Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Rayuan Farid Kamil Ditangguh, Peguam Terlibat Perbicaraan Kes Ahmad Zahid

Mahkamah Rayuan hari ini menangguhkan prosiding rayuan pelakon dan pengarah, Farid Kamil Zahari terhadap sabitan dan hukuman penjara sembilan bulan

by Arsiqin Yusof
May 20, 2022
Share on Facebook

Mahkamah Rayuan hari ini menangguhkan prosiding rayuan pelakon dan pengarah, Farid Kamil Zahari terhadap sabitan dan hukuman penjara sembilan bulan bagi kesalahan berkaitan dadah setelah peguamnya terlibat dalam perbicaraan kes Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Memetik laporan BERNAMA, Panel tiga hakim yang terdiri daripada Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Ghazali Cha membenarkan penangguhan yang dimohon peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Farid Kamil.

Hisyam memberitahu mahkamah bahawa beliau terlibat dalam perbicaraan kes rasuah bekas timbalan perdana menteri itu yang melibatkan kontrak sistem visa luar negara di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Isnin Depan Pengurusan Kes

Timbalan Pendawa Raya, Eyu Ghim Siang tidak membantah permohonan penangguhan tersebut. Abdul Karim kemudian menetapkan Isnin ini untuk pengurusan kes.

Selain rayuan Farid Kamil terhadap sabitan dan hukuman penjara bagi kes berkaitan dadah, Mahkamah Rayuan juga sepatutnya mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menggantikan hukuman penjara 13 bulan yang dikenakan ke atas Farid Kamil, dengan denda RM5,000 kerana menggunakan kekerasan jenayah ke atas anggota polis.

Pendakwaan juga memohon lanjutan masa bagi memfailkan notis rayuan bagi kes yang sama (menggunakan kekerasan jenayah terhadap anggota polis).

Farid Kamil, 40, dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan dan diperintahkan supaya diletakkan di bawah pengawasan selama dua tahun di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 15 Mei 2019.

Gagal Rayuan Pada 2019

PETALING JAYA 30 APRIL 2019. Pelakon yang juga pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari, diperintah membela diri di Mahkamah Majistret, Petaling Jaya atas pertuduhan menggunakan dadah jenis ganja THC atau Tetra Hydrocannibol pada Januari tahun lalu. NSTP/MAHZIR MAT ISA.

Dia gagal rayuannya pada 2019, setelah ditolak oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam Pada 2 Jun 2020, Mahkamah Majistret Petaling Jaya menjatuhkan hukuman penjara 13 bulan terhadap Farid kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin di kaunter pertanyaan Balai Polis Trafik Kota Damansara pada 1.20 tengah hari pada 11 Jan 2018.

Pertama Kali Sambut Hari Bapa Sebagai Bapa Tunggal, Farid Kamil Luah Rasa Terharu

Dia juga dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret kerana mengeluarkan kata-kata tidak sopan terhadap Muhammad Nizam mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967.

Dia diperintahkan menjalani hukuman itu serentak.

Bagaimanapun, susulan rayuan pelakon itu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menggantikan hukuman penjara 13 bulan kepada denda RM5,000 manakala hukuman penjara empat bulan kerana mengeluarkan perkataan tidak sopan itu digantikan dengan denda RM500.

Pada 5 Januari lepas, Farid Kamil gagal untuk gagal mendapatkan kebenaran merayu terhadap sabitan dan hukuman denda RM5,500, atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah serta mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap seorang anggota polis.

Sementara itu, pihak pendakwaan mengemukakan rayuan balas terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menggantikan hukuman penjara 13 bulan kepada denda RM5,000.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan tidak dapat meneruskan rayuannya di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menggantikan hukuman penjara empat bulan dengan denda RM500 bagi kesalahan mengeluarkan perkataan yang tidak sopan kerana gagal lanjutan masa untuk memfailkan petisyen rayuannya. Farid Kamil juga diwakili peguam Kee Wei Lon.

farid kamilKes
https://lomp.at/dlvzt
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @syed.jeev (FB)
Lokal

Kejutan Untuk Isteri, Prince Syed Tarik Balik Laporan Polis Terhadap Mentua

by Nurul A.
March 17, 2026

Usahawan dan pempengaruh sensasi, Prince Syed telah mengejutkan orang ramai apabila dia mendedahkan telah menarik semula laporan polis yang pernah...

Read moreDetails
Lokal

Ayda Jebat Lalui Prosedur Jahitan Semula Untuk Terbang Ke Singapura, Rakan Selebriti & Peminat Bimbang!

by Naddy Joe
February 25, 2026

Pengacara, Nabil Mahir berkongsi keadaan isterinya yang merupakan penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat yang bakal menjalani prosedur jahitan semula mengalami...

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Dimasukkan Ke Hospital, Sempat Pesan- “Jangan Lupa Minum Air Guys..”

by Naddy Joe
January 22, 2026

Perkongsian personaliti media sosial, Khairul Aming mencetuskan pelbagai reaksi peminat selepas dia terpaksa dimasukkan ke salah sebuah hospital di ibu...

Read moreDetails
Foto - @elizabethtan (IG)
Lokal

Elizabeth Tan Cari Lelaki Melayu Jadi ‘Boyfriend Online’- “Tak Kisah I Isteri Orang”

by Nurul A.
January 27, 2026

Pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan menjadi bualan ramai selepas berkongsi mahu mencari kekasih dalam talian, menerusi hantarannya di platform Threads....

Read moreDetails
Berita

Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sweet Qismina tampil menegaskan bahawa dia enggan untuk masuk campur mengenai isu yang melibatkan pelakon, Puteri Balqis dan juga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara