Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Fahmi Fadzil Balas Netizen Mahu Portal Hiburan Yang Menfitnah Siti Nurhaliza Didakwa

by Phic ARMAN
May 2, 2023
Share on Facebook

Semalam di laman media sosial agak heboh dengan perkongsian penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza di dalam InstaStory terhadap berita palsu yang membabitkan persembahan pentasnya di majlis berunsur politik. Kenyataan palsu tersebut kemudiannnya digunakan oleh sebuah portal hiburan, Roti Kaya sebagai bahan berita bertajuk ‘Siti Nurhaliza tak sangka rumah terbuka jadi majlis politik’ sehingga menuai perhatian ramai.

Selepas memberi teguran kepada pihak berkaitan supaya berhenti menyebarkan perkara tidak sahih, isu ini telah mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata, dia menasihat rakan-rakan media untuk sentiasa berhati-hati dengan sumber sebelum menerbitkan berita.

“Siti Nurhaliza tegur Rotikaya tentang berita palsu yang ditulis laman itu. Malangnya berita palsu ini tersebar sejak semalam dan telah menjadi fitnah yang merebak jauh ke pelbagai komuniti. Malah ada yang percaya, atau dijadikan bahan politik.

Saya pohon rakan-rakan media untuk sentiasa mengesahkan info & sumber sebelum menerbitkan berita agar tidak timbul isu seperti ini. Tindakan undang-undang juga boleh diambil oleh agensi penguatkuasaan sekiranya didapati berlaku sebarang pelanggaran.”- kata Fahmi di laman twiiternya.

Salah seorang pengguna twitter bernama @AzfarinazAmran mempersoalkan kenyataan Fahmi lalu bertanya mengapa portal hiburan ini tidak didakwa. Fahmi menjawab isu ini telah diserahkan kepada pihak berkuasa.

“Itu tugas Polis Diraja Malaysia untuk siasat, Jabatan Peguam Negara untuk dakwa. Insyallah Suruhanjaya Komunikasi dan Multmedia juga sedang teliti.”- tambahnya lagi.

Mungkin ramai netizen di luar sana yang kurang ilmu atau terlalu bijak untuk mengeluarkan komen di laman sosial. Sebenarnya pendakwaan terhadap mana-mana pihak yang bersalah bukannya dibuat oleh menteri tetapi Jabatan Peguam Negara. Ingat tu!

[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza Menyanyi Sebelum Angkat Panggilan Suami, Curi Perhatian Ramai!
fahmi fadzilsiti nurhaliza
https://lomp.at/79w62
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @jennierubyjane (IG)
Lokal

Gara-Gara Foto Ini, BLACKPINK Jennie Jadi Mangsa Ped*filia

by Nurul A.
February 21, 2026

Imej baharu BLACKPINK Jennie telah menimbulkan reaksi negatif dalam pengguna media sosial. Untuk makluman, isu tersebut muncul selepas Jennie mengadakan...

Read moreDetails
Foto - @azirashafinaz (Threads)
Lokal

Penampilan Azira Shafinaz Mengenakan Busana Ketat Tuai Kecaman

by Nurul A.
February 10, 2026

Penyanyi kumpulan De Fam dan pelakon, Azira Shafinaz menjadi tumpuan ramai selepas berkongsi beberapa gambarnya ketika sambutan Tahun Baru Cina...

Read moreDetails
Foto - @elyanaofficial1 (IG)
Lokal

“Jangan Ejek Rasa Sakit Yang Belum Pernah Kau Rasakan”- Elyana Emrizal

by Nurul A.
February 5, 2026

Bersempena dengan sambutan Hari Kanser Sedunia semalam. penyanyi Elyana Emrizal telah mencuri perhatian orang ramai apabila berkongsi hantaran penuh makna...

Read moreDetails
Foto - @littlemisskhan (IG)
Lokal

[VIDEO] Ciri Lelaki Idaman Ameera Khan Buat Ramai Terkedu- “Kaya, Dia Perlu ‘Maintain’ Saya”

by Nurul A.
February 10, 2026

Pempengaruh, Ameera Khan menjadi tular baru-baru ini apabila tampil berkongsi mengenai kriteria lelaki idamannya. Ameera atau lebih mesra dikenali sebagai...

Read moreDetails
Foto - @mrsaprenamanrose (IG)
Lokal

Aprena Manrose Kesal Isu Anak & Buka Tudung Dikaitkan- “Takut Saya Jadi Gila”

by Nurul A.
February 11, 2026

Pelakon Aprena Manrose menjadi perhatian ramai selepas tampil meluahkan rasa kecewanya baru-baru ini. Luahan itu dibuat susulan ramai yang mengaitkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara