• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Eh! Kenapa PU Syed Kena Kecam Selepas Menjawab Kenyataan Deborah Henry

Deborah Henry semalam mempersoalkan  kenapa wanita Islam di Malaysia tidak dibenarkan menyertai Miss Uiverse

by Zaidin Albert
May 18, 2021
Share on Facebook

Semalam berakhirnya Pertandingan Miss Universe 2021 di mana Miss Mexico iaitu Andrea Meza telah berjaya menewaskan 73 peserta yang lain.

Walaupunbagaimanapun, rakyat Malaysia begitu bangga dengan peserta dari Malaysia, Francisca Luhong James kerana melakukan yang terbaik sepanjang pertandingan berlangsung.

Dalam pada itu, di laman Instagram, seorang bekas ratu cantik Malaysia iaitu Deborah Henry semalam mempersoalkan  kenapa wanita Islam di Malaysia tidak dibenarkan menyertai pertandingan tersebut.

Tangkap Layar dari Instagram @deborahhenry

“Mengapa muslim di Malaysia tidak boleh menyertai Miss Universe? Jika ia berkaitan pemakaian bikini, mereka boleh memakai  pakaian renang yang bertutup penuh.

“Bukankah itu penyelesaian kepada fatwa. 2021! Sudah tiba masanya semua wanita dapat mewakili Malaysia di pentas Miss Universe,”- tulisnya di Instagram.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh wanita berusia 35 tahun seperti disambut baik oleh peminatnya termasuklah di kalangan selebriti. Di ruangan komen, Deborah turut berkata, wanita di Malaysia mempunyai hak untuk diri mereka untuk menyertai pertandingan ini.

Tangkap Layar dari Instagram @deborahhenry

“Ya, ini bukan tentang Islam semata-mata, tetapi mencari solusi bagaimana kita dapat menavigasi ini agar boleh disertai untuk semua wanita. Jadi wanita pada akhirnya boleh  menjadi Muslim, memilih untuk menutup tubuh  dan memilih untuk menyertainya dan mewakili Malaysia sebagai wanita yang tertutup atau tidak tertutup. Pilihannya!”

PU Syed Tampil Jawab Persoalan

Dalam pada itu, PU Syed atau nama sebenarnya, Syed Mohd Bakri Al Yahya meninggalkan komen ringkas untuk menjawab persoalan ini. Juara Pencetus Ummah Musim Ke3 itu menulis ia ‘haram’ di ruangan komen Instagram Deborah.

Tidak menjelaskan secara terperinci, komen dari PU Syed ini tak pasal-pasal mendapat kecaman dari netizen dengan menggelarkannya sebagai penunggang agama.

Tangkap Layar dari Instagram @deborahhenry

Pengasan rangkaian Produk Teen ini tidak cepat melatah dengan kecaman netizen tersebut, malah mengajak ziarah Instagramnya untuk menegur manusia yang salah.

[VIDEO] Cetus Drama Tapi Akhirnya Muncul Juara! 5 Fakta Kemenangan Fatima Bosch di Miss Universe 2025

Untuk info dari Harakah Daily, di Selangor, fatwa berbunyi ‘Adalah haram bagi wanita Islam menyertai apa-apa jenis pertandingan ratu cantik’ telah diwartakan pada 11 Mei 1995. Pada 1997, dua peserta pertandingan Miss Malaysia Petite telah dikenakan denda oleh Mahkamah Tinggi Syariah di Kuala Lumpur. Mereka didakwa di bawah Seksyen 9 Akta Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 yang membawa RM3,000 atau dua tahun penjara maksimum jika sabit kesalahan.

Andrea MezaDeborah HenryFrancisca Luhong Jamesmiss malaysiamiss universePU SyedSyed Mohd Bakri Al Yahya
https://lomp.at/wfm4u
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - Fazley Yaakob (FB)
Lokal

Fazley Yaakob Nasihat Jangan Ambil ‘Side’ Dalam Isu Perceraian- “Belum Tentu Suami Or Isteri Tu Jujur”

by Nurul A.
December 19, 2025

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Dr. Fazley Yaakob berkongsi nasihat mengenai isu perceraian yang hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Menerusi...

Read moreDetails
Foto - @zarazya (IG)
Lokal

Zara Zya Anggap Gangguan Mistik Mungkin Penyebab Sukar Temui Jodoh

by Nurul A.
February 4, 2026

Pelakon Zara Zya menjadi perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman mistik yang dialaminya selama lebih 10 tahun. Zara atau nama sebenarnya...

Read moreDetails
via Instagram @dianadanielleb
Lokal

Diana Danielle Bawa Anak-Anak Bercuti Di Maldives, Ada Yang Komen Macam 3 Beradik

by Farah Fatihah
December 25, 2025

Pelakon dan selebriti popular, Diana Danielle atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson, baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila berkongsi...

Read moreDetails
Lokal

Ayie Floor 88 Dedah Nama Serta Wajah Anak Kedua, Curi Perhatian Peminat!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Isteri kepada vokalis Floor 88, Ayie iaitu Natasha Ahmad Zawawi sebelum ini telah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 12...

Read moreDetails
Foto - @sharnaazahmad (IG)
Lokal

[VIDEO] Cipta Trend “Takut Bini”, Sharnaaz Ahmad Beri Teguran- “Hormati Tapi Tak Perlu Takut”

by Nurul A.
January 6, 2026

Disebabkan oleh trend "takut bini" yang dihasilkan oleh segelintir pencipta kandungan di media sosial, pelakon Sharnaaz Ahmad tampil memberi teguran...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  5. 5

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore