Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Enggan Bayar Hutang Sewa Rumah, Penyanyi Lelaki Popular Era 90an Angkat Parang Ketika Bertemu Tuan Rumah

by Puteri Alia
October 9, 2023
Share on Facebook

Sudahlah enggan bayar sewa rumah berjumlah RM3,600, seorang penyanyi era 1990-an pernah menunjukkan parang ketika pemilik kediaman yang didudukinya tampil untuk berbincang pada 18 September lalu.

Pemilik unit kediaman yang mahu dikenali sebagai Liza Mohamad, 46, berkata dia bersama beberapa ahli keluarga datang secara baik, namun terkejut apabila artis berkenaan membuka pintu sambil memegang sebilah parang.

“Selepas panggilan dan mesej tidak berjawab, isterinya sekat nombor saya dan permintaan mengosongkan rumah tidak diendahkan kami tiada pilihan lain, perlu bersemuka dengannya.

“Kami terkejut dan bertanya kenapa parang dan dia bagi alasan takut kepada pencuri sedangkan dia tahu saya beri salam tapi dia tak letakkan semula parang itu ke dalam rumah sepanjang setengah jam kami bercakap.

“Perbincangan berlangsung pula di luar rumah. Sesekali dia macam menetak jaring besi yang memisahkan kami. Memang situasi pada waktu itu membimbangkan,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, susulan tindakan individu tersebut, wanita terbabit menyarakan telah membuat laporan polis laporan polis di Balai Polis Daerah Wangsa Maju, Setapak, pada keesokkan harinya.

Sekaligus, bermula dari Mei 2 lalu sebanyak empat laporan polis sudah dibuat termasuk meminta penyanyi berkenaan mengosongkan rumah selepas turut culas menjelaskan bil elektrik berjumlah RM6,770.

Dedah pekerja swasta itu lagi, tahun terawal iaitu bermula pada 2019 sewa kediamannya di Setapak Indah, di sini dibiayai Pusat Pengutan Zakat (PPZ) menerusi kontrak dengan ejen, dan selepas itu dibayar pula sebuah agensi lain untuk tahun 2021.

Namun penyanyi terbabit dan isteri tidak mengisi borang bantuan seperti dipinta pihak berkaitan dengan memberikan alasan enggan lagi bergantung kepada agensi terbabit.

Katanya, situasi juga semakin sulit apabila lelaki itu tetap berdegil selepas perjanjian untuk melunaskan bayaran sewa dari Jun sehingga ke hari ini tidak dipenuhi, apatah lagi selepas kontrak sewaan tamat pada September 2023.

“Setakat ini memang banyak masa dan wang terbuang kerana kedegilan penyewa. Saya pun ada anak-anak dan perlu jelaskan pinjaman bulanan kepada bank.

“Jangan aniaya saya sebab dari awal dulu saya dah minta secara baik. Dulu ada orang lain nak sewa, tentu saya kena minta dia kosongkan rumah sebab tiada lagi cara lain untuk saya dapatkan hak serta lunaskan hutang kepada bank.

“Andai masih berdegil saya memang perlu dapatkan perintah mahkamah, tetapi itu juga memerlukan belanja yang besar sedangkan ekonomi saya pun tak stabil,” katanya.

Menurut ibu kepada tiga anak itu, dia terkejut apabila artis berkenaan turut membuat permintaan tidak masuk akal dengan memintanya mencari kediaman lain jika mahu mereka berpindah.

“Permintaan seperti itu mana mungkin saya dapat tunaikan. Jadi saya harap ada pihak dapat bantu keluarga kami supaya dia dapat mengosongkan aset peninggalan arwah suami saya ini dengan kadar segera,” luahnya.

Semalam, sebuah portal melaporkan seorang wanita membuat laporan polis terhadap penyanyi lelaki popular era 90an yang didakwa gagal menjelaskan tunggakan sewa rumah mencecah RM3,000 sejak Jun lalu.

Malah, notis mengosongkan rumah itu difahamkan sudah diajukan kepada isteri artis terbabit, namun tetap tidak diendahkan apabila pasangan tersebut masih berdegil.

90an
https://lomp.at/yvt6x
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Chef Selebriti Tegur Netizen Menggeletis Mahu Pulang Awal Di Bulan Ramadhan, Undang Kritikan Netizen!

by Naddy Joe
February 20, 2026

Perkongsian salah seorang chef selebriti mengundang kecaman netizen selepas memuatnaik satu hantaran di media sosial, baru-baru ini. Menerusi hantaran chef...

Read moreDetails
Foto - @zarazya (IG)
Lokal

Zara Zya Anggap Gangguan Mistik Mungkin Penyebab Sukar Temui Jodoh

by Nurul A.
February 4, 2026

Pelakon Zara Zya menjadi perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman mistik yang dialaminya selama lebih 10 tahun. Zara atau nama sebenarnya...

Read moreDetails
Spotlight

Siti Nurhaliza Buka Suara Pasal ‘Sound System’- “Terpulang Kepada Masing-masing”

by Phic ARMAN
February 16, 2026

Nama besar seperti Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memang terkenal dengan setiap persembahan yang mementingkan kualiti. Bukan sekadar vokal...

Read moreDetails
Berita

Fatin Afeefa Kongsi Pengalaman Berhadapan ‘Maid’ Bermasalah-“Dia Tiru Saya, Curi Pakaian, Mekap, Duit..”

by Naddy Joe
March 4, 2026

Pelakon, Fatin Afeefa berkongsi pengalamannya yang pernah berhadapan dengan pembantu rumah yang bermasalah sehingga sanggup merakam video yang tidak senonoh...

Read moreDetails
Foto - @remyishakofficial (FB) / @remyishaktiktok (TikTok)
Lokal

[VIDEO] Gelagat Remy Ishak Salam Raya Ibu Undang Gelak Tawa- “Menekan-Nekan Minta Maaf Tu”

by Nurul A.
March 28, 2026

Pelakon kacak, Remy Ishak mencuri perhatian ramai apabila tular sebuah video pendek yang memaparkan dirinya bersalaman raya dengan ibunya. Walaupun...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara