Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

FDAM Sasar Lahirkan 10 Pengarah Muda Setahun

by Phic ARMAN
January 18, 2022
Share on Facebook

Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) menyasar untuk melahirkan sekurang-kurangnya sepuluh pengarah dari kalangan ahli amaturnya setiap tahun melalui projek penerbitan filem kos rendah.

Presiden FDAM, Dr. Ahmad Ibrahim berkata sasaran itu sudah mula berhasilapabila kumpulan pertama generasi pengarah muda FDAM berjaya dilahirkan hasil Program Pemantapan Ahli Amatur sepanjang tahun lalu.

“Bermula pada penghujung tahun 2019 dengan empat orang ahli pertama, kinijumlah ahli amatur FDAM telah mencapai hampir 300 orang dari seluruh negara. Mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang kerjaya seperti pensyarah, peguam, peniaga, penerbit, pelakon serta siswazah yang baru bergraduat.

“Sungguhpun mereka tiada pengalaman dalam pengarahan filem, mereka telah menunjukkan daya usaha untuk menimba ilmu dan kemahiran daripada pengarah senior,” katanya pada majlis Pelepasan Tren Barisan Kru dan Pelakon Misteri Hutan Tok Kepak (MHTK) di Stesen Keretapi Kuala Lumpur hari ini.

Sebanyak 30 anggota kru penerbitan dan pelakon termasuk Ahmad Ibrahim, Dato’ Zulkeflie M. Osman (Timbalan Presiden FDAM) dan Dato’ Tuan Asmawi Tuan Umar (Ali Kehormat FDAM) menaiki koc khas tajaan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) ke lokasi penggambaran di Kedah.

Foto: Ohbulan

Turut hadir pada majlis pelepasan tren itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) FINAS Prof. Dr. Md. Nasir Ibrahim, Ahli Perbadanan FINAS Dato’ Prof. Dr. A. Razak Mohaideen, Ahli Majlis Penasihat FDAM, Datin Paduka Shuhaimi Baba dan KPE KTMB Mohd. Rani Hisham Samsudin.

Sementara itu, Mohd. Rani Hisham berkata penajaan KTMB dalam projek itu adalah sebagai sumbangan syarikat tersebut terhadap pembangunan industri perfileman negara.

“Kami harap melalui penglibatan kami, perkhidmatan KTM dapat didedahkandengan lebih meluas kepada masyarakat. Matlamat kami ialah menjadikan KTM sebagai sistem pengangkutan pilihan utama rakyat negara ini,” katanya.

Filem MHTK tulisan Dilla Hussein diterbitkan bersama oleh FDAM dan K. Titanium Pictures Sdn Bhd.

Diarahkan oleh Khairul Azizi, Rayyan Danish dan Asrul Nizam di bawah pengawasan Dato’ Zulkeflie M. Osman sebagai mentor, filem itu akan menjalani penggambaran di Kedah mulai hari ini hingga 1 Feb.

Filem genre moden purba itu turut dibintangi oleh pelakon veteran Aman Shah, Zed Zaidi, Yank Kassim dan Wan Nor Azlin.

AHmad Ibrahim
https://lomp.at/fz3oh
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara