Pelakon, Fazura menitipkan ucapan istimewa buat penyanyi Bella Astillah yang kini bergelar tunang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dalam sebuah majlis pertunangan yang berlangsung pada Sabtu.
Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin menerusi hantaran di Threads menitipkan ucapan tahniah buat Bella kini menjadi tunangan kepada seorang lelaki yang budiman selain menitipkan doa agar pasangan ini dilindungi dan mendapat kebahagiaan Allah SWT.
“Kita mendoakan dan akhirnya hanya Allah SWT maha menentukan yang terbaik. Syukur Alhamdulillah.. tahniah buat adikku Bella Astillah kini menjadi tunangan lelaki budiman Syed Saddiq yang menyayangi mu dan anak-anak dengan sepenuh hati.
Semoga Allah SWT melindungi kalian dengan hikmah, petunjuk serta keredhaanNYA dan semoga kasih-sayang yang tersemai di dalam hati kalian sentiasa mekar di dunia akhirat.. mudah-mudahan.. aminnn. Bahagia kalian, bahagia kami.. 🤲🏻🤍💍✨.”-tulis Fazura di Threads

Peminat Titip Doa Buat Fazura

Di ruangan komen, rata-rata peminat turut menitipkan doa buat Fazura agar dipertemukan dengan jodoh yang bertanggungjawab dan penyayang selain dapat membahagiakan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya.
“And your moment of happiness will reach you one fine day. I pray may Allah bless you with a man who is not only loving you, but protecting you at all costs, someone whom you know you can expect the love more than you can offer. InsyaAllah the day will finally come.”
“Lawanya seorang Nur Fazura ni. No one can pull off this yellow look better than you! I said what i said. But i remember you always said, “ini semua milik Allah”. Moga kebahagian juga akan hadir buat kak Faz dan Fatima. Kami doakan!.”
“Semoga Nur Fazura juga dipertemukan Allah dengan lelaki budiman yang memahami, menyayangi dan melindungi Faz serta Fatima. Fazura bahagia, kami bahagia 💛🩷.”
“Dan untuk awak jua, Nur Fazura. Semoga bahagiamu dipermudahkan dan dirahmati Allah di sisi seorang imam yg soleh, tenang dan penyayang🤲🏼.”
Sekadar info, Bella Astillah pernah mendirikan rumah tangga dengfan penyanyi Aliff Aziz pada 9 September 2016 sebelum bercerai pada 13 Jun 2024.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.






