Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Enggan Hipokrit Jadi ‘Trend’ Alasan Tanggal Tudung, Anzalna Akui Bimbang Hati Berbolak-Balik Berhijab

by Puteri Alia
May 15, 2023
Share on Facebook

Mahu tanggal tudung kerana belum bersedia sepenuhnya, iman turun naik dan enggan dituduh hipokrit antara alasan yang sering diberikan apabila wanita bertudung kembali kepada imej lama.

Walaupun sedar bertentangan perintah menutup aurat seperti ditetapkan syarak, ada wanita Islam yang tidak janggal atau malu, sebaliknya mengharapkan masyarakat memahami dan menghormati keputusan mereka.

Senario itu dibimbangi menjadi perangkap untuk mengangkat fenomena normalisasi dalam pemakaian hijab hingga tuntutan agama diremehkan.

Hal ini memang wajar dipandang serius sebelum lebih ramai kecundang atas pelbagai faktor khususnya dalam kalangan remaja yang terdedah dengan trend semasa tetapi perlu dilakukan dengan berhikmah.

Memang benar pada asasnya untuk menjadi wanita solehah istiqamah dalam menutup aurat dengan sempurna bukanlah semudah yang disangka. Namun ia tidak mustahil untuk dilakukan kerana ia terlebih dahulu bergantung kepada diri sendiri.

Jika tidak teguh dengan pendirian yang dilakukan pasti akan berhadapan ujian dan cabaran.

Namun, jika seseorang itu mampu teguh dengan pilihan yang dilakukan, insya-Allah dia bakal menjadi insan lebih baik di sisi Allah SWT.

Berbahas soal ini, melihat senario hari ini yang menyaksikan ramai selebriti atau influencer yang menunjukkan minat untuk mendalami agama dengan menyertai jemaah tabligh dilihat sebagai satu perkembangan positif, sekali gus mengubah landskap industri hiburan seni tanah air.

Malah, langit industri hiburan turut menyaksikan ramai selebriti wanita turut mendekatkan diri dengan agama demi mencari keredaan Allah SWT.

Sebagai contoh, selepas membulatkan tekad tampil berhijab sejak dua tahun lalu, aktres jelita, Anzalna Nasir meluahkan masih bimbang kesukaran istiqamah.

Memetik sebuah laporan berita, Anzalna atau nama sebenarnya, Nur Anzalna Mohd Nasir, 35, dia sering berfikir mengenai ujian bakal dihadapi kerana dikhuatiri mampu membuatkan hatinya berbolak-balik.

Dulu Beli Beg RM100,000, Kini Anzalna Sedar Nilai Rezeki Lebih Bermakna Untuk Keluarga Susah

Bagaimanapun, secara peribadi, Anzalna tidak mahu terlalu mengulas atau menghebahkan mengenai fasa penghijrahannya kerana keterbatasan untuk meramal apa yang bakal berlaku pada masa akan datang.

“Sebenarnya saya tidak mahu ulas mengenai penghijrahan ini disebabkan saya tidak tahu apa yang bakal terjadi pada masa hadapan.

“Sejujurnya, sukar untuk istiqamah selepas berhijab sejak dua tahun lalu. Cuma, saya berdoa boleh kekal berhijab sampai bila-bila.

“Sebab ini antara saya dengan Tuhan, bukan dengan manusia,”

Pelakon drama Memori Cinta Suraya itu berkata, dia hanya berharap orang ramai dapat mendoakannya mampu mengekalkan imej menutup aurat seperti sekarang.

“Doakan yang terbaik untuk saya agar kekal berhijab dan berimej muslimah,” katanya.

Biarpun kini sudah tampil dengan imej baharu dan mengambil keputusan memperlahankan kerjaya seni, Anzalna tetap meluahkan rasa syukur apabila tawaran diberikan dalam bidang lakonan masih lebat.

“Saya bersyukur rezeki dalam bidang lakonan tidak pernah putus. Saya tetap menerima banyak tawaran.

“Rezeki berlakon masih ada, cuma saya belum bersedia untuk kembali ke lokasi penggambaran kerana mahu memberi tumpuan kepada keluarga.

“Buat masa ini, saya lebih utamakan keluarga. Suami tidak menghalang dan sentiasa memberi sokongan terhadap apa yang saya suka lakukan termasuk lakonan,” katanya.

Mengulas pemilihan watak bersesuaian dengan imej, Anzalna menjelaskan, dia perlu mengehadkan beberapa perkara.

“Saya perlu pilih karakter bersesuaian dengan imej. Saya sudah tidak boleh berlakon seperti dahulu, lebih lagi, sudah mempunyai dua cahaya mata.

“Saya juga tidak boleh ambil tawaran lakonan dengan episod panjang kerana sudah berkeluarga. Apabila tengok adik saya, Afiffah Nasir berlakon, memang terasa rindu sebenarnya,” katanya.

Jelas lah disini bahawa seruan atau hidayah memang benar anugerah Allah SWT yang boleh berlaku hanya sekadar terdetik untuk menutup aurat dalam hati, iaitu dinamakan iman,

[VIDEO] Anzalna Kongsi Gelagat Eidrees Dengan Sepupunya, Netizen Terhibur!-"Vibe Putera Raja Sangat..."

Namun juga diingatkan kepada Muslimah supaya tidak menjadikan ‘seru belum sampai’ sebagai gurauan atau alasan menangguhkan penghijrahan.

Setiap orang mesti menanam niat baik, barulah usaha untuk berubah atau berhijrah akan dipermudahkan.

Untuk rekod, Anzalna mendirikan rumah tangga bersama Hanif Zaki pada 2016. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidress, 2, dan Mohamad Emirhan, 11 bulan.

anzalna
https://lomp.at/aw0k9
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Ieda Moin & Rakan Selebriti Di Sisi Amyza Aznan, Netizen Sebak

by Naddy Joe
February 24, 2026

Pelakon dan pelawak, Ieda Moin mencetuskan rasa sebak netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial saat mengetahui anak sahabatnya...

Read moreDetails
Spotlight

Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

by Phic ARMAN
March 22, 2026

Pelakon kacak Nazim Othman sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila memuat naik sebuah video di Instagram miliknya yang nyata mengundang...

Read moreDetails
Foto - @amirulhakim_mustapha (Threads)
Lokal

[VIDEO] Mawi AF Dedah Pernah Terima Pakaian Dalam Berlendir Dari Peminat Fanatik

by Nurul A.
March 16, 2026

Selepas sebelas tahun, penyanyi Mawi berkongsi satu pengalaman pelik  yang telah mengejutkan orang ramai. Pengalaman itu dialaminya sendiri selepas menjuarai...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Baru-baru ini tular satu video di Threads yang memaparkan pelakon, Kamal Adli sedang meluangkan masa bersama anak perempuannya iaitu Hawra...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  3. 3

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara