Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Fattah Amin Akui Hidup Lebih Tenang Bersama Amira Othman, Fatima Semakin Serasi Dengan Ibu Tiri

by Puteri Alia
October 30, 2025
Share on Facebook

Selepas hampir dua bulan melayari kehidupan sebagai suami isteri, pasangan sensasi Fattah Amin dan Amira Othman mengakui fasa baharu yang mereka tempuhi penuh ketenangan serta kasih sayang, walaupun masih dalam proses menyesuaikan diri sebagai pasangan baru berkahwin. Fattah, 35, berkata kehidupan rumah tangga bersama Amira berjalan dengan lancar dan semakin teratur, apatah lagi apabila melihat hubungan erat yang terjalin antara isterinya dan anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya.

“Kami masih belajar untuk seimbangkan peranan masing-masing, tapi saya bersyukur segalanya dipermudahkan. Amira juga sedang menyesuaikan diri dengan Fatima, dan Alhamdulillah mereka berdua serasi. Saya nampak mereka gembira bila bersama, dan itu buat saya tenang,” ujar Fattah ketika ditemui pada majlis minum petang The Garden of Love Fattmira anjuran Usanita TV (UTV) di Ukay Hills, Bukit Antarabangsa.

Menurut pelakon Hero Seorang Cinderella itu, keakraban Amira dengan anaknya tidak mengejutkan kerana naluri keibuan penyanyi berusia 32 tahun itu terserlah sejak sebelum mereka mendirikan rumah tangga.

“Amira memang sukakan kanak-kanak. Saya pernah nampak dia begitu rapat dengan anak buahnya, jadi bila dia bersama Fatima, keserasian itu datang secara semula jadi,” katanya lagi.

Bagi Amira pula, kehadiran Fatima dalam hidupnya disifatkan sebagai anugerah yang mempermudahkan segalanya. Melihat kasih sayang antara Fattah dan anaknya, Amira semakin menyedari betapa pentingnya peranan seorang ayah dalam membentuk jiwa seorang anak perempuan.

“Fatima bijak dan manja. Setiap kali saya lihat cara Fattah melayan anaknya, saya rasa lebih menghargai peranan seorang bapa. Fattah sangat penyayang dan penyabar. Bila saya kini sebahagian daripada hidup mereka, saya hanya mahu membawa kebaikan dan kasih sayang juga,” luah Amira penuh makna.

Mengulas tentang kemungkinan terpaksa berjauhan kerana komitmen kerja Fattah dalam dunia lakonan, Amira menegaskan dia tidak pernah menganggap perkara itu sebagai beban. Baginya, memahami kerjaya suami adalah kunci keharmonian rumah tangga.

Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

“Saya tahu kehidupan seorang pelakon bukan mudah. Bila saya pilih untuk jadi isterinya, saya juga terima seluruh tanggungjawab itu. Kami berdua tahu peranan masing-masing, jadi tak ada sebab untuk timbul masalah,” katanya tenang.

Menutup bicara, Amira sempat berkongsi sisi peribadi Fattah yang menurutnya menjadi penyejuk dalam rumah tangga.

“Dia sangat sabar dan tak suka panjangkan hal. Kalau saya merajuk, dia cepat-cepat tenangkan dan ajak berbincang. Fattah jenis yang mencari damai, bukan sengketa. Saya tak mampu balas semua kebaikannya, cuma saya berdoa semoga Allah terus pelihara dan kurniakan yang terbaik untuk suami saya,” katanya sebak.

Pasangan ini sah bergelar suami isteri pada 14 September lalu dalam majlis akad nikah yang diwalikan oleh bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, bagi pihak bapa pengantin perempuan, Othman Abdul Kadir. Sebelum ini, Fattah pernah berkahwin dengan pelakon Nur Fazura pada 2017 sebelum bercerai talak satu pada 7 Oktober tahun lalu. Hasil perkahwinan terdahulu, Fattah dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia lima tahun.

Amira Othmanfattah amin
https://lomp.at/h0cqu
Share4Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Lokal

‘Allah Belum Bagi Rezeki Untuk Aisha Dapat Adik Baby..”-Fasha Sandha

by Naddy Joe
February 16, 2026

Perkongsian pelakon, Fasha Sandha mendapat reaksi netizen selepas seolah-olah memberikan bayangan mengenai dirinya yang masih belum diberi rezeki untuk menimang...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Cik B Shopping Sakan Di Korea, Curi Perhatian Netizen!-“Orang Kaya Memang Lain Macam Kan…”

by Naddy Joe
March 5, 2026

Perkongsian anak perempuan kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mencuri perhatian netizen selepas dilihat 'shopping sakan'...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Eira Syazira & Anak-Anak Beri Kejutan Hari Lahir Buat Azad Jasmin, Curi Perhatian Peminat

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelakon, Eira Syazira mencuri perhatian peminat selepas dilihat memberikan kejutan istimewa sempena hari lahir suaminya yang juga pelakon, Azad Jasmin...

Read moreDetails
Foto - @ctdk (IG) / @mohammadnohbinsalleh (IG)
Lokal

Selesai Jalani Pembedahan, TokTi Saran Noh Salleh Berehat Seketika- “Rehat Dulu Jangan Buat Show”

by Nurul A.
January 21, 2026

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh selamat menjalani pembedahan tulang belakangnya di Pusat Pakar Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKMSC) semalam. Berkongsi di...

Read moreDetails
Lokal

PU Syed Kesal Babak Dalam Drama Penunggang Agama-“Cukup-Cukuplah Mencemarkan Watak Berjubah & Berserban…”

by Naddy Joe
March 2, 2026

Pendakwah bebas, PU Syed tampil memberikan teguran secara terbuka terhadap salah sebuah drama islamik yang memaparkan watak yang tidak bersesuaian...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  5. 5

    Insentif Mahasiswa Anak Johor RM200 Dibuka Untuk Pelajar IPT, Ini Cara Mohon & Semak

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara