• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

“Saya Pernah Tolak Rasuah RM5 Juta”- Farid Kamil Jawab Kriteria Utama Dia Terpilih Dalam Filem ‘Anwar, The Untold Story’

by Phic ARMAN
March 2, 2023
Share on Facebook

Pelakon Farid Kamil, yang memegang watak sebagai perdana menteri dalam ‘Anwar, The Untold Story’, menjawab pertanyaan mengapa dia menjadi pelakon terakhir terpilih dalam filem tersebut.

Farid yakin, antara punca yang menjadi sebab pelakon-pelakon lain menolak tawaran memegang watak ini adalah kerana tiada keberanian,

“Saya merupakan pelakon terakhir dipilih. Ini pelakon-pelakon yang lain itu tidak mempunyai keberanian untuk mengambil risiko-risiko yang bakal terjadi. Sebab mereka dari negara lain dan mungkin mereka dari negara kita sendiri.

Mereka tahu risiko-risiko yang mereka bakal hadapi sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjadi Perdana Menteri dan setelah filem ini siap, mereka akan di banned.

Mereka akan dapat macam-macam benda yang tidak sepatutnya dikenakan.

Jadi itulah risiko yang saya ambil. Saya tawakal, setelah saya baca naskhah, saya buat kajian secara terperinci apa yang disampaikan.

Saya dapat temui ada banyak kebenaran dalam satu cerita ini.”- jelasnya.

Saya Pernah Tolak Rasuah

Pengarah ini ditemui ketika sidang media filem ANWAR The Untold Story di W Hotel, Kuala Lumpur. Semasa  ditemubual bersama MURAI MY, Farid menjelaskan, salah satu kriteria utama untuk memudahkan memegang watak utama filem ini, pelakon tersebut seharusnya menolak rasuah.

“Satu yang anda perlu tahu di dalam memilih pelakon utama dalam Anwar, The Untold Story’, sekaligus memudahkan menjiwai watak Anwar Ibrahim, anda haruslah merupakan seorang pelakon yang menolak rasuah.

Dan untuk pengetahuan anda semua, saya pernah menolak rasuah RM5 Juta”- jelas Farid diiringi tepukan gemuruh penonton.U

Dipetik dari Malaysiakini,  pada tahun 2018, Farid pernah memberi keterangan berhubung laporan polis mengaitkannya dengan dakwaan pernah disogok wang RM5 juta oleh kerajaan terdahulu, di Kompleks Mahkamah di Petaling Jaya.

Bakal Ditayangkan Mei Ini

View this post on Instagram

A post shared by Zunar Zunar (@zunar_cartoonist)

Bakal ditayangkan pada bulan Mei tahun ini, filem Anwar, The Untold Story yang mengisahkan perjalanan politik Anwar dalam memerangi rasuah dalam negara.

Perjalanan cerita mengisahkan cabaran yang dihadapi Anwar dalam menangani isu rasuah di negara ini bermula dari 1993 sehingga 1998. Dari dilantik sebagai Menteri Kewangan sehingga dipecat dan dipenjarakan. Filem Anwar, The Untold Story hasil idea kartunis Zunar dan pengarah Indonesia, Viva Westi.

Filem terbitan produksi Bianglala Entertainment itu menampilkan barisan pelakon hebat termasuk Acha Septriasa sebagai Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Hasnul Rahmat menggalas watak sebagai Tun Dr Mahathir Mohamad.

Acha Septriasafarid kamil
https://lomp.at/3s91r
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Filem

Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

by Phic ARMAN
August 15, 2018

Beberapa filem Hollywood kadang-kadang memerlukan lakonan yang lebih natural untuk mendapatkan adegan yang memuaskan. Malah ada juga beberapa aktor tidak...

Read moreDetails
Filem

Di Sebalik Tabir Pak Su Ammara, Ummi Nazeera Kongsi Rahsia Que Haidar

by Phic ARMAN
January 5, 2026

Spotlight hari ini MURAI nak mulakan dengan kisah di sebalik tabir drama terbaru Pak Su Ammara. Ummi Nazeera berkongsi pengalaman...

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Filem

5 Filem Thailand Paling Seram Yang Kamu Tak Boleh Tengok Seorang Diri!

by Soph Azz
November 21, 2024

Bagi peminat genre seram, kalau tak tonton satu atau dua filem Thailand yang menyeramkan, memang rasa tak lengkap. Betul tak?...

Read moreDetails
Filem

10 Filem Seram Turki Ini Boleh Buatkan Sampai Terbayang Hantu Di Belakang Anda

by Naddy Joe
July 2, 2020

Sebut sahaja filem seram, pelbagai jenis filem seram yang bermain dalam minda. Antaranya, filem seram Thai, filem seram Korea, dan...

Read moreDetails
Filem

Confirm Tak Boleh Tidur Malam Selepas Tonton 5 Filem Indonesia Paling Seram Ini!

by Soph Azz
June 9, 2025

Jika kamu tanya filem negara manakah yang paling seram, jawapan Murai sudah semestinya filem seram Indonesia. Nak tahu kenapa? Berbeza...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  3. 3

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore