya harapkan suami untuk buat atau beli itu ini.

“Saya pula jenis yang terbiasa nak membantu orang lain. Tetapi, hujung-hujung tersekat dengan keadaan diri sendiri yang tak berdaya nak menghulurkan sumbangan,” kata Faziana membuka cerita.

Paling kemuncak, Faziana bersarang rasa sedih dan kecewa apabila tidak dapat membantu ibu bapanya sendiri yang memerlukan anggaran RM10,000 untuk proses pengubahsuaian rumah mereka.

“Saya nak minta duit dekat suami untuk bantu jelaskan bayaran pengubahsuaian itu terbit rasa bersalah. Takkan asyik-asyik semua nak harap duit suami.

“Gaji dan duit simpanan suami pun berapalah sangat. Tambahan pula, ibu dan bapa mentua saya pun lebih memerlukan wang untuk merawat masalah buah pinggang dan rawatan susulan seperti dialisis.

“Jadi saya tak boleh mementingkan diri sendiri apabila terhimpit dengan dilema sebegitu. Kalau fikir kita susah atau ada masalah, sebenarnya ada lagi yang lebih bergelut,” katanya.

Lama-kelamaan Faziana mula berfikir sesuatu dan mahu mencabar diri supaya tidak terus berada di zon selesa dengan tiket bergelar suri rumah. Akhirnya membuka lembaran baharu untuk dia ‘menggali’ kerja dalam bidang kosmetik.

“Dari suri rumah, saya akhirnya minat berbisnes. Manfaat dan khasiat produk Nurraysa yang berkonsep mesra wuduk juga buat saya mahu memanjangkannya kepada lebih ramai orang lagi.

“Saya cabar diri jadi ejen jenama itu dan sesuatu yang mengejutkan saya berjaya capai RM10,000 selepas sebulan berjinak-jinak berniaga.

“Selama ini saya tak ada sesen dalam tangan, tapi akhirnya kuasa dan pintu rezeki membolehkan saya hidup senang,” katanya.

Faziana mengakui kehidupannnya berubah 360 darjah dengan izin Tuhan. Hasil dedikasi dan ketekunan Faziana memanfaatkan bisnes bersama jenama itu juga berjaya membuatkan dia memperoleh jumlah jualan terkumpul sebanyak RM1,366,166.60 sehingga Jun lalu.

“Saya bersyukur pilihan bersama jenama ini dan dibantu bimbingan pengasasnya, Nur Aini Zolkepeli yang tak lokek mengajar dan berkongsi ilmu, memberikan kenikmatan dan kebahagiaan tidak terungkap.

“Platform berbisnes secara jemaah ditawarkan pengasas yang bersemangat membimbing pasukan Nurraysa setiap hari 24 jam tanpa henti juga menjadi galakan dan inspirasi.

“Ilmu dikongsi pengasas itu akhirnya dicurahkan saya kepada pasukan dan bantu sesama sendiri. Bagi yang mahu ikut jejak saya boleh ikuti pautan www.nurraysa.com,” katanya.

https://lomp.at/kkpra
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

PMX Titip Ucapan Istimewa Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-46, Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
February 26, 2026

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan beliau bersama...

Read moreDetails
Foto - @rosermaras (IG)
Personaliti

Sangat Menjengkelkan, Ini 5 Zodiak Yang Dilabel Sebagai Pemalas- Jom Check!

by Nurul A.
January 23, 2026

Kemalasan sering dilihat sebagai satu kelemahan yang perlu dielakkan dalam kehidupan. Namun bagi sesetengah individu, sikap ini dilihat sebagai satu...

Read moreDetails
Berita

Putera Mateen & Pengiran Anak Isteri Anisha Kongsi Wajah Puteri Sulung, Sangat Comel!

by Naddy Joe
February 12, 2026

Anakanda kepada Sultan Brunei, Paduka Seri Pangiran Muda Abdul Mateen dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah mencuri...

Read moreDetails
Foto - @koninklijkhuis (IG) / @leo.norqueen (IG) / @norwegianroyalfamily (IG)
Personaliti

Bakal Ratu Eropah Seterusnya, Ini 5 Pewaris Wanita Yang Bersedia Menaiki Tahkta

by Nurul A.
February 23, 2026

Selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II, Ratu Margrethe II dari Denmark merupakan satu-satunya pemerintah wanita dalam monarki Eropah. Namun dalam beberapa...

Read moreDetails
Personaliti

YDPA Sultan Ibrahim Gering Akibat Kesakitan ‘Muscoluskeletal’

by Naddy Joe
February 27, 2026

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dilaporkan kini sedang gering akibat kesakitan muscoluskeletal yang melibatkan bahagian otot dan tulang belakang serta...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara