• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Fattah Amin Cemas Isteri Syurganya Dirawat Tengah Malam, Peminat Persoal Keadaan Sebenar Amira Othman

by Puteri Alia
November 17, 2025
117
KONGSIAN
Share on Facebook

“Doakan isteri syurga saya, Amira Othman.”

Kata-kata itu muncul dalam satu hantaran ringkas tetapi cukup meruntun hati yang dimuat naik oleh pelakon terkenal, Fattah Amin, lewat malam tadi. Dalam gambar hitam putih tersebut, kelihatan sebuah katil hospital yang sepi tanpa kelibat sesiapa, namun kapsyennya sudah cukup menggambarkan bahawa insan paling disayanginya kini sedang berjuang mendapatkan kembali kesihatan.

Fattah, yang jarang berkongsi perkara peribadi secara terbuka, memilih untuk meminta doa orang ramai, sekali gus mengundang kebimbangan peminat yang pantas memenuhi ruangan mesejnya dengan ucapan dan harapan agar Amira kembali pulih.

Sebelum itu, pasangan ini dilihat menghadiri sebuah majlis, menandakan Amira masih mampu bergerak seperti biasa. Namun tidak lama selepas itu, penyanyi dan pelakon berusia 32 tahun itu berkongsi gambar tangannya yang bersambung dengan tiub drip ubat, disertakan kapsyen ringkas,

“Esok kena fly. Semoga sempat sihat, Nadia Amira.”

Tulisannya memberikan gambaran bahawa selain perlu menjalani rawatan, Amira juga berdepan komitmen kerja yang memerlukan dirinya berada di lokasi lain pada keesokan hari, menambahkan lagi rasa bimbang dalam kalangan peminat.

Sumber terdekat mengesahkan Amira mengalami demam yang memerlukan rawatan hospital. Ini bukan kali pertama dia berdepan situasi seperti ini kerana pada Jun lalu, Amira pernah dimasukkan ke wad akibat keracunan makanan. Keadaan itu sekali lagi mengingatkan peminat bahawa jadual kerjaya seni yang padat sering kali memaksa selebriti mengabaikan keperluan tubuh sendiri sehingga tumbang pada saat tidak diduga.

Fattah dan Amira, yang sah bergelar suami isteri pada 14 September lalu bersempena ulang tahun ke-35 Fattah, kini berdepan satu lagi ujian kecil dalam fasa awal perkahwinan mereka. Namun melihat cara Fattah menjaga, mendoakan dan berdiri teguh di sisi isterinya, peminat percaya pasangan ini akan melalui saat sukar ini dengan penuh kekuatan dan kasih sayang. Doa ramai kini mengiringi Amira agar kembali sihat dan mampu terbang menyempurnakan amanah kerjanya seperti dirancang.

[VIDEO] Peminat Puji Fazura Siapkan Fatima Sebelum berjumpa Dengan Daddy-"Happy Betul Nyama!"
Amira Othmanfattah amin
https://lomp.at/ts8jc
Share47Tweet29SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - Kosmo
Lokal

Temui Pengganti Hati, Bekas Isteri Datuk Red Beri ‘Hint’ Kahwin Tahun Depan

by Nurul A.
December 24, 2025

Dalam diam, bekas isteri pertama usahawan kontroversi Datuk Red iaitu Syarifah Nor Shafila memberi isyarat bahawa dirinya sudah berpunya. Menerusi...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ifa Raziah Redha Terpaksa Berpisah Dengan Pembantu Rumah-“16 Tahun Bukan Masa Yang Singkat..”

by Naddy Joe
December 24, 2025

Penyanyi, pelakon, dan usahawan, Datuk Ifa Raziah berkongsi rasa sebak apabila terpaksa berpisah dengan pembantu rumahnya yang kembali ke kampung...

Read moreDetails
Foto - @newjeans_official (IG)
Lokal

Langgar Kontrak & Kerosakan Reputasi, NJZ Danielle Bakal Disaman ADOR

by Nurul A.
December 30, 2025

Label rakaman Korea Selatan, ADOR secara rasminya menamatkan kontrak eksklusif salah seorang ahli kumpulan NewJeans iaitu Danielle Marsh. Penyanyi kelahiran...

Read moreDetails
Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Nora Danish Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Rayqal Yang Ke-17-“Semoga Allah Bimbing Langkahmu..”

by Naddy Joe
January 8, 2026

Pelakon, Nora Danish menitipkan ucapan istimewa buat anak lelaki sulung, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang kini sudah memasuki usia...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  5. 5

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore