Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Engku Emran Hantar Anak Ke Oxford, Tapi Lain Pula Netizen Perhatikan- “Akhirnya Dapat Bertemu…”

by Nurul A.
December 15, 2025
Foto - @aintmeemrawnoon (IG)

Foto - @aintmeemrawnoon (IG)

169
KONGSIAN
Share on Facebook

Jujurnya mana-mana ibu bapa pasti bangga jika anak berjaya mencapai kejayaan seperti Engku Aleesya di usia yang sangat muda.

Beberapa jam yang lalu, usahawan Engku Emran menerusi hantarannya di Instagram, meluahkan rasa gembira apabila satu-satu anaknya, Engku Aleesya berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Berdasarkan kapsyen beliau, anaknya yang mesra disapa sebagai Aleesya, telah ditawarkan kursus pendek di Oxford, United Kingdom kerana memperoleh keputusan yang sangat baik dalam Sijil Am Pendidikan Menengah Antarabangsa (IGCSE).

View this post on Instagram

“Aleesya telah ditawarkan tempat untuk menghadiri kursus pendek di Oxford UK kerana grednya yang baik dalam IGCSE.”

Namun apa yang mencuri perhatian orang ramai adalah, Engku Emran turut memberitahu bahawa beliau hadir bersama-sama Erra Fazira dan Ezwan Zain untuk menghantar Aleesya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Foto – @aintmeemrawnoon (IG)

Dalam hantaran yang sama, Engku Emran memaklumkan bahawa momen tersebut merupakan pertemuan pertamanya dengan bapa tiri Aleesya, Ezwan Zain. Pada masa yang sama, beliau turut mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan kedatangan Ezwan sebagai ahli keluarga baru dalam keluarga kecil mereka.

“Selamat datang ke keluarga Mr E (Ezwan Zain)! Gembira sangat akhirnya dapat bertemu dengan ayah tiri Aleesya. Jadi kami bertiga menghantarnya ke KLIA pagi semalam.”

Foto – @aintmeemrawnoon (IG)

Tak dinafikan pertemuan itu sedikit sebanyak mencerminkan kematangan hubungan di antara Engku Emran dan Erra Fazira. Hubungan yang baik demi kebahagiaan satu-satunya anak mereka telah menuai pelbagai reaksi positif daripada orang ramai.

View this post on Instagram

Untuk rekod, pada bulan Ogos tahun ini Engku Emran berkongsi keputusan cemerlang Engku Aleesya, dan menyifatkan ia sebagai hadiah yang paling bermakna untuknya kerana mencurahkan kasih sayang sepenuhnya dan pengorbanan untuk memastikan anaknya berjaya dalam pelajaran.

Didie Alias & Amelina Titip Ucapan Istimewa Buat Erra Fazira-"Akhirnya Allah Dah Aturkan Teman Hidup Kau.."
engku aleesyaengku emranerra faziraEzwan Zainoxford
https://lomp.at/a5hph
Share68Tweet42SendShare

KINI TRENDING

Foto - @khairulaming (IG)
Lokal

Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

by Nurul A.
February 6, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas menolak cadangan sesetengah pengguna media sosial di platform Threads....

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Sheikh Muszaphar Terharu Lihat Ibu Masih Bertenaga Ketika Saie-“Siap Lari Anak Lagi..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor meluahkan rasa kagum dengan ibunya yang masih bertenaga biarpun sudah berusia 81 tahun...

Read moreDetails
Lokal

Ayie Floor 88 Dedah Nama Serta Wajah Anak Kedua, Curi Perhatian Peminat!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Isteri kepada vokalis Floor 88, Ayie iaitu Natasha Ahmad Zawawi sebelum ini telah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 12...

Read moreDetails
Lokal

Kamal Adli Sehabis Baik Menjaga Batas Dalam Tempoh Iddah-“Tak Cuba Nak Rapat Dengan Mana-Mana Perempuan..”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Kamal Adli Mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memuatnaik satu hantaran mengenai tempoh iddah. Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Siti Nurhaliza Titip Rasa Syukur Dijemput Ke Majlis Tadabbur Di Istana Selangor

by Naddy Joe
February 16, 2026

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menitipkan rasa syukur apabila berpeluang menghadiri Majlis Tadabbur Al-Quran di Istana Selangor, Kuala Lumpur,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    Siti Nurhaliza Selamba Balas Komen Lagu ‘Beraya Dengan Saya’, Ada Yang Kata Mirip Lagu Tamil?

  4. 4

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara