Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Fattah Amin Dituduh ‘Tiru’ Sentuhan Syamsul Yusof Dalam Arahan Pertama Noktah Dosa, Netizen Terkejut Hasil Cemerlang

by Puteri Alia
July 14, 2025
Share on Facebook

Meraih perhatian ramai, telefilem Noktah Dosa arahan sulung pelakon Fattah Amin bukan sahaja mencatat kejayaan dari segi tontonan, malah menerima pujian meluas atas keupayaannya sebagai pengarah baharu dalam industri.

Selepas 14 tahun membina nama sebagai pelakon, percubaan Fattah di kerusi sutradara nyata tidak mengecewakan, malah berjaya menonjolkan sisi lain dirinya yang selama ini jarang diketengahkan kepada khalayak.

Disiarkan menerusi slot Cerekarama di TV3, Noktah Dosa mengangkat kisah dunia gelap kehidupan pelacuran yang dihuraikan dengan gaya naratif dramatik dan penuh emosi. Keberanian Fattah menyentuh topik berat dengan sudut pandang yang lebih insani membuatkan telefilem ini dirasakan dekat di hati penonton. Tidak hairan apabila ramai yang mula membandingkan sentuhannya dengan pengarah filem tersohor, Syamsul Yusof, sepupunya sendiri.

“Fattah Amin kan sepupu kepada Syamsul Yusof. Sedikit sebanyak dia dah berpengalaman di belakang tabir,”- kata seorang netizen, sementara yang lain pula menyebut,

“Sentuhan Fattah memang ada ‘class’, boleh ikut jejak Syamsul dan Syafiq sikit masa lagi.”

Malah, netizen turut mengagumi keberanian Fattah memilih naskhah berat untuk percubaan sulungnya sebagai pengarah. Pujian turut diberikan atas kekuatan jalan cerita serta pemilihan pelakon yang memberikan impak besar. Lakonan mantap Nafiz Muaz sebagai Hafiz yang menjalankan penyelidikan sosiologi dan pertemuannya dengan Kamelia lakonan Datin Elvina Mohamad disokong dengan persembahan berkesan Jasmin Hamid sebagai Madam, watak ibu ayam yang menyukarkan misi menyelamat wanita itu daripada lorong gelap kehidupan.

Telefilem Noktah Dosa merupakan antara projek inisiatif TV3 menerusi program Dari Lensa Ke Layar yang memberi peluang kepada pelakon popular untuk mengarahkan karya mereka sendiri. Selain Fattah, nama-nama lain seperti Zahiril Adzim dan Siti Saleha turut terlibat dalam inisiatif sama, sekali gus memperlihatkan betapa pelakon kini bukan sahaja diletakkan di hadapan kamera tetapi mampu menyumbang dari aspek pengarahan.

Ira Kazar Akui Jahil, Tegur Pengikut Tak Henti Ungkit Kisah Lalu Dengan Syamsul Yusof!

Dalam kenyataan terdahulu, Fattah menyifatkan peluang ini sebagai rezeki besar dan wadah untuk menyampaikan mesej bermakna kepada masyarakat.

“Telefilem pertama saya ini menyoroti mesej jelas iaitu kita tak sepatutnya cepat menilai walaupun seseorang berada dalam pekerjaan yang penuh dosa secara zahir. Hidayah itu milik Allah dan boleh sampai bila-bila masa, kepada sesiapa sahaja,” katanya.

Keberhasilan Noktah Dosa membuktikan bahawa Fattah bukan sekadar pelakon utama dalam drama-drama romantik yang menjadi kegilaan ramai sebelum ini, tetapi juga seorang pengkarya yang punya visi dan keberanian untuk bercerita tentang sisi gelap masyarakat dengan penuh rasa empati.

Lebih istimewa, penglibatannya sebagai pengarah tidak hanya dihargai peminat, tetapi turut membuka ruang baharu dalam kerjayanya yang selama ini tertumpu di hadapan kamera. Kini, dunia belakang tabir mungkin menjadi pentas utama Fattah Amin seterusnya.

fattah aminSyamsul Yusof
https://lomp.at/hk5dp
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] Anzalna Kongsi Gelagat Eidrees Dengan Sepupunya, Netizen Terhibur!-“Vibe Putera Raja Sangat…”

by Naddy Joe
March 5, 2026

Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan gelagat anak kepada pelakon, Anzalna Nasir iaitu Eidrees yang sedang berbual bersama salah...

Read moreDetails
Foto - @azirashafinaz (Threads)
Lokal

Penampilan Azira Shafinaz Mengenakan Busana Ketat Tuai Kecaman

by Nurul A.
February 10, 2026

Penyanyi kumpulan De Fam dan pelakon, Azira Shafinaz menjadi tumpuan ramai selepas berkongsi beberapa gambarnya ketika sambutan Tahun Baru Cina...

Read moreDetails
Foto - @hajiwon1023 (IG)
Korea

Semakin Kurus ‘Melidi’, Penampilan Baru Aktres Ha Ji Won Buat Peminat Bimbang

by Nurul A.
March 13, 2026

Aktres Korea Selatan, Ha Ji Won telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminatnya selepas melihat penampilan terbarunya. Semasa mempromosikan drama terbarunya...

Read moreDetails
Spotlight

Anak Boss AirAsia Bercinta Dengan Ratu Cantik Malaysia, Lesleyy Cheam. Mohon Doa Ke Jinjang Pelamin

by Zaidin Albert
March 25, 2026

Nama Lesleyy Cheam sekali lagi menjadi perhatian apabila dikaitkan dengan jejaka dikenali, Ishraq Kamrudin. Lebih menarik, Ishraq bukan calang-calang individu...

Read moreDetails
Foto - @emma_maembongofficial (IG)
Lokal

[VIDEO] Emma Maembong Akui Kunjungi Kelab Malam Di Miri- “Saya Masuk Dalam Keadaan Gembira”

by Nurul A.
February 4, 2026

Aktres Emma Maembong menjadi perbualan ramai selepas tampil menjelaskan kontroversi tular mengenai dirinya memasuki kelab malam di Sarawak baru-baru ini....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara