Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

Fenomena ‘Reseller’ Di Kedai Barangan Terpakai Cetus Rasa Tidak Selesa Pengunjung

by Naja Nix
February 9, 2026
via Freepik

via Freepik

85
KONGSIAN
Share on Facebook

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini menarik perhatian warganet apabila membincangkan fenomena kumpulan pemborong semula atau reseller yang dikatakan sering memenuhi ruang tertentu di sebuah rangkaian kedai barangan terpakai terkenal, khususnya di bahagian alat tulis dan barangan anime.

Perkongsian tersebut menggambarkan situasi di mana beberapa individu dilihat menghabiskan masa sehingga hampir sejam di kawasan sama, lengkap dengan troli penuh barangan sehingga  menyukarkan pergerakan pengunjung lain yang sekadar mahu melihat-lihat atau membeli secara santai.

Ruang Sempit, Pengalaman Terganggu

Menurut pengguna, kehadiran reseller ini bukan berlaku sekali-sekala, sebaliknya konsisten di beberapa cawangan berbeza.

Situasi menjadi lebih kurang selesa apabila troli yang digunakan diletakkan di laluan utama, menyebabkan kawasan tersebut menjadi sesak dan sukar untuk pelanggan lalu.

Bagi pembeli bersahaja, pengalaman membeli-belah yang sepatutnya santai berubah menjadi tertekan. Ada yang menyifatkan keadaan ini sebagai kecil tapi menjengkelkan, terutamanya bagi mereka yang hanya mahu meluangkan masa pada hari cuti.

JJJ Resellers
byu/PeepersPoopers inmalaysia

Harga Murah Di Kedai, Harga Tinggi Dalam Talian

Perbincangan menjadi lebih hangat apabila warganet mengaitkan barangan yang diborong itu dengan senarai jualan di platform e-dagang.

Beberapa produk seperti fail plastik, rantai kunci dan patung kecil didakwa dijual semula dengan harga berlipat kali ganda berbanding harga asal di kedai.

Sebagai contoh, barangan yang dijual secara pukal debgan harga beberapa ringgit dilaporkan dijual semula antara RM9.90 hingga RM15.90 seunit.

Situasi ini mencetuskan perdebatan tentang etika, walaupun ramai mengakui aktiviti tersebut masih berada dalam ruang “perniagaan yang sah’.

via Threads /@sofutofu

Antara Hustle Dan Tanggungjawab

Meninjau ruangan komen, ada yang menganggap aktiviti menjual semula sebagai satu bentuk hustle yang bijak, selagi ada permintaan di pasaran.

Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

Malah, ada yang berpendapat reseller membantu memanjangkan jangka hayat barangan yang mungkin berakhir sebagai sisa.

Namun, tidak kurang juga yang meluahkan rasa kecewa, khususnya pengunjung yang gemar ‘thrifting’ untuk hiburan atau koleksi peribadi.

Mereka merasakan ruang awam tidak seharusnya dimonopoli oleh segelintir pihak sehingga menjejaskan pengalaman orang lain.

via Threads /@Meso_mean

Isu Lama, Perbualan Baharu

Sebahagian warganet menyatakan fenomena ini bukan sesuatu yang baharu dan telah berlaku sejak bertahun-tahun lalu. Malah, ada yang mendakwa terdapat individu sanggup menunggu sebelum kedai dibuka dan terus menyerbu rak sebaik sahaja pintu dibuka.

Dalam masa sama, ada juga yang melihat isu ini secara lebih neutral, menyifatkan pasaran akan sentiasa mencari keseimbangan sendiri. Jika permintaan tinggi, penawaran akan sentiasa wujud dan pengguna pula mempunyai pilihan untuk membeli atau sebaliknya.

via Threads /@Nightstalker1993

Beli Dengan Bijak

Isu ini mencerminkan realiti budaya pengguna masa kini, di mana garis antara peluang perniagaan dan keselesaan awam semakin kabur

Seperti yang dinyatakan oleh seorang pengguna, “beli apa yang benar-benar disukai dan diperlukan.” Dalam dunia yang dipacu permintaan, pilihan akhir tetap di tangan pembeli.

harga mahalresellerscalper. bundlesuara netizenthrift
https://lomp.at/10e29
Share34Tweet21SendShare

KINI TRENDING

via Gemini
Sosial Buzz

Beli Barang Online, Tapi Disuruh Cancel? Pembeli Dakwa Diugut Hantar Kotak Kosong Dan Sebar Alamat

by Naja Nix
March 10, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencetuskan perhatian ramai selepas seorang pengguna mendakwa menerima layanan tidak profesional daripada seorang penjual...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Harga Kayangan, Kualiti Mengecewakan? – Pelanggan Luah Rasa Terkilan Baju Cepat Rosak

by Naja Nix
March 24, 2026

Isu berkaitan kualiti pakaian sekali lagi mencuri perhatian apabila seorang pengguna meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa sehelai baju yang dibeli...

Read moreDetails
Insentif

Lebih 160 Anak Johor Rebut Peluang Gaji Premium di Brooks Automation

by Ayu Kamaruddin
January 27, 2026

Johor terus melakar senyuman apabila seramai 160 rakyat Malaysia, majoritinya Bangsa Johor, ditawarkan peluang pekerjaan bergaji premium di Brooks Automation,...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Kongsi Isu Minyak, Aazief Khalid Dikecam Guna Bahasa Inggeris

by Phic ARMAN
March 26, 2026

Nama anak tiri Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid kembali jadi perhatian netizen apabila kenyataannya mengenai isu...

Read moreDetails
Insentif

Tulus Digital Lancar Kempen ‘BerkatZakat’ Ramadan 1447H, Bayar Zakat Kini Semudah Satu Klik

by Ayu Kamaruddin
February 19, 2026

Menjelang Ramadan 1447H, Tulus Digital Sdn Bhd (Tulus Digital) tampil dengan kempen istimewa bertemakan ‘BerkatZakat - Satu klik, seribu keberkatan’,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara