• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Fattah Amin Umum Nikah Ahad Ini Depan Amira Othman Dengan Restu Sahabat & Keluarga

by Puteri Alia
September 8, 2025
Share on Facebook

Suasana pelancaran lagu duet Amira dan Irfan Haris berjudul Rasa & Takdir bertukar menjadi luar biasa apabila dewan yang pada mulanya dipenuhi dengan aura muzik bertukar gemuruh dengan sorakan dan tepukan penonton. Saat yang tidak disangka-sangka itu tercetus apabila pelakon popular, Fattah Amin, hadir membuat kejutan dengan muncul di pentas tanpa diduga. Kehadirannya bukan sekadar sebagai penonton istimewa, sebaliknya Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, tampil menyambung bait terakhir lagu berkenaan dengan penuh emosi sebelum mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada 14 September ini.

Detik penuh dramatik itu menjadi semakin istimewa apabila persembahan berakhir dengan sebuah simbolik yang menyentuh hati ramai. Irfan Haris yang sejak awal dikenali sebagai sahabat rapat pasangan berkenaan, menyerahkan kunci kepada Fattah sebagai tanda penyerahan tanggungjawab seorang lelaki, sebelum disampaikan pula kepada Amira. Simbolik tersebut jelas menjadi lambang restu seorang sahabat terhadap perhubungan yang bakal dimeterai. Penonton yang berada di dalam dewan bangkit memberikan tepukan gemuruh, malah ada yang menitiskan air mata menyaksikan momen lamaran yang begitu mengejutkan itu.

Kehadiran kedua-dua ibu bapa Amira, Othman Abdul Kadir, 62, dan Nora Haji Arshad, 58, yang setia duduk di barisan hadapan, menambahkan lagi makna kepada acara tersebut. Senyuman mereka yang penuh rasa syukur seolah-olah memberi restu tidak berbelah bahagi terhadap keputusan besar yang diambil anak perempuan mereka.

Difahamkan, pasangan itu memilih tarikh 14 September 2025 sebagai hari pernikahan mereka, yang juga bertepatan dengan ulang tahun kelahiran Fattah sendiri. Pilihan tarikh itu dilihat cukup simbolik dan penuh makna buat bintang drama Suri Hati Mr. Pilot tersebut.

Amira Othman Tak Mampu Tidur, Dedah Heliza Helmi Sempat Mesej Saat Kapal Dikepung Tentera Israel

Sebelum pengumuman rasmi ini, media sosial sudah terlebih dahulu kecoh dengan spekulasi bahawa Fattah bakal menamatkan zaman dudanya. Khabar angin itu tercetus selepas seorang pengguna Threads bernama Kimchikims_ mendakwa mendapat maklumat daripada sumber dipercayai mengenai perancangan besar aktor berkenaan.

Untuk rekod, Fattah pernah berkahwin dengan aktres Fazura pada 27 November 2017, namun rumah tangga itu berakhir dengan perceraian pada 7 Oktober tahun lalu. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun. Kini, langkah baharu yang diambil Fattah bukan sahaja menutup spekulasi yang bertebaran, malah membuka lembaran baharu dalam hidupnya bersama insan yang menjadi pilihannya.

Amira Othmanfattah amin
https://lomp.at/0as8o
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak kehilangan mengejutkan arwah Nadia Kesuma pada 15 Januari lalu, banyak spekulasi dan maklumat tidak tepat mula tersebar di media...

Read moreDetails
Foto - @schaalyahya (IG)
Lokal

Scha Alyahya Pentingkan Batas Pergaulan, Tegas Mahu Elak Anak Terlalu Bebas

by Nurul A.
January 20, 2026

Pelakon dan usahawan jelita, Scha Alyahya menjadi perhatian ramai selepas tampil berkongsi secara terbukanya mengenai kepentingan menjaga batas pergaulan dan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Azmin Ali Titip Ucapan Manis Buat Anak Lelaki, Kini Suami Kepada Cucu Bekas PM

by Phic ARMAN
January 27, 2026

Malam penuh berseri dan sarat emosi. Itulah suasana yang mengiringi Majlis Resepsi pasangan mempelai, Sara Sabrina dan Mohamed Yusuf Al...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  2. 2

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

  3. 3

    Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

  4. 4

    Scha Alyahya Pentingkan Batas Pergaulan, Tegas Mahu Elak Anak Terlalu Bebas

  5. 5

    Azmin Ali Titip Ucapan Manis Buat Anak Lelaki, Kini Suami Kepada Cucu Bekas PM

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore