Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Enggan Ulas Tentang Teman Lelaki, Irenee Yang Dituduh Sebagai “Skandal” Syamsul Akhirnya Buka Mulut

by Puteri Alia
November 6, 2023
Share on Facebook

Apabila kita mengetahui suami atau lelaki curang, pasti kita akan mula menyalahkan pihak ketiga dengan pelbagai tohmahan.

Tidak cukup dengan itu, kita akan sentiasa merasa diri “kurang hebat” hingga suami bertindak berlaku curang.

Oleh yang demikian kehadiran atau campur tangan orang ketiga sentiasa didakwa menjadi punca utama keruntuhan rumah tangga, meskipun terdapat 1,001 sebab lain yang mendorong perkahwinan dibubarkan antaranya tidak lagi sanggup terus dipergunakan.

Berbaha soal ini, baru-baru ini usahawan muda, Irenee Deanna mengakui terkejut apabila namanya dipetik golongan netizen dan didakwa mempunyai hubungan dengan pengarah terkemuka tanah air, Syamsul yusof.

Menurut Irenee, dia tidak tahu-menahu bagaimana isu tersebut boleh timbul namun mengakui mengenali Syamsul sebagai rakan keluarga.

“Saya tak ada apa-apa pun nak komen, bagi pihak saya, apa yang boleh dikatakan memang tak ada apa-apa.

“Saya sendiri pun terkejut apabila cerita itu timbul. Kalau tanya pasal gambar yang tular, ia sekadar gambar sahaja. Sebab masa dia (Syamsul) datang itu, atas urusan kerjasama dengan Utama Motors.

“Tangkap gambar macam biasa sahaja, sebagai rakan kenalan keluarga. Tetapi tak sangka pula jadi benda lain,”katanya.

Irenee berkata demikian bagi mengulas mengenai dakwaan dia dan Syamsul menjalinkan hubungan istimewa selepas tular gambar mereka berdua sedang makan malam bersama.

Selain itu, ketika ditanya sama ada dia mempunyai teman lelaki atau tidak, Irenee turut enggan mengulas lanjut.

Dalam pada itu, memetik laporan sebuah portal online ketika ditanya mengenai perhatian netizen yang kini tertumpu padanya selain peningkatan jumlah pengikut di Instagram, Irenee menganggap ia sebagai satu perkara yang positif.

“Saya anggap ia satu benda yang baik. Saya ada juga baca komen netizen sebab orang hantar pada saya. Dalam hati, tergelak juga saya.

“Tapi bila tengok jumlah pengikut naik, saya anggap positif saja. Alhamdulillah. Perkara ini tak menganggu pun. Saya pun buat kerja macam biasa saja. Saya okey,” katanya.

Terdahulu, Irena didakwa menjalin hubungan dengan pengarah, Syamsul Yusof selepas tersebar untaian foto Syamsul menghadiri makan malam yang turut disertai keluarga wanita itu.

Ira Kazar Akui Bukan Senang Bangkit Selepas Cerai Dengan Bekas Suami Tercinta Syamsul Yusof

Turut kelihatan, sekeping gambar pengarah sensasi itu berdua dengan Irene dalam satu hantaran dalam Instagram.

Ira KazarIrenee DeannaSyamsul Yusof
https://lomp.at/uqijr
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Ridzokumura Kongsi Momen Anak Sahur Tanpa Ibu Di Sisi, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
February 19, 2026

Perkongsian usahawan dan pempengaruh terkenal, Ridzokumura mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen anak lelakinya, Sky Taizo Okumura yang menikmati...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Baru-baru ini tular satu video di Threads yang memaparkan pelakon, Kamal Adli sedang meluangkan masa bersama anak perempuannya iaitu Hawra...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Diyana Halik Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Aaron Aziz Yang Ke-50

by Naddy Joe
February 24, 2026

Perkongsian isteri kepada aktor kelahiran Singapura, Diyana Halik iaitu Aaron Aziz mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen kejutan hari lahir...

Read moreDetails
Foto - @lufyalaana (IG)
Lokal

“Jangan Pukul Rata Kesalahan Jenayah Orang Lain Terhadap Kami”- Lufya Omar

by Nurul A.
January 29, 2026

Hantaran Instagram Lufya Omar mencuri perhatian apabila pelakon itu meluahkan rasa kecewanya selepas menerima pelbagai komen yang mendakwa kumpulan usrahnya...

Read moreDetails
Berita

Chef Wan Perjelas Isu Cuit Iddin Ramli Ketika Baca Doa Sebelum Azan Maghrib-“Saya Diberi Arahan Oleh Kru Produksi…”

by Naddy Joe
February 25, 2026

Chef selebriti, Datuk Chef Wan tampil memberikan penjelasan selepas tular video di media sosial yang memaparkan tindakannya mencuit pendakwah selebriti,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara