Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Emma Maembong Sindir Pasangan Popular Buka Aib Di Media Sosial, Anak Bukan Tempat Bayar Harga Ego

by Puteri Alia
May 26, 2025
42
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon Emma Maembong meluahkan rasa kurang senangnya terhadap sikap segelintir pasangan selebriti yang gemar melondehkan aib rumah tangga di media sosial. Bagi Emma, tindakan seperti itu bukan sahaja tidak matang, malah boleh memberi kesan jangka panjang terhadap kesihatan mental anak-anak. Katanya, apabila anak-anak membesar dan mula membuat carian tentang ibu bapa mereka di internet, tidak mustahil mereka akan berdepan ejekan dan tekanan yang tidak sepatutnya berlaku.

Emma, atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, menegaskan bahawa tindakan membuka pekung rumahtangga kepada umum atas alasan ingin menegakkan kebenaran atau menyelamatkan anak-anak daripada pasangan yang dianggap tidak bertanggungjawab sebenarnya hanya mementingkan diri sendiri. “Kadang-kadang kita rasa kita buat yang terbaik untuk anak, tapi sebenarnya kita hanya ikut emosi sendiri. Kita lupa, anak-anak tetap melihat ibu bapa mereka sebagai superhero dan superwoman, walau apa pun yang berlaku,” ujarnya penuh jujur.

Bagi pelakon drama Seribu Tahun itu, pertikaian hak penjagaan anak juga sering kali menjadi medan perbalahan antara dua orang dewasa yang hanya mahu menang tanpa memikirkan keperluan sebenar anak-anak. Malah, ada yang sanggup menyerahkan tanggungjawab menjaga anak kepada pengasuh atau ahli keluarga lain selepas berjaya mendapatkan hak penjagaan. “Saya pantang dengar orang bergaduh nak ambil hak anak dengan alasan ‘bapa tak bagus’. Kita tak boleh cakap begitu. Untuk anak, bapa tetap hero mereka. Ramai buat keputusan ikut ego, bukan demi anak,” jelasnya lagi.

Walaupun kini bergelar ibu tunggal selepas bercerai dengan bekas suaminya, Muhammad Shazli Azhar, Oktober tahun lalu, Emma bersyukur kerana mereka masih mampu bekerjasama dengan baik dalam membesarkan dua cahaya mata lelaki mereka, Shariq Gabriel, 5, dan Shakil Aryan Shah, 2. Walaupun tidak lagi bersama sebagai suami isteri, Emma dan Shazli tetap mengekalkan komunikasi serta persefahaman demi anak-anak mereka. “Kalau saya sibuk penggambaran, bekas suami akan jaga anak. Kalau dia pula kena terbang, saya ambil alih. Kami sepakat,” katanya tenang.

Orang Teraniaya? Ucapan Sarah Yasmin Kepada Emma Maembong Selepa Raih Aktres TV Popular Cetus Tanda Tanya

Walaupun tidak menghebahkan berita perpisahan mereka kepada umum sebelum ini, Emma percaya sesetengah perkara lebih baik disimpan dan diselesaikan secara tertutup. Baginya, ketenangan dan kesejahteraan anak-anak jauh lebih penting daripada perhatian media atau simpati netizen.

emma maembong
https://lomp.at/30zhk
Share17Tweet11SendShare

KINI TRENDING

Foto - @zendaya (IG)
Hollywood

Kenapa Zendaya Minta Aktres Seksi Ini Jaga Jarak Daripada Tom Holland?

by Nurul A.
January 30, 2026

Spekulasi mengenai kehidupan peribadi pasangan selebriti, Zendaya dan Tom Holland kembali mencuri perhatian ramai. Kali ini, khabar angin tersebut mengaitkan...

Read moreDetails
Spotlight

“Jadi Bodoh Lebaran?- Kamal Adli Curi Perhatian, Beraya Dalam Suasana Berbeza Tahun Ini

by Phic ARMAN
March 22, 2026

Nama pelakon popular Kamal Adli sekali lagi menjadi perhatian apabila berkongsi luahan jujur dan bersahaja mengenai sambutan Hari Raya Aidilfitri...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Datin Shahida Janji Lagu Raya Aliff Syukri Bakal Baik-Baik Sahaja-“Sebab Mama Ada Dalam Lagu Ni..”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Perkongsian isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Shahida mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momennya yang...

Read moreDetails
Lokal

Fasha Sandha Bidas Komen Netizen Anggap Sharifah Rose ‘Kayu’-“Dia Punctual & Rajin..”

by Naddy Joe
February 13, 2026

Pelakon, Fasha Sandha tampil bersuara selepas salah seorang netizen menyifatkan lakonan pelakon, Sharifah Rose sebagai 'kayu'. "Saya tengok banyak jugak...

Read moreDetails
Foto -@justjared (IG)
Hollywood

Walaupun Ada Anak, Zayn Malik Akui Tak Pernah Cintakan Gigi Hadid

by Nurul A.
February 16, 2026

Peminat tergamam apabila penyanyi Zayn Malik tampil secara terbukanya, mengakui bahawa dia tidak pernah jatuh cinta dengan bekas kekasihnya, supermodel...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara