• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

7 Fakta Sheila On 7 Yang Wajib Anda Tahu Sebelum Konsert Mereka.

by Ayden Mikhael
January 6, 2018
Share on Facebook

Kumpulan terkenal Indonesia iaitu Sheila On 7 (SO7) bakal menghiburkan peminat menerusi konsert ‘Sheila On 7 – Live In Kuala Lumpur 2018’ yang bakal diadakan pada 10 Februari depan dan akan diadakan di StarXpo Hall, KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur.

Brian, Eross, Duta dan Adam dijangka akan menghiburkan peminat selama dua setengah jam pada konsert itu dengan dendangan lagu-lagu hit mereka seperti Melompat Lebih Tinggi, Seberapa Pantas, Sephia, Pria Kesepian.

Namun, ada beberapa fakta yang anda mungkin tidak tahu mengenai SO7. Berikut adalah fakta-fakta yang wajib anda perlu tahu sebelum anda menonton konsert mereka pada bulan hadapan.

1. Bermulanya dengan nama “Sheila Gank”.

SO7 mempunya sejarah yang sangat unik, sebelum memilih nama “Sheila On 7”, band ini bermula dengan nama “Sheila Gank”. Sheila adalah nama sahabat baik kepada Eros, Duta serta Adam dan ketika mereka mula berkenalan antara satu sama yang lain, masing-masing dari mereka memanggil “Kamu sahabat kepada Sheila, yaa?”.

Ungkapan itu berulang hingga beberapa kali sebelum mereka betul-betul rapat dan “On 7” diambil sempena dari jumlah nada “Do Re Mi Fa So La Ti”. Jadi, maksudnya nama Sheila Gank membawa maksud “Teman-temannya Sheila yang memainkan tujuh tangga nada”.

2. SO7 pernah kehilangan 2 orang anggota band.

Ketika ini, SO7 memiliki 4 orang anggota iaitu Brian (drum), Eross (gitar), Duta (vokal) serta Adam (bass) dan mereka berempat pernah menggelarkan diri mereka sebagai BEDA. Mungkin ada diantara anda semua belum mengetahui bahawa SO7 pernah kehilangan dua orang anggota.

Pada mulanya SO7 terdiri 5 orang anggota iaitu Anton (drum), Eross (gitar), Sakti (gitar), Duta (vokal) dan Adam (bass). Seiring dengan perjalanan waktu, terjadi ketidakserasiaan di antara mereka yang membuatkan mereka kehilangan dua orang anggota. Anton menarikkan diri terlebih dahulu pada tahun 2004 setelah album Pejantan Tangguh dan Sakti keluar dari kumpulan pada tahun 2006 ketika SO7 sedang merakamkan projek album 507.

4. SO7 sudah menjadi band indie.

SO7 merupakan sebuah band yang besar melalui label Mayor dan mereka berada di bawah naungan Sony Music. Setelah album Musim Yang Baik dikeluarkan pada tahun 2014 lalu, SO7 kini telah bertukar kepada band indie. Kebetulan album tersebut yang merupakan album studio ke 8 dan juga merupakan album terakhir kontrak bersama dengan Sony Music. Setelah kontrak tersebut tamat, SO7 memutuskan untuk menjadi sebuah band indie.

5. Ada 8 orang wanita beruntung yang nama mereka telah disebut dalam lagu S07.

Dari kesemua lagu hit SO7, salah satu yang cukup terkenal adalah lagu dari album kedua yang berjudul Sephia. Lagu ini juga dimasukkan dalam album the best mereka yang dikeluarkan pada tahun 2005. Lagu tersebut diciptakan oleh gitaris mereka, Eross. Entah dari mana Eross dapat inspirasi nama “Sephia”. Tetapi, Sephia bukanlah satu-satunya nama wanita yang ada dalam lirik lagu SO7.

Ada 8 nama wanita yang pernah digunakan dalam lirik lagu SO7. Mereka adalah Rani (Perhatikan Rani), Dinda (Bertahan Di Sana), Niah (Jangan Beri Tahu Niah), Khaylila (Khaylila’s Song), Disya (Terjamah Yang Lain), Lia (Lia Lia Lia), Linda (Ibu Linda) dan Sephia (Sephia).

6. Satu-satunya band Indonesia yang menjual album dengan “hattrick”.

SO7 mendapat nama panggilan “Band Sejuta Copy”, ini disebabkan angka penjualan album mereka untuk tiga album pertama melebihi dari 1 juta unit. SO7 tercatat sebagai satu-satunya band yang “hattrick” dengan penjualan album melebihi 1 juta unit selama tiga tahun berturut-turut. Rasanya tidak akan ada lagi band yang boleh mengulangi prestasi yang sama seperti SO7 kerana industri muzik pada masa kini lebihkan kepada bentuk digital.

7. SO7 hampir dibubarkan pada tahun 2007.

Setelah mengeluarkan album 507 pada 2006, SO7 pernah menyepi untuk beberapa ketika dan sementara penyepian mereka, wujudnya band baru bernama Jagostu yang dianggotai oleh Eross serta Brian bersama dengan dua lagi anggota baru iaitu Alam dan Helmi dan ketika itu gosip tentang pembubaran band SO7 berleluasa setelah mereka ingin mengeluarkan album baru pada tahun 2007. Gosip tersebut semakin dibawa mulut oleh peminat-peminat setelah mereka tidak lagi muncul di kaca televisyen mahupun radio, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya.

Pada akhirnya, isu tersebut reda dengan sendiri kerana Eross dan Brian tetap bersama dengan S07 sehingga sekarang.

Sheila on 7
https://lomp.at/hgsoz
Share2Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Filem

Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

by Phic ARMAN
August 15, 2018

Beberapa filem Hollywood kadang-kadang memerlukan lakonan yang lebih natural untuk mendapatkan adegan yang memuaskan. Malah ada juga beberapa aktor tidak...

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  3. 3

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore