Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Fazley Kongsi Potongan Surah Di Instagram , Selebriti & Peminat Faham Apa Yang Ingin Disampaikan

by Zaidin Albert
September 2, 2022
Share on Facebook

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob sering berkongsi kisah romantik bersama isteri tercinta, Datin Azrene Soraya. Rata-rata peminat suka melihat perkongsian momen-momen manis Fazley saat bersama isteri dan keluarga.

Terbaru, Fazley berkongsi video dia memegang erat-erat tangan isterinya di Instagram peribadinya @fazleyyaakob.Dalam video itu dia menunjukkan sokongan dan memberi semangat kepada isteri tersayang. Tidak menyatakan lebih terperinci mengenai video tersebut namun Fazley meletak sepotonng ayat Al-Qur;an dari surah Al-An’am di ruangan kapsyen.

“Surah Al-An’am ayat 115:

“Dan telah sempurna firman Tuhanmu (Al-Qur’an) dengan benar dan adil. Tidak ada yang dapat mengubah firman-Nya. Dan Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui”- tulisnya di ruangan kapsyen

VIA Instagram @fazleyyaakob

Fazley juga meninggalkan kata-kata romantis, dan kebiasaannya dia memanggil isterinya dengan nama manja iaitu Adik.

“Saya sayang awak, Adik Sayang @azrene_ahmad”

Di ruangan komen, Azrene membalas;

” Saya sayang awak dan anak-anak kita juga”- tulisnya

Ramai Yang Faham

Walaupun hanya berkongsi video dan potongan ayat Al-Qur’an, namun ramai yang faham dengan yang Fazley cuba sampaikan melalui hantaran ini. Lebih-lebih lagi potongan ayat Al-Qur’an itu mengenai soal kebenaran dan keadilan. Ia seolah-olah menggambarkan berita keputusan Mahkamah yang melibatkan orang ternama dan terkenal semalam.

“Akak sangat memahami maksudmu yang tersirat di hatimu”- komen dari Penerbit , Raja Azmi

” Allah sayang kak @azrene_ahmad, Semoga di permudahkan segala urusan dan diberikan ketabahan dan kesabaran”- tulis penyanyi, Bienda

Walaupun perkongsian Fazley tidak ditujukan kepada sesiapa, namun pengikutnya di Instagram telah membuat andaian masing-masing.

Sekadar info, Fazley dan Azrene mendirikan rumah tangga pada 7 November 2007, pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata. Sebelum ini, Fazley pernah berkongsi di instagramnya bahawa kehidupannya ketika di awal pernikahan bersama Azrene tidaklah semudah yang disangka .Kisah pengorbanan isterinya itu diungkapkan Fazley menerusi satu status Instagram miliknya berkenaan bersempena ulang tahun perkahwinan mereka.

Menurut penyayi lagu Asmara Ini itu, isterinya sewaktu berkahwin tinggal sehelai sepinggang manakala Fazley juga ketika itu bukanlah boleh dikatakan hidup dalam keadaan yang senang.

VIA Instagram @fazleyyaakob

Kita doakan yang baik-baik untuk Fazley dan keluarga. Amin.

https://lomp.at/4slq0
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
Foto - @missfazura (IG)
Lokal

Netizen Tersentuh Dengan Pesanan Fazura- “Kawal Diri Daripada Perbuatan Buruk”

by Nurul A.
March 4, 2026

Pelakon Fazura mencuri perhatian ramai sekali lagi apabila berkongsi luahan panjang yang penuh dengan makna di platform Threads. Berdasarkan pemerhatian...

Read moreDetails
Foto - @syed.ishak.731 (FB)
Lokal

“Yang Perlu Dibersihkan Adalah Orang Bawa Nama Syed”- PU Syed

by Nurul A.
January 27, 2026

Pendakwah bebas, PU Syed atau nama penuhnya, Syed Mohd Bakri, dengan tegasnya tampil menjelaskan bahawa individu yang memiliki gelaran "Syed"...

Read moreDetails
Spotlight

Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

by Phic ARMAN
March 11, 2026

Baru-baru ini, nama Diana Danielle hangat kat media sosial bila ramai mula berspekulasi, “Eh, Diana tengah bercinta ke dengan kekasih...

Read moreDetails
Lokal

Mia Sara Kesal Dengan Sikap Netizen Yang Masih Mengecamnya Isu Dengan Puteri Balqis-“Seronok Kumpul Dosa..”

by Naddy Joe
February 20, 2026

Pelakon, Mia Sara meluahkan rasa kesal terhadap segelintir netizen yang melemparkan kata-kata makian selepas dia memberikan penjelasan berhubung konflik melibatkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara