• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Filem ‘Sayap-Sayap Patah’ Pecah Panggung, Nicholas Saputra Nak Datang Malaysia?

by Zaidin Albert
September 11, 2022
Share on Facebook

Nampaknya industri perfileman di Malaysia dan Indonesia semakin sengit dari segi kutipan filem terbaru yang di tayangkan. Kalau di Malaysia, filem Abang Long Fadil 3 yang pada hari ini telahpun meraih kutipan sehingga RM3 juta di hari pertama, manakala di Indonesia, filem Sayap-Sayap Patah mendapat sambutan hangat.

Filem lakonan Nicholas Saputra dan Ariel Tatum yang ini ditayangkan sejak 18 Ogos 2022 yang lalu di Indonesia. Agak mengejutkan, sepanjang ditayangkan, lebih 2 juta penonton di republik itu dengan kutipan tiket sekitar RM40 juta.

Hal ini telah dibuktikan oleh produser AddMore Holding Berhad, Roslina Abd Majid. Dia berkata filem arahan sutradara handalan Rudi Soedjarwo itu mendapat sambutan hebat kerana keistimewaannya yang menggabungkan jalan cerita penuh dramatik bersama.gandingan bintang ternama di Indonesia.

Produser AddMore Holding Berhad, Roslina Abd Majid bersama Nicholas Saputra dan Ariel Tatum

“Kami sebagai pihak yang akan mengedarkan Sayap Sayap Patah di Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam cukup terharu dengan sambutan hebat penonton Indonesia terhadap filem ini.

“Malah sekumpulan media Malaysia yang turut diundang menonton Sayap Sayap Patah di Jakarta pada 14 Ogos lalu turut akui filem ini sebuah karya terbaik dan cukup mengesankan.

“Mengikut perancangan AddMore Holding akan menganjurkan Tayangan Gala Sayap Sayap Patah di Kuala Lumpur pada pertengahan Oktober ini diikuti dengan tayangan umum di Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam,” katanya.

Sinopsis Ringkas

YouTube video

Kepada yang belum berkesempatan menonton,  filem Sayap-Sayap Patah digarap daripada tragedi berdarah yang berlaku di Lokap Mako Brimop, Kota Depok, Indonesia pada 2018 apabila sekumpulan tahanan penggganas bangkit merusuh.

Dalam kejadian yang menggemparkan itu, pertempuran hebat tercetus dan seramai 5 anggota polis Densus 88 dibunuh dengan kejam.

Nicholas melakonkan watak Adji salah seorang anggota Densus 88 yang juga suami kepada Nani (Ariel Tatum). Turut membintangi filem ini adalah rapper terkenal Indonesia Iwa K serta dibantu dengan cemerlang oleh Popi Sovia, Ariyo Wahab, Edward Akbar, Dewi Irawan, Revaldo dan ramai lagi.

Sayap Sayap Patah diterbitkan aktivis sosial media terkenal Denny Siregar bersama Yoen K. Pengarah Rudi Soedjarwo pula sebelum ini pernah menggilap bakat Nicholas kira-kira 20 tahun lalu menerusi filem Ada Apa Dengan Cinta. Filem lain arahan Rudi termasuklah 9 Naga, Tentang Dia, Mengejar Matahari, 40 Hari Bangkitnya Pocong dan Mendadak Dangdut.

Lagu Ku Tunggu Senyummu dendangan Ipang Lazuardi telah dipilih menjadi OST filem blockbuster ini. Ramai memuji skor muzik serta kesan bunyi untuk filem ini yang banyak membantu babak-babak sedih, ceria dan mendebarkan.

Nicholas Saputra Bakal Diterbangkan Ke Malaysia?

Menurut informasi yang kami terima, sekiranya tiada halangan, pelakon yang digilai ramai wanita Nicholas Sapurta bakal diterbangkan ke Kuala Lumpur untuk bersama-sama penonton pada malam Gala, Oktober ini. Kunjungan barisan pelakon  turut disahkan oleh producer Denny Sirregar di Instagramnya. Kemunculan istimewa Nicholas ini sudah pastinya untuk memberi sokongan dan mempromosikan filem Sayap- sayap Patah di Malaysia. Sama-sama kita nantikan!

https://lomp.at/sokty
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

via Instagram @zarazya
Lokal

Zara Zya Dedah Wajah Netizen Beri Komen Biadab-“Kesian Pada Diri Kamu..”

by Naddy Joe
January 7, 2026

Pelakon, Zara Zya tampil mendedahkan wajah salah seorang netizen yang memberikan komen biadab terhadapnya di media sosial, baru-baru ini. Dedah...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (IG)
Lokal

Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

by Nurul A.
February 6, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas menolak cadangan sesetengah pengguna media sosial di platform Threads....

Read moreDetails
Lokal

Kamal Adli Mohon Orang Ramai Henti ‘Post’ Kisah Lalu Mereka-“Tak Baik Untuk Hawra Uqaira..”

by Naddy Joe
December 22, 2025

  Aktor, Kamal Adli menitipkan pesanan kepada orang ramai untuk berhenti memuatnaik hantaran mengenai kisah lalu yang negatif mengenai dia...

Read moreDetails
Lokal

Suami Beri Ucapan Puitis Atas Kemenangan Heliza Helmi Di ABPBH37

by Naddy Joe
December 15, 2025

Suami kepada penyanyi dan pelakon, Datin Seri Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman memberikan ucapan istimewa di atas...

Read moreDetails
Lokal

Kamal Adli Pilu Tak Dapat Jumpa Hawra-“Sia-Sia Turun KL Ni..”

by Naddy Joe
January 9, 2026

Pelakon, Kamal Adli meluahkan rasa pilu apabila rancangannya untuk menghabiskan masa bersama anak perempuannya, Hawra tidak menjadi kenyataan. "Tak Dapat...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

  5. 5

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore