Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Caprice Nafi Cemburu! Dakwa Kisah Ustaz Ebit Lew Hanya 10 Peratus Dari Apa Yang Terjadi

by Zaidin Albert
July 17, 2021
Share on Facebook

Penyanyi rap, Caprice terus di kecam oleh penyokong-penyokong pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew. Selepas akaun Instagramnya telah disekat oleh Ebit, Caprice dikecam bertubi-tubi kerana kenyataannya di dalam sebuah perbualan di Whatsapp dengan Datuk Seri Hishammuddin.

Dalam perbualannya dengan Hishammuddin, Caprice dikatakan telah menfitnah Ebit terpaksa melutut dan mencium kaki Menteri Gaza. Hal ini turut disuarakan oleh pembantu peribadi Ustaz Ebit Lew, Arief Farhan dan menentang dakwaan Caprice.

Tangkap Layar: IG Story Caprice

Caprice di Instagram peribadinya berkata, dia tak faham mengapa media cuba memutarbelitkan dakwaannya. Malah Caprice memberitahu, kenyataan yang dibuat dari cerita yang disampaikan oleh Ebit sendiri .

“Tak tahu kenapa media pergi putar belit kata-kata saya dan dengar pelajar mesir Raydow tu. Kita tak pernah cakap dia melutut untuk MASUK Gaza. Ustaz sendiri cerita yang dia buat begitu untuk KELUAR di Gaza.”

Dalam posting berlainan, Caprice berkata, isu Ebit hanya sebahagian kecil dari pembongkaran yang dia bakal dilakukan pada 12 Julai ini secara langsung. Ini kerana terdapat banyak lagi hal yang dia mahu dedahkan berkaitan dengan misi Gaza.

“Kepada anda terus fokus dengan Ustaz Ebit Lew memang membuatkan saya untuk  menceritakan hal yang sebenar tentang team. Di Gaza, Ebit hanya 10 peratus dari apa yang terjadi. Tapi jika anda mahu untuk terus  mendorong nama itu sebab nak bakar lagi, Caprice sedia untuk tunjuk lagi sampai yang marah betul-betul faham dan sedar ada benda baik yang team Ustaz Ebit Lew buat.”

Dalam pada itu, Caprice akui kesilapannya kerana menyebut dan membabitkan nama Ebit dalam hal ini.  Menurutnya, nama Ebit terlalu mahal untuk disebut dan beliau mempunyai ramai penyokong.

“Tapi ada benda kurang baik yang berlaku yang orang kena hadam seperti Caprice. Ini bukan kali pertama. Cuma banyak NGO-NGO tak berani bersuara sebab takut dengan respon netizen macam ini lah. Jangan tekan saya untuk terus melakukannya. Masalah ini lebih besar dari Ustaz Ebit Lew tapi sebab nama ini terlalu mahal, sekali petik je semua bak pertahankan sebab dia seorang Ustaz dan buat banyak benda baik.

“Ya, Caprice macam itu juga dulu. Tapi sekarang Caprice kena hadam semua yang berlaku sini seorang diri. Minta maaf sangat-sangat.”

Caprice juga menolak dakwaan bahawa dia cemburu dengan Ebit dan pasukannya.

“Tolonglah fikir logik. Tiada siapa dekat sini dengki dan cemburu dengan pasukan Ustaz Ebit Lew. Ini hanya apa yang berlaku di misi Gaza yang buat Caprice dan pasukan-pasukan lain yang nak masuk Gaza selepas ini  lagi susah.”

“Tolonglah faham. Tiada siapa pertikan 1001 benda baik yang dia buat. Cuma 2-3 perkara berlaku yang di Gaza dan kita kena hadam”

Sementara itu, Caprice sekali mengingatkan orang ramai bahawa penduduk di Gaza tidak suka sekiranya gambar mereka diambil ketika menghulurkan bantuan. Hal ini turut diakui oleh seorang netizen yang berkahwin dengan orang Saudi.

“Saya berkahwin dengan orang Saudi. Orang Arab memang tak suka kalau kita post muka diorang. Lagi-lagi kalau nak untuk menderma. Kalau anda mahu menderma, derma jer. Tak perlu tunjuk.”- tulis salah seorang netizen menerusi DM (Direct Message)

Caprice menjawab, sememangnya ini budaya orang sana yang tidak senang bila penderma ambil gambar orang miskin.

Menantu Siti Nurhaliza Diserang Caprice, Asyraf Khalid Umum Akan Saman Fitnah

“Bila kita tunjuk satu gambar sahaja, terus kena tembak kaw-kaw sedangkan benda ini budaya orang Arab diorang memang tak senang bila ambil gambar orang miskin”

Sejak semalam hangat diperkatakan kontroversi mengenai Caprice memepersoalkan tingkah laku pendakwah terkenal, Ebit  ketika misi kemanusiaan di Gaza baru-baru ini. Caprice turut memaklumkan orang Gaza kurang senang melihat gambar dikongsikan Ebit  hanya memberi fokus pada orang dan kanak-kanak miskin.

capriceEbit Lew
https://lomp.at/jmg6b
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Janna Nick Persoal Sikap ‘Hipokrit’ Netizen?

by Naddy Joe
January 16, 2026

Sebelum ini ramai selebriti mendapat kecaman netizen selepas didakwa mempromosikan produk yang menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin. Terkini, pelakon...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Fad Bocey Luah Rasa Rindu Pemergian Arwah Abam

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelawak, Fad Bocey mengenang kembali pemergian sahabatnya, Allahyarham Abam Bocey yang pergi mengadap Illahi pada 10 Februari 2020. Menerusi hantaran...

Read moreDetails
Foto - Beautifulnara
Lokal

Tarik Balik Tuntutan Cerai, Nora Ariffin Letak Syarat Kepada Suami

by Nurul A.
January 27, 2026

Nama penyanyi Datuk Nora Ariffin sekali lagi menjadi bualan ramai selepas membuat keputusan untuk menarik balik tuntutan permohonan cerai terhadap...

Read moreDetails
Foto - @emma_maembongofficial (IG)
Lokal

[VIDEO] Emma Maembong Akui Kunjungi Kelab Malam Di Miri- “Saya Masuk Dalam Keadaan Gembira”

by Nurul A.
February 4, 2026

Aktres Emma Maembong menjadi perbualan ramai selepas tampil menjelaskan kontroversi tular mengenai dirinya memasuki kelab malam di Sarawak baru-baru ini....

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara