Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Fattah Amin Didakwa Fail Kes Hina Mahkamah Terhadap Nur Fazura?- “Selamatkan Ibu Fatima Dari Penjara”

by Nurul A.
April 3, 2026
Foto - @missfazura (IG) / @fattahaminz (IG) / @musangberjanggutt (Threads)

Foto - @missfazura (IG) / @fattahaminz (IG) / @musangberjanggutt (Threads)

Share on Facebook

Nampaknya isu perceraian bekas pasangan, Fattah Amin dan Nur Fazura kembali mencuri tumpuan ramai. Kali ini muncul pula spekulasi baru di platform Threads, mendakwa aktor itu sedang memfailkan kes mahkamah terhadap bekas isterinya.

Berdasarkan pembacaan MURAI, seorang pengguna Threads dikenali dengan nama akaun @musangberjanggutt, berkongsi gambar jadual dewan di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor.

Foto – @musangberjanggutt (Threads)

Jika diperhatikan pada jadual dewan tersebut, tersenarai nama penuh Fattah (Abdul Fattah Bin Mohd Amin) dan bekas isterinya, Nur Fazura Binti Sharifuddin, dengan jenis kes MAL.

“Fattah file Fazura hina mahkamah? Kalau benar mohon Allah selamatkan Ibu Fatima dari dipenjara.”

Foto – @musangberjanggutt (Threads)

Hantaran @musangberjanggutt itu secara tidak langsung membuatkan ada segelintirnya mengaitkan dengan hantaran Fazura beberapa hari lepas.

“Hasbunallah Wani’mal Wakil. Bukan kah seharusnya sudah selesai semua hal kamu terhadap ku? Astaghfirullah.”

View this post on Instagram

Walau bagaimanapun, seorang pengguna Threads yang dikenali dengan nama akaun @zeq92_mhy, pula meminta sesetengah pihak untuk tidak membuat kesimpulan tanpa mengetahui kebenarannya dan memahami sepenuhnya jenis kes “MAL” yang ditulis dalam gambar yang tersebar itu.

Manakala seorang pengguna Threads lagi (@amal.in.a.hope) membuat penjelasan mengenai kod kes tersebut. Menurutnya, nombor kes yang bermula dengan “2602” itu merupakan tarikh kes mula difailkan, diikuti dengan kod mahkamah, iaitu Mahkamah Tinggi Syariah Selangor (H0110).

Foto – @amal.in.a.hope (Threads)

Bahagian 415 pula merujuk kepada permohonan penguatkuasaan penghakiman dan “0128” merujuk kepada nombor daftar kes.

“Kalau kita tgok no kes 415, bermaksud Pemohon (Fattah) memohon kepada Mahkamah bahawa Responden (Fazura) telah langgar perintah mahkamah, perlu ditahan dari terus melanggar perintah (menahan) dan komital (tuntutan hukuman kerana ingkar). Prosiding kes MAL ini luas. Tapi yang pasti 415 ini ialah permohonan kerana Responden langgar perintah.”

View this post on Instagram

Untuk makluman semua, sehingga ke hari ini pihak Fattah Amin mahupun Fazura tidak memberi sebarang kenyataan rasmi mengenai spekulasi yang tular di platform Threads. MURAI doakan agar keduanya mampu menyelesaikan masalah yang ada dengan baik.

Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!
fattah aminfazuraNur Fazura
https://lomp.at/g82m3
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Nedim Nazri Pertahan Nora Danish Dikecam Netizen Di Threads-“Jangan Persendakan Seseorang!..”

by Naddy Joe
March 4, 2026

Bekas suami kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri Aziz dilihat mempertahankan bekas isterinya yang dikecam netizen selepas memberi respon...

Read moreDetails
Spotlight

Aktor Transformers, Shia LaBeouf Naik Angin Tumbuk Lelaki Gay. Apa Puncanya?

by Phic ARMAN
February 20, 2026

Kontroversi demi kontroversi. Nama Shia LaBeouf sekali lagi jadi bualan hangat, kali ini bukan di karpet merah atau set penggambaran,...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Foto - @hannahyeoh (FB)
Lokal

Kenapa Penampilan Hannah Yeoh Berselendang Di Bulan Ramadan Tuai Kecaman?

by Nurul A.
March 12, 2026

Jujur MURAI katakan, Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh nampak sangat manis dan sopan apabila menggayakan selendang. Berdasarkan beberapa kongsiannya di...

Read moreDetails
Lokal

Atiq Azman Bersyukur Isteri Selamat Lahirkan Anak Sulung Lelaki

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelakon, Atiq Azman berkongsi khabar gembira apabila isterinya selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada Isnin. Atiq Azman menerusi hantaran di...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  4. 4

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  5. 5

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara