Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Bollywood

Faissal Khan Akui Dikurung Selama Setahun Oleh Keluarga, Ini Jawapan Aamir Khan

by Nurul A.
September 9, 2025
Foto - @faissal.khan (IG)

Foto - @faissal.khan (IG)

Share on Facebook

Aktor Aamir Khan dan keluarganya telah menjadi tumpuan dan perdebatan orang ramaidi India, apabila abangnya iaitu Faissal Khan telah menuduh mereka sekeluarga mengurungnya selama setahun di rumah.

Sebelum ini, Faissal menerusi beberapa temu bual, telah mendakwa keluarganya termasuklah Aamir telah menggelarnya sebagai “gila” dan menyekat kebebasannya.

View this post on Instagram

A post shared by Faissal Khan (@faissal.khan)

Faissal yang pernah membintangi filem ‘Mela’ bersama Aamir, mengatakan bahawa keluarganya mendakwa dirinya menghidapi skizofrenia dan dihantar ke hospital psikiatri selama 20 hari tanpa rela.

“Mereka terus mengatakan saya menghidapi skizofrenia, bahawa saya orang gila yang boleh membahayakan masyarakat. Semua itu tuduhan palsu dan saya terus tertanya-tanya bagaimana saya boleh keluar dari perangkap ini?”

View this post on Instagram

A post shared by Faissal Khan (@faissal.khan)

Tidak tahan dengan tuduhan yang dilemparkan oleh Faissal, Aamir yang mewakili keluarga akhirnya bersuara. Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan, keluarga Aamir telah menyatakan kekecewaan mereka terhadap tuduhan Faissal.

“Kami bimbang dengan gambaran yang menyakitkan dan mengelirukan yang dikatakan oleh Faissal mengenai ibunya (Zeenat Tahir Hussin), kakaknya (Nikhat Hegde) dan abangnya (Aamir Khan). Memandangkan ini bukan kali pertama dia memutar belitkan peristiwa itu, kami merasakan keperluan untuk menjelaskan niat kami dan menegaskan solidariti kami sebagai sebuah keluarga.”

View this post on Instagram

A post shared by Faissal Khan (@faissal.khan)

Aamir dan keluarganya menjelaskan bahawa setiap keputusan mengenai Faissal dibuat secara kolektif, dengan mengambil kira input daripada pegawai perubatan profesional dan berdasarkan belas kasihan untuk menyokong kesejahteraan emosi serta psikologi Faissal.

Pernayataan itu turut menyenaraikan nama ahli keluarga yang memberikan sokongan kepada Aamir dan keluarganya, termasuklah Reena Dutta, Junaid Khan, Ira Khan, Farhat Datta, Rajiv Datta, Kiran Rao, Santosh Hegde, Mansoor Khan dan Pablo Khan.

View this post on Instagram

A post shared by Faissal Khan (@faissal.khan)

Sekadar info, sebelum ini Faissal Khan telah mengejutkan orang ramai apabila dia membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan keluarganya menerusi media sosialnya.

COOLIE Gegarkan Pawagam! Malik Streams Bawa Aksi Terbesar Tahun Ini!
Aamir Khanfaissal khan
https://lomp.at/8pfl4
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Berita

Nedim Akan Lindungi Nora Danish Habis-Habisan, Nafi Dakwaan Belum ‘Move On’

by Naddy Joe
March 5, 2026

Bekas suami kepada pelakon, Nora Danish iaitu Nedim Nazri tampil bersuara selepas tindakannya mempertahankan Nora Danish yang dikecam di Threads...

Read moreDetails
Foto - @elizabethtan (IG)
Lokal

Elizabeth Tan Cari Lelaki Melayu Jadi ‘Boyfriend Online’- “Tak Kisah I Isteri Orang”

by Nurul A.
January 27, 2026

Pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan menjadi bualan ramai selepas berkongsi mahu mencari kekasih dalam talian, menerusi hantarannya di platform Threads....

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Penampilan Isteri Prince Syed Ketika Berniaga Cetus Kritikan Netizen-“Terus Pakai Inner..”

by Naddy Joe
February 16, 2026

Usahawan dan personaliti media sosial, Prince Syed mengundang kritikan netizen selepas berkongsi momen isterinya, Fatin Syazwani sedang berniaga, baru-baru ini....

Read moreDetails
Foto - @truedollah (IG)
Lokal

[VIDEO] Kongsi Bella Bersama ‘Lelaki Terbaik’, Netizen Gesa Space Dollah “Spill The Tea”

by Nurul A.
January 16, 2026

Seorang pendaki Amerika (@terrypernell) yang turut mendaki Gunung Kinabalu baru-baru ini telah menjadi tumpuan ramai selepas memuat naik video bersama...

Read moreDetails
Lokal

Noh Salleh Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Isteri”-Permaisuri Keluarga Kita…”

by Naddy Joe
March 4, 2026

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh menitipkan ucapan istimea sepena hari lahir isterinya, Fatin Athira Mustapa pada  Selasa, baru-baru ini. Isteri...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  5. 5

    Siti Nurhaliza Selamba Balas Komen Lagu ‘Beraya Dengan Saya’, Ada Yang Kata Mirip Lagu Tamil?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara