Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Enggan Ambil Kesempatan Atas Keterbukaan Suami, Ayda Jebat Takut Kesabaran Nabil Mahir Teruji

by Puteri Alia
September 1, 2023
Share on Facebook

Enggan mengambil kesempatan atas keterbukaan suami, Nabil Mahir, penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat, berusaha menjaga batas sebagai anak seni.

Ayda memberitahu, mengenali suaminya itu, Nabil sukar meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara.

Namun, sebagai isteri, Ayda bimbang kesabaran suami teruji jika terlalu ambil mudah kepercayaan diberi.

“Nabil tidak pernah letak syarat apa yang boleh dan tidak boleh dibuat. Tetapi, sebagai isteri, sebelum dia tegur, lebih baik berjaga-jaga.

“Walaupun suami selalu sebut tidak apa, tetapi, saya suka kata-kata itu. Kita tidak boleh teka apa yang terbuku dalam hatinya.

“Kadang-kadang, suami tidak kata apa-apa, tetapi lama-kelamaan apabila terlalu lama disimpan, mungkin boleh ‘meletup’,” katanya.

Ayda memegang watak Qistina dalam drama 50 episod yang memaparkan kisah pekerja ladang berdepan pelbagai cabaran bersama ibunya, selepas jatuh cinta dengan anak kepada pemilik aset terbabit.

Selain Ayda, drama Bukan Cinta Sempurna arahan, Azri Izhar dibintangi Fadlan Hazim, Amar Baharin, Datuk Ziela Jalil, Emelda Rosemila, Husna Mustaffa, Datuk Raja Shah Rezza dan Shah Iskandar.

Sejak mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 2021, Ayda atau nama sebenar, Nur Suhada Jebat mengelak daripada melakonkan babak bersentuhan.

“Fadlan yang jadi ‘hero’ saya dalam drama Bukan Cinta Sempurna sangat menghormati keputusan saya.

“Apabila saya cadangkan babak tolak Fadlan ke dalam kolam renang bagi menunjukkan kemesraan antara Qistina dan Luqman, dia setuju.

“Bagi saya, hendak wujudkan kemesraan tidak perlu bersentuhan. Ada pelbagai cara yang boleh dibuat untuk menjayakan babak itu,” katanya lagi.

Adya mengaku beruntung kerana Nabil dan Fadlan berkawan baik, jadi, tidak timbul soal cemburu.

Namun, Ayda masih menjaga batas. Misalnya, jika Fadlan tanpa sengaja terpegang bahunya, Ayda akan beritahu suaminya.

“Kalau ada adegan terpegang sedikit pun, saya beritahu Nabil. Sebenarnya, suami tidak pernah kisah atau marah. Tetapi, sebagai isteri, saya fikir, perlu beritahu.

“Seperkara lagi, kalau hendak buat hantaran di mana saya perlu muat naik foto bersama Fadlan, saya minta izin suami dahulu,” katanya.

Ayda yang hamil lima bulan akan memperlahankan aktiviti seni selepas melahirkan anak keduanya itu, Disember depan.

[VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Gelagat Anak Kedua Berak Dalam 'Pool', Reaksi Nabil Mahir Pula Buat Netizen Terhibur!

Sebelum ini, Ayda pernah meninggalkan dunia lakonan selama hampir empat tahun dengan drama terakhir lakonannya, Bukan Gadis Biasa pada 2019.

“Kali ini, saya belum tahu berapa lama akan berehat. Mungkin saya akan tunggu selepas anak kedua boleh berjalan.

“Bukan apa, apabila fikirkan hendak tinggalkan anak berjam-jam, kasihan pula. Tetapi kalau untuk projek kempen atau penggambaran produk, tiada masalah,” katanya yang bakal mendedahkan jantina anak dalam satu acara, bulan depan.

ayda jebatnabil mahir
https://lomp.at/zx2w7
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Dua Legasi, Satu Rantaian Kasih HABIB & Datuk Sri Siti Nurhaliza

by Naddy Joe
March 1, 2026

HABIB, jenama barangan kemas yang telah menjadi sebahagian daripada detik bermakna rakyat Malaysia sejak lebih enam dekad, dengan bangganya menampilkan...

Read moreDetails
Lokal

A. Aida Anggun Bertudung, Rakan Selebriti & Peminat Titip Rasa Syukur

by Naddy Joe
March 3, 2026

Penerbit terkenal, Datuk A. Aida mencuri perhatian netizen dan rakan selebriti selepas berkongsi penampilan terkininya di media sosial, baru-baru. Menerusi...

Read moreDetails
Foto - @the_haidars (IG)
Lokal

Peminat ‘Kenenkan’ Dengan Fazura, Ini Respons Que Haidar- “Jodoh Tak Boleh Tolak”

by Nurul A.
February 16, 2026

Pelakon Que Haidar mencuri tumpuan ramai apabila mengulas kenyataan mengenai kemungkinan jodoh bersama pelakon dan usahawan Nur Fazura. Memetik kenyataan...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Eira Syazira & Anak-Anak Beri Kejutan Hari Lahir Buat Azad Jasmin, Curi Perhatian Peminat

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelakon, Eira Syazira mencuri perhatian peminat selepas dilihat memberikan kejutan istimewa sempena hari lahir suaminya yang juga pelakon, Azad Jasmin...

Read moreDetails
Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara