• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Fasha Sandha Kongsi Keadaan Terkini-“Luaran Nampak Okay, Dalaman Masih…”

by Naddy Joe
March 23, 2023
Share on Facebook

Pada awal Mac, industri hiburan dikejutkan dengan berita kemalangan pelakon, Fasha Sandha ketika penggambaran telefilem berjudul Anak Tuan arahan Pengarah Along Kamalauddin, sehingga menyebabkan tulang mata kirininya patah selain bebola mata bengkak kerana terhentak di bucu katil yang tajam ketika menjayakan babak bersama pelakon Azhan Rani.

“Luaran Nampak Okay, Dalaman Masih Patah..”

Ketika ditemuai Murai MY, Fasha berkongsi keadaan terkininya bahawa dalaman matanya masih belum sihat sepenuhnya dan harus menjalani Pemeriksaan Imbasan CT (CT Scan) tidak lama lagi untuk melihat jika masih terdapat darah beku pada matanya akibat kemalangan yang berlaku.

“Memandangkan mata saya masih belum pulih sepenuhnya, jadi saya kena pergi buat treatment, dan kena buat CT Scan sekali lagi untuk memastikan mata saya akan sembuh.

Sekarang ni, luaran mata nampak okay, dalaman masih patah dan ada darah beku. Jadi kena pergi buat scan lagi untuk lihat ada lagi tak darah beku.

Anggap Insiden Yang Berlaku Sebagai Dugaan Kecil

Dalam pada itu, Fasha turut menitipkan rasa syukur kerana Allah tidak menarik penglihatan beliau sepenuhnya dan menganggap insiden yang berlaku adalah sebagai dugaan kecil buatnya.

“Apapun saya bersyukur sebab bukanlah Allah tarik penglihatan saya terus. Benda tu sikit je. Dugaan kecil pada saya. Saya ambik dengan positif.”-kata Fasha

View this post on Instagram

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Pasukan Produksi Lebih Berhati-Hati

Disoal mengenai adakah dia mempunyai rasa ‘overthinking’ apabila kembali ke set penggambaran telefilem Anak Tuan selepas berlaku kecederaan serius pada matanya, Fasha kemudian menjelaskan bahawa dia berada dalam keadaan baik-baik sahaja serta menitipkan rasa syukur apabila pasukan produksi dilihat lebih berhati-hati.

“Tak pun, tapi diorang (pasukan produksi) lebih berhati-hati, akan check semua perkara double triple. Tapi okay je, saya ambik positif je.”-kata Fasha lagi

View this post on Instagram

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Fasha Sandha ditemui Murai MY ketika di Majlis Menyambut Ramadan dan Perlantikan Fasha Sandha sebagai Duta jenama tekstil terkemuka, Alfaro, baru-baru ini di Alfaro Mall, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Kongsi Fasha, dia berasa berbesar hati apabila diberi peluang bekerjasama dengan Alfaro dan berharap penglibatannya mampu membuatkan jenama berkenaan lebih dikenali ramai

Kecoh Isu Unfollow Fazura! Fasha Sandha Akhirnya Bersuara, Siap Buat Tutorial Lagi! - "Bukan Budaya Saya Nak Unfollow"
fasha sandha
https://lomp.at/ydi2l
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @khairulaming (IG)
Lokal

Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

by Nurul A.
February 6, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas menolak cadangan sesetengah pengguna media sosial di platform Threads....

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Berita

Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sweet Qismina tampil menegaskan bahawa dia enggan untuk masuk campur mengenai isu yang melibatkan pelakon, Puteri Balqis dan juga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  3. 3

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  4. 4

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  5. 5

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore