• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

RM6 Juta Kos Pembikinan! 5 Fakta Filem ‘Nyonya Ronggeng’, Serlahkan Keunikan Malaysia

by Phic ARMAN
January 21, 2020
30
KONGSIAN
Share on Facebook

Industri filem negara nampaknya masih kekurangan karya yang baik dan berkualiti untuk mencerminkan identiti Malaysia. Tidak banyak filem yang menggabungkan pelakon pelbagai kaum di mana ia dapat memperlihatkan interaksi masyarakat Cina negara ini dengan kaum-kaum lain.

Perkara ini telah mendapat perhatian oleh Ahli penggiat pelancongan dan penerbit, Datuk Seri KC Lee. Dengan memiliki pengalaman yang cukup luas dalam industri pelancongan di Malaysia, dia tidak teragak-agak untuk menghasilkan sebuah filem yang mampu memperkenalkan keunikan Malaysia di seluruh dunia. Sekaligus dapat mempromosikan negara ini sebagai destinasi pelancongan.

Penerbit, Datuk Seri KC Lee

Semalam berlangsungnya Majlis Pra-Pelancaran filem ‘Nyonya Ronggeng’ yang bakal diarahkan oleh Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin terbitan ZLK Production Sdn Bhd. Nak tahu lebih lanjut mengenai filem ini? Kami disini ingin kongsikan 5 fakta menarik filem yang mungkin anda tidak mengetahuinya.

Kisah Keturunan Baba & Nyonya

Filem Nyonya Ronggeng mengisahkan pengorbanan seoang wanita bernama Rose, keturunan Baba dan Nyonya yang ingin menumpang kasih sayang dari seorang jejaka. Namun kehadirannya mendatangkan kebencian kepada ahli keluarga lelaki-lelaki yang dicintai, hanya kerana dia seorang penari ronggeng.

Kisah Rose bermula apabila ibu bapanya dibunuh dalam kejadian pembunuhan Beramai-ramai Sook Ching di Singapura, Rose yang masih kecil dijaga dan dibesarkan oleh seorang pemilik pentas ronggeng.

Memaparkan 3 Peristiwa Sejarah Penting di Malaysia

Perjalanan hidup Rose dipaparkan secara berkala, dengan latar belakang beberapa kejadian dari tahun 1942 hingga penghujung 1970-an seperti Pembunuhan Beramai-ramai Sook Ching, Kemerdekaan Tanah Melayu 31 Ogos 1957 dan Tragedi 13 Mei 1969.

Kos Mencecah RM6 Juta

Filem Nyonya Ronggeng ini memberi penerapan terperinci mengenai adat, adab dan tradisi keturunan Baba dan Nyonya. Bagi merealisasikan usaha ini,  KC Lee berkata, kos pembikinan filem ini dianggarkan mencecah RM6 Juta. Jumlah ini termasuk kos pembinaan sebuah rumah tradisi Baba dan Nyonya bernilai RM2.8 Juta yang digunakan sebagai lokasi penggambaran.

Aktres Berbangsa Cina & Fasih Berbahasa Malaysia

Pelakon dan juga penerbit bersama, Yingli Tan dipertanggungjawabkan menjadi watak utama dalam filem Nyonya Ronggeng. Yingli yang kini menempa nama di China berkata, dia sangat teruja memegang watak Rose yang merupakan seorang penari Ronggeng dan kini dia sudahpun mengikuti kelas tarian.

Yingli yang fasih berbahasa Malaysia berharap filem ini dapat memperkenalkan keunikan Malaysia iaitu tradisi Baba & Nyonya di mata dunia.

Melibatkan pelakon dari dalam dan luar negara

Filem ini bukan saja mempromosikan negara ini sebagai destinasi pelancongan, filem ‘Nyonya Ronggeng’ juga menampilkan gabungan pelakon dari beberapa negara termasuk Jepun, China dan Malaysia.

Menurut KC Lee, mereka masih menjalani ujibakat/casting untuk mencari pelakon-pelakon yang bersesuaian bagi menjayakan filem ini. Mengikut perancangan, filem ini bakal memulakan penggambaran pada September 2020.

baba dan nyonyaKC LeeNyonya RonggengYingli Tan
https://lomp.at/goln9
Share27Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Filem

Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

by Phic ARMAN
August 15, 2018

Beberapa filem Hollywood kadang-kadang memerlukan lakonan yang lebih natural untuk mendapatkan adegan yang memuaskan. Malah ada juga beberapa aktor tidak...

Read moreDetails
Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Filem

Confirm Tak Boleh Tidur Malam Selepas Tonton 5 Filem Indonesia Paling Seram Ini!

by Soph Azz
June 9, 2025

Jika kamu tanya filem negara manakah yang paling seram, jawapan Murai sudah semestinya filem seram Indonesia. Nak tahu kenapa? Berbeza...

Read moreDetails
Filem

Di Sebalik Tabir Pak Su Ammara, Ummi Nazeera Kongsi Rahsia Que Haidar

by Phic ARMAN
January 5, 2026

Spotlight hari ini MURAI nak mulakan dengan kisah di sebalik tabir drama terbaru Pak Su Ammara. Ummi Nazeera berkongsi pengalaman...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  3. 3

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  4. 4

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore