Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Farahdhiya Kecam Golongan Buka Aib Bekas Pasangan – “Tak Malu Ke? Sangat Tak Matang dan Tiada Kelas!”

by Puteri Alia
November 1, 2025
Share on Facebook

Penyanyi dan pelakon Farahdhiya tampil memberi pandangan tegas mengenai tindakan segelintir individu yang menjadikan media sosial sebagai medan untuk meluahkan kemarahan terhadap bekas pasangan. Bagi pemilik nama penuh Nur Farahdhiya Mohd Amin, 41, perbuatan membuka dan menyebarkan aib bekas kekasih atau pasangan selepas perpisahan adalah sesuatu yang tidak matang dan tidak beradab.

“Antara benda paling ‘red flag’ dalam sesebuah hubungan adalah apabila lelaki atau wanita buka cerita dalam kain dan aib bekas pasangan kepada satu dunia. Sangat tidak matang dan tiada kelas,” katanya dalam satu perkongsian di platform Threads yang mendapat perhatian ramai.

Farahdhiya turut mengakui hilang rasa hormat terhadap individu yang gemar mengaibkan bekas pasangan, malah menyatakan rasa simpati kepada keluarga mereka yang terpaksa menanggung malu akibat perbuatan tersebut.

“Kalian dapat apa bila buka aib bekas pasangan kepada orang ramai? Saya memang tidak ada rasa hormat kepada golongan ini, tiada rasa malu ke? Tak kasihan ke pada keluarga dan anak-anak? Pelik betul,” ujarnya dengan nada kesal.

Tambah pelantun lagu Bertahta Di Hati itu, setiap manusia seharusnya menjaga maruah sesama insan dan tidak menjadikan kekecewaan sebagai alasan untuk bertindak keterlaluan. Katanya, mereka yang berbuat demikian akhirnya hanya akan memperlihatkan diri sebagai individu yang terdesak dan kekanak-kanakan.

“Akhirnya kalian akan nampak sangat terdesak dan keanak-anakan. Gunalah akal yang Tuhan beri dengan sebaik-baiknya. Jangan lupa semua orang ada aib masing-masing. Jangan sampai aib awak pula yang terbuka,” nasihatnya.

Walaupun tidak menujukan kenyataan itu kepada mana-mana pihak secara khusus, luahan Farahdhiya jelas menggambarkan kekecewaannya terhadap trend segelintir netizen dan selebriti yang gemar membuka kisah peribadi secara terbuka di ruang maya.

Luna Maya Kahwin Lelaki Muda, Farahdhiya Juga Menanti Jodoh Di Usia 41 Tahun

Perkongsian tersebut turut menerima sokongan ramai yang bersetuju dengan pandangannya serta berharap agar budaya melondehkan aib bekas pasangan di media sosial dihentikan segera. Bagi Farahdhiya, kematangan sebenar bukan diukur melalui siapa yang ‘menang’ dalam perpisahan, tetapi pada sejauh mana seseorang mampu menjaga maruah diri dan orang lain selepas hubungan itu berakhir.

Farahdhiya
https://lomp.at/wqhn5
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Ojenn Aiwahhh Kesal Dengan Sikap Netizen Beri Komen Persoal Lelaki Berperwatakan Lembut

by Naddy Joe
February 13, 2026

Usahawan dan pempengaruh terkenal Ojenn Aiwahhh meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir netizen yang mempersoal lelaki berperwatakan lembut. "Lauk masyaAllah...

Read moreDetails
Berita

Nad Zainal Kongsi Sikap Ungku Ismail Ketika Awal Kehamilan, Netizen Terhibur!-“Lelaki Memang Gitu..”

by Naddy Joe
February 12, 2026

Umum mengetahui pelakon, Nad Zainal baru sahaja berkongsi khabar gembira mengenai dia yang kini sedang hamil cahaya mata keempat. Nad...

Read moreDetails
Foto - @azirashafinaz (Threads)
Lokal

Penampilan Azira Shafinaz Mengenakan Busana Ketat Tuai Kecaman

by Nurul A.
February 10, 2026

Penyanyi kumpulan De Fam dan pelakon, Azira Shafinaz menjadi tumpuan ramai selepas berkongsi beberapa gambarnya ketika sambutan Tahun Baru Cina...

Read moreDetails
Spotlight

Sarimah Ibrahim ‘Sound’ Artis Kritik Drama Tempatan- “Jangan Hentam Industri Sendiri!”

by Phic ARMAN
March 16, 2026

Dunia drama tempatan sekali lagi jadi topik perbualan hangat apabila beberapa selebriti meluahkan rasa tidak puas hati terhadap jalan cerita...

Read moreDetails
HotList

Konsert Solo Yang Ditunggu 4 Dekad, Fauziah Latiff Akhirnya Bersedia

by Ayu Kamaruddin
January 22, 2026

Empat dekad dalam industri muzik bukan tempoh yang singkat dan bagi Fauziah Latiff, ia bukan tentang menolak peluang, sebaliknya menunggu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara