Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Fazura Pesan Berkawan Biar Ikhlas Depan Belakang, Kerana Apa Sahaja Niat Tidak Baik Akan Terungkai

by Puteri Alia
November 17, 2023
Share on Facebook

Ada orang meletakkan sahabat lebih dekat berbanding dengan kawan.

Kita mungkin mempunyai ramai kawan namun belum tentu semuanya dalam kategori sahabat. Sahabat itu sentiasa berada dekat dalam kehidupan.

Ketika senang, dialah bersama meraikannya dan ketika susah dia tetap bersama dengan menghulurkan bantuan.

Makala peranan seorang sahabat amat penting iaitu perlu membawa sahabatnya ke arah kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa membawa sahabatnya kepada mengingati Allah SWT pada setiap masa.

Selain itu, seseorang insan dinilai keperibadiannya berdasarkan siapa yang menjadi sahabatnya. Jika kita mampu menjadi sahabat yang baik, maka kita membawa kebaikan buat sahabat di sekeliling kita.

Selepas kembali dipanaskan dengan perang dingin bersama seorang rakan artis, pelakon Nur Fazura hari ini membuat satu perkongsian diri sendiri dan pengikutnya dalam laman sosial supaya sentiasa ikhlas dan jujur dalam persahabatan.

Menerusi hantaran yang dikongsikan dalam Instagram miliknya, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, percaya bahawa sahabat yang mempunyai niat tidak baik pasti akan terbongkar suatu hari nanti.

“Jadilah sahabat yang jujur dan ikhlas di depan dan di belakang. Kerana apa sahaja permainan berniat tidak baik (jahat), pasti akan terungkai pada sahabat yang sentiasa ikhlas padamu,” katanya.

Sekadar perkongsian positif di hari Jumaat, isteri kepada pelakon Fattah Amin itu juga menasihati pengikutnya supaya tidak memilih dalam bersahabat tanpa mengambil kesempatan atas kepentingan sendiri, selain mengelak daripada rasa cemburu yang membawa kepada perpecahan.

“Siaplah saling berkawan dengan semua tanpa kepentingan, rasa cemburu dan memecah belah,” tulisnya lagi.

Nasihat yang dititipkan Fazura turut mendapat perhatian dalam kalangan pengikutnya apabila rata-rata bersetuju dengan kata-kata yang dikongsikan oleh pelakon tersebut tentang erti persahabatan.

“Sahabat yang ikhlas sukar dicari. Tapi sekali dapat, hargai betul-betul. Saya rindu sahabat-sahabat saya. Mereka adalah insan terbaik dalam hidup saya,” kata seorang pengikutnya.

“Kerana ikhlas itu tiada harganya. Aalam Jumaat Fazura,” ucap seorang lagi pengikutnya.

Bercakap tentang sahabat, pelakon filem Pisau Cukur itu, baru-baru ini menafikan naratif ‘perang dingin’ yang digembar-gemburkan antara dirinya dengan selebriti popular, Neelofa adalah tidak benar.

[VIDEO] Fatima Menangis Terharu Fazura Belikan 'Blind Box' Berharga RM1,500...

Pun begitu, Fazura berkata dirinya juga sama seperti orang lain apabila berhak menentukan dengan siapa dia berhak berkawan.

“Naratif ‘perang dingin’ yang digembar-gemburkan adalah tidak betul dan tidak pasti apa niatnya. Saya juga sama seperti orang lain, berhak menentukan dengan siapa saya sesuai berkawan. Tidak berkawan, tidak semestinya memusuhi,” ujarnya.

fazuraneelofa
https://lomp.at/o0smh
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Daily Mail UK
Asia

[VIDEO] Wajah Asli Terbongkar, Influencer Kecantikan China Hilang 140 Ribu Pengikut

by Nurul A.
February 22, 2026

Seorang influencer (pempengaruh) kecantikan yang berasal dari China didakwa kehilangan ratusan ribu pengikut media sosial selepas wajah sebenarnya terbongkar secara...

Read moreDetails
Foto - @akuamysearch (IG) / @kupu_kupu (IG)
Lokal

“Soal Berdamai Tanya Pihak Sana”- Nabila Huda

by Nurul A.
March 5, 2026

Nampaknya perselisihan faham antara pelakon Nabila Huda dan lagenda rock Datuk Amy Search masih belum menjumpai jalan penyelesaian. Menurut kenyataan...

Read moreDetails
Lokal

Chot Dihencap Netizen, Nur Fazura Beri Amaran- “Hati-Hati Jangan Sampai Makan Diri Pula”

by Nurul A.
March 11, 2026

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura kembali mencuri perhatian ramai selepas tampil mempertahankan rakan baiknya, seorang lelaki yang dikenali dengan nama...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ridzokumura Kongsi Momen Anak Sahur Tanpa Ibu Di Sisi, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
February 19, 2026

Perkongsian usahawan dan pempengaruh terkenal, Ridzokumura mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen anak lelakinya, Sky Taizo Okumura yang menikmati...

Read moreDetails
Berita

Noor Kartini Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Neelofa Yang Ke-37-“Mama Bangga Melihat Anakku…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Usahawan terkenal Noor Kartini mencuri perhatian peminat selepas menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir anak perempuannya yang merupakan selebriti dan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

  5. 5

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara