• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

“Faz Doakan Program Ini Beri Impak Positif Kepada Ibu Tunggal…” – Fazura Pejuang Hak Wanita Malaysia

by Arsiqin Yusof
July 18, 2025
Share on Facebook

Pelakon, usahawan dan ikon wanita Malaysia, Nur Fazura sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila tampil menyokong penuh peluncuran rasmi Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa) 2025 anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Majlis gilang-gemilang tersebut telah berlangsung pada 15 Julai 2025 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Dalam perkongsiannya di Instagram, Fazura meluahkan rasa syukur kerana berpeluang menghadiri majlis bermakna ini. Menurut beliau, suasana majlis sangat meriah dan penuh dengan aura pemerkasaan wanita, khususnya para ibu tunggal yang sering kali menjadi tulang belakang keluarga tanpa disedari ramai.

View this post on Instagram

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

“Faz akan sentiasa menyokong inisiatif murni untuk wanita Malaysia. Faz doakan agar program KasihnITa yang telah diperkenalkan sejak 2 tahun lalu, akan terus memberikan impak positif kepada semua ibu tunggal di negara ini. Mudah-mudahan… aminn,” tulisnya di kapsyen dengan penuh harapan.

Fazura turut sempat bergambar bersama dua figura penting dalam pembangunan wanita di Malaysia iaitu YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri dan YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Apa Itu Program KasihnITa?

Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa) merupakan inisiatif oleh Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dengan kerjasama agensi dan tenaga pakar berpengalaman. Program ini bukan sekadar kursus biasa, tetapi satu perjalanan membina semula keyakinan, ilmu dan kekuatan dalaman buat ibu tunggal di seluruh negara.

Antara objektif utama KasihnITa:

  • Memperkasa dan membantu ibu tunggal bangkit dalam kehidupan
  • Menyediakan latihan dalam pengurusan kewangan dan penyelesaian hutang
  • Memberikan pendedahan tentang hak serta sokongan guaman selepas perceraian
  • Membangunkan potensi diri ibu tunggal agar mereka mampu berdikari dan terus memberi inspirasi

Tiga ModulYang Ditawarkan

  • Modul Pengurusan Kewangan
  • Modul Kemahiran Perundangan
  • Modul Pembangunan Potensi Diri

Permohonan untuk menyertai program ini masih dibuka sehingga 31 Julai 2025, dan ia terbuka kepada semua ibu tunggal di Malaysia yang mahu memperbaiki kehidupan mereka dan anak-anak ke arah yang lebih positif. Untuk maklumat lanjut atau ingin membuat permohonan, boleh layari di sini atau hubungi Jabatan Pembangunan Wanita sebelum 31 Julai 2025.

Sokongan Selebriti Penting Untuk Perubahan

Kehadiran selebriti seperti Fazura yang menggunakan pengaruh mereka untuk menyokong program sebegini amat dihargai oleh masyarakat. Ia bukan sahaja membuka mata lebih ramai wanita tentang peluang yang tersedia, tetapi juga memberi keyakinan bahawa mereka tidak berjuang sendirian.

Tahniah Fazura dan KPWKM atas usaha murni ini. Murai turut menyokong dan berharap lebih ramai wanita akan bangkit, berdikari dan terus menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat.

Fazura Umum Bersara Dari Berlakon Drama-"Tapi Kalau Dari Segi Filem.."
bantuberjuangfazuraibu tunggalsokong
https://lomp.at/eefch
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Berita

Putera Mateen & Pengiran Anak Isteri Anisha Kongsi Wajah Puteri Sulung, Sangat Comel!

by Naddy Joe
February 12, 2026

Anakanda kepada Sultan Brunei, Paduka Seri Pangiran Muda Abdul Mateen dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah mencuri...

Read moreDetails
Via Instagram /@Kunyahan
LifeXplore

[VIDEO] Kunjungan Tengku Permaisuri Selangor Ke Booth Kunyahan Curi Perhatian Ramai

by Iffah Najwa
December 22, 2025

Satu momen penuh makan tercipta apabila Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, berkenan mencemar duli mengunjungi sebuah booth kecil...

Read moreDetails
Berita

Anak Vincent Tan, Chryseis Tan Dedah Wajah & Nama Cahaya Mata Ketiga Bersama SM Faliq

by Naddy Joe
December 24, 2025

Personaliti media sosial dan anak jutawan terkenal, Vincent Tan iaitu Chryseis Tan akhirnya mendedahkan wajah cahaya mata ketiganya selepas selamat...

Read moreDetails
Foto - @rosermaras (IG)
Personaliti

Sangat Menjengkelkan, Ini 5 Zodiak Yang Dilabel Sebagai Pemalas- Jom Check!

by Nurul A.
January 23, 2026

Kemalasan sering dilihat sebagai satu kelemahan yang perlu dielakkan dalam kehidupan. Namun bagi sesetengah individu, sikap ini dilihat sebagai satu...

Read moreDetails
LifeXplore

Dulu Temani Kita Di Berita Malam, Kini Amin Hayat Bina Misi Baharu

by Phic ARMAN
January 4, 2026

MURAI percaya, ada suara yang tidak mudah dilupakan. Salah satunya ialah Amin Hayat Abd Rahim , figura yang sekian lama menemani rakyat...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan

  2. 2

    Didakwa Halang Pengguna Kerusi Roda Masuk Premis, Tindakan Butik Undang Perdebatan

  3. 3

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  4. 4

    RM17 Juta ‘Ang Pow’ Kerajaan Johor Untuk Komuniti Cina Sempena Tahun Baharu Cina 2026

  5. 5

    Iftar Atas Air: Rasai Pengalaman Berbuka Puasa Unik Dalam Crystal Dome, Tasik Titiwangsa!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore