• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Elizabeth Tan Jawab Dakwaan Sengaja Tunjuk Aksi Gedik & Nakal

by Zaidin Albert
February 8, 2021
Share on Facebook

Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan atau Lizzy antara selebriti yang aktif di media sosial. Memiliki jumlah pengikut mencecah 1.9 Juta di laman Instagram, aksi nakal Lizzy sering medapat perhatian peminat dari golongan lelaki.

Hal ini membuatkan Lizzy sentiasa mendapat komen-komen berbaur lucah gara-gara aksi nakal dan manjanya.

Walaubagaimanapun, Lizzy tidak mengambil pusing dengan komen-komen tersebut, malah dia merasa lucu. Katanya kepada Utusan Online, Lizzy menolak dakwaan bahawa dia sengaja berpenampilan menjolok mata demi meraih perhatian peminat lelaki.

“Saya tahu setiap kandungan dalam media sosial dan apa jenis perhatian yang akan diraih. Kalau orang kata saya sengaja sajikan kandungan gedik dan nakal, nak buat macam mana, saya memang nakal!”

Lizzy menegaskan penampilannya di media sosial masih sopan dan rasional berbanding dengan teman kaum Cinanya.

“Saya tak pakai seksi sangat pun dan selalunya pakai baju kasual saja kalau sedang buat video atau muat naik gambar. Orang kata, saya kena hormat sikit sensitiviti masyarakat bila dah masuk dalam industri seni yang dimonopoli Melayu.

“Sebab hormatlah saya tak buat perkara yang melampau atau pakai baju yang lebih seksi. Sebolehnya saya tak pakai pakaian yang menunjukkan pusat, masih ada garis panduan lagi. Susah bukan nak puaskan hati semua orang?”- katanya kepada Utusan.

Lizzy menambah, dia tidak pernah terasa hati dengan komen-komen berbaur lucah. Menurutnya,  ia berbalik kepada apa yang peminat itu mahu fikir atau imaginasikan. Dia tidak boleh mengawal apa yang difikirkan oleh mereka.

Elizabeth Tanlucah
https://lomp.at/q33np
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    VIDEO Keakraban Tunku Azizah & Permaisuri Suthida Selepas Raih Emas Buatkan Rakyat Terpesona

  2. 2

    Perodua Traz VS Toyota Yaris Cross: SUV Kembar, Harga Jauh Beza, Mana Sebenarnya Lebih Berbaloi?

  3. 3

    Busana Madammu Raih Pujian, Netizen Terpesona di Pembukaan Flagship Store Noir

  4. 4

    Bantuan Kanak-Kanak Keluarga B40 Sebanyak RM1000- Jom Mohon Segera!

  5. 5

    “Mama Hasut Papa, Papa Pulak Pukul”- Sodiq Anak Johan Raja Lawak

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore