• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Berita Dunia

Fakta ‘Gila’ Perkahwinan Anak Lelaki Terkaya Asia. Ada Rihanna, Hidupan Liar Dan…

by Rory Kim
March 10, 2024
Foto - The Times

Foto - The Times

Share on Facebook

Agaknya berapalah Mukesh Ambani bayar Rihanna untuk persembahan di perkahwinan anak lelakinya, Ananth Ambani?

Sebagai pengerusi syarikat Fortune 500 Reliance Industries, Mukesh Ambani mempunyai anggaran harta $111 bilion, menurut Business Insider. Ini menjadikan dia orang terkaya di Asia dan ke-11 terkaya di dunia. Jadi tidak hairanlah berhabisan untuk perkahwinan anak lelakinya, Ananth Ambani.

Ananth Ambani yang merupakan anak bongsu akan berkahwin dengan Radhika Merchant, anak perempuan Ketua Pegawai Eksekutif Encore Healthcare, Viren Merchant pada bulan Julai. Sebelum berlangsungnya perkahwinan, diadakan pra-perkahwinan selama tiga hari yang dihadiri tetamu hebat.

Berikut fakta yang menarik perhatian media semasa berlangsungnya pra-perkahwinan Ananth dan Radhika.

1. Rihanna membuat persembahan penuh pertamanya dalam tempoh 8 tahun di majlis pra-perkahwinan Ananth dan Radhika. Laporan menganggarkan bahawa penyanyi itu telah dibayar antara $6 dan $9 juta untuk persembahannya.

Foto – Business Insider

2. Kira-kira 1,200 tetamu telah dijemput ke perayaan tersebut. Beberapa orang paling kaya dan terkenal di dunia, termasuk Ivanka Trump, Mark Zuckerberg, Bill Gates dan Sundar Pichai, manakala yang lain adalah selebriti Bollywood.

3. Salah satu aktiviti adalah ‘bermanja’ dengan haiwan liar. Tetamu menghabiskan waktu petang dikelilingi oleh keajaiban alam semula jadi, termasuk lebih 200 gajah, 300 kucing dan 120 reptilia yang sebelum ini berisiko dijual atau diburu.

Foto – Wild

4. Kira-kira 130 penerbangan tiba di lapangan terbang Jamnagar. Ramai tetamu VIP dari seluruh dunia termasuk pemimpin perniagaan, personaliti sukan, para pelakon dan ramai lagi.

5. Para tetamu telah diberikan dokumen sembilan muka surat kod pakaian untuk pelbagai acara, seperti jungle fever, dazzling Indian dan beberapa lagi. Selain kod pakaian, penggaya rambut dan jurusolek juga tersedia untuk tetamu.

Layaklah lelaki terkaya Asia dengan perkahwinan yang gah.

ananth ambaniindiaMukesh Ambani
https://lomp.at/u9bx6
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Langkah Tenang Putera Diraja Tunku Sulaiman Ini Buat Ramai Terpukau

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Social Buzz kembali lagi dengan video yang menjadi buala hangat di laman TikTok. Penampilan YTM Tunku Sulaiman Badlishah, putera kepada...

Read moreDetails
Filem

Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Setiap kejayaan yang kita lihat hari ini pasti ada cerita di sebaliknya, dan bagi Datuk Yusof Haslam, legenda industri hiburan...

Read moreDetails
Berita

Penampilan Sabronzo Dalam Dres Singkat Undang Pelbagai Reaksi Netizen

by Naddy Joe
January 2, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan DOLLA, iaitu Sabronzo sentiasa menjadi tumpuan netizen disebabkan penampilannya yang seksi. Terkini, dia kembali mengundang...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Dr Fie, bekas isteri penyanyi Nubhan, baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila mencuba jering masakan pelakon era 90an,  Datin Paduka...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Langkah Tenang Putera Diraja Tunku Sulaiman Ini Buat Ramai Terpukau

  2. 2

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

  3. 3

    Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

  4. 4

    Penampilan Sabronzo Dalam Dres Singkat Undang Pelbagai Reaksi Netizen

  5. 5

    Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore