• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Ebit Lew Hadir Pengebumian Jenazah 4 Beradik Maut Kebakaran, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
March 31, 2023
Share on Facebook

Pendakwah bebas, Ebit Lew dilihat menghadiri pengebumian empat kanak-kanak yang ditemui maut dalam bilik air bahagian dapur rumah selepas rumah sewa yang didiami mereka terbakar sehingga 70 peratus di Kampung Sabak Awor, Muar, Johor baru-baru ini.

Jenazah Berada Dalam keadaan Bersih Tanpa Kesan Terbakar

Menerusi hantaran di Instagram, Ebit Lew meluahkan rasa sebak melihat pengebumian jenazah 4 beradik yang maut akibat rumah terbakar dan menyatakan bahawa keadaan keempat-empat berada dalam keadaan bersih tanpa kesan terbakar.

“Sebak melihat tangisan ibu bapanya sepanjang urusan di Muar Johor. Adik kecil Puteri Aisyah 8 tahun, Mohd Hakim 6 tahun, Mustakim 4 tahun. Fatihah Aisyah 3 tahun. Kecil-kecil semuanya.

Melihat wajah bersih cantik semuanya. Tidak terbakar, Ada calar-calar sikit. Mungkin lemas asap dan haba panas”-tulis Ebit di Instagram

“Keluarganya Susah. Di Rumah Perabot TV Pun Tiada…”

Kongsi Ebit, ibu kepada 4 beradik yang maut itu menyatakan bahawa mereka berasal dari keluarga yang susah serta tiada sebarang barangan eletrik di rumah mereka. Malah, si ibu hanya keluar dari rumah hanya untuk membeli barangan selama beberapa minit sahaja sebelum tragedi kebakaran berlaku.

“Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Ibunya asal Kuala Kubu Bharu. Sampai je nampak saya menangis-nangis kata hari-hari anaknya Aisyah nak jumpa ustaz.

Keluarganya susah. Di rumah tiada perabot tv pun tiada. Tiada barang elektrik. Ibunya keluar 5 minit beli barang bergesa balik lihat dah jadi begitu. Ya Allah tuhanku sedihnya dengar.”-Kongsi Ebit

View this post on Instagram

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Netizen Luah Rasa Sebak

Di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat meluahkan rasa sebak terhadap tragedi yang berlaku serta menitipkan doa ibubapa serta keempat-empat adik beradik berkenaan.

“Syurga tu mahal harganya ?. Ujian besar tapi nikmatnya empat-empat anak menunggu di pintu syurga ?. Bertuah insan terpilih Allahuakbar.”

“Innallilahiwainailahirojiun. 4 anak syurga dah ada bermain-main dalam syurga tunggu mak dan ayah.”

“Salam takziah, semoga Allah permudahkan jiwa ayah dan ibunya.”

“Auto aku pun nangis. Innalillahiwainnalillahirajiun. Syurga buatmu anak-anak. Moga ibu ayahnya tabah insyaAllah Allah hadirkan rezeki yang lain selepas ini ❤️.”

Semoga roh keempat-empat beradik ini dicucuri rahmat dan berada di kalangan orang-orang beriman..Aamin..

Ebit Lew
https://lomp.at/b8j9h
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (IG)
Lokal

Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

by Nurul A.
February 6, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas menolak cadangan sesetengah pengguna media sosial di platform Threads....

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Foto - @noornabila (IG)
Lokal

Noor Nabila Buka Mulut Tentang Kekasih Baru, Netizen Lega Bukan Aliff Aziz

by Nurul A.
February 5, 2026

Usahawan dan pempengaruh gaya hidup, Noor Nabila kembali mencuri perhatian ramai apabila memuat naik gambar mesranya bersama seorang jejaka. Menerusi...

Read moreDetails
Berita

Uyaina Arshad Gemar Amalan Berpantang Secara Tradisional, Peminat Setuju! -“Bantu Sembuh Dengan Lebih Cepat..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Umum mengetahui pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada 28 Januari lalu. Selamat melahirkan cahaya...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  3. 3

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  4. 4

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore