• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Allah Nak Pelihara, Pasti Terpelihara?” – Firdaus Wong Tuju Nasihat Pada Siapa?

Pendakwah terkenal itu menitipkan pesanan mendalam buat orang ramai

by Puteri Alia
October 26, 2021
Foto - Vocket

Foto - Vocket

Share on Facebook

Tular di media sosial mengenai pendakwah bebas terkenal, Firdaus Wong yang memuatnaik foto mumia berserta kapsyen pesanan yang mendalam menerusi Instagram nya sebentar tadi.

‘Terpelihara’ Sesuatu Bukan Bermaksud Kebenaran

Posting tersebut telah menarik perhatian warganet apabila Firdaus menulis “Allah nak pelihara, pasti terpelihara?” dan ia telah mencetuskan spekulasi dikalangan warganet. Malah ada diantara mereka menyangka hantaran tersebut seolah-olah ditujukan buat seseorang.

Menyentuh soal terpelihara yang dinyatakan dalam kapsyen nya, Firdaus mengatakan bahawa terpeliharanya sesuatu atau seseorang itu bukan bermaksud ia sebagai tanda kebenaran. Sebaliknya, ia boleh jadi sebagai  pengajaran dan penangguhan hukuman dan azab Sang Pencipta Alam.

Foto – Instagram @firdauswong

“Allah nak pelihara, pasti terpelihara?

Apabila Allah ingin memelihara sesuatu atau seseorang, pastinya akan terpelihara. Terpeliharanya sesuatu atau seseorang bukan petanda kebenaran atau baiknya sesuatu atau individu.

Allah memelihara keaslian Al-Quran dengan firmanNya:

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan sesungguhnya kami benar-benar memeliharanya.” (Al-Hijr 15:9)

Begitu juga Allah menyelamatkan (memelihara) jasad Firaun supaya menjadi pengajaran buat manusia, tentang kejahatan dan kezaliman bukannya memelihara jasad Firaun sebagai bukti kebenaran perbuatannya.

“Maka pada hari ini, kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang masih tidak bernyawa, daripada ditelan laut, untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang dibelakangmu (supaya mereka mengambil iktibar).

Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!” Tulisnya

Allah Menangguh Hukuman Dan Azab

Selain itu, pendakwah bebas ini juga tegas mengatakan mereka yang melakukan maksiat tetapi tidak menerima sebarang hukuman dan azab Allah SWT, bukan bermaksud Allah tidak memberi balasan pada mereka sebaliknya menangguhkan hukumanNYA.

“Dia menggunakan PENANGGUHAN HUKUMAN & AZAB dari Allah bagi menjustifikasi kemaksiatan, namun dia terlalu lupa konsep ‘Istidraj’ dalam Islam.

Seseorang tetap diberikan nikmat oleh Allah walaupun dia bermaksiat kepada Allah bukan kerana dia benar dan baik, tetapi nikmat itu menyebabkan individu itu semakin lalai dan selesa dengan kemaksiatan dirinya sehingga dia lalai dari bertaubat.

Terpelihara bukan petanda kebenaran perbuatan kita. Firaun dipelihara agar kita melihat kebesaran Allah dan diingatkan akan kezaliman Firdaus.” Tulisnya lagi

Terima Pesanan Firdaus Secara Terbuka

Melihat perkongsian itu , warganet berkongsi pandangan mereka dan bersetuju dengan apa yang dikongsikan oleh Firdaus serta menerima mesej yang disampaikan dengan hati terbuka.

Foto – Instagram @firdauswong

“Terima kasih di atas peringatan untuk kita bersama”

“Terima kasih… Ayat yang sangat menyentuh”

“Terima kasih bang ustaz untuk peringatan. Kami mohon keredhaan Allah. Allahumma ameen”

“Allahuakbar, penjelasan yang terbaik… Kita mohon redha Allah dalam ibadah”

“Deep’. Jangan kita merasa terlalu selesa di zon selesa. Allah pelihara, tak semestinya Allah redha” komen warganet

Cukup mendalam pesanan yang disampaikan ustaz Firdaus Wong kali ini, bersama-samalah kita berhati-hati dalam menjustifikasikan maksiat yang seperti dikatakan pendakwah ini.

Firdaus Wong
https://lomp.at/hom4p
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Fattah Amin Potong Rambut, Raih Perhatian Netizen-“Permintaan Isteri Untuk Bang Long”

by Noah Ab
October 6, 2025

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Fattah Amin dengan gaya rambut baru. Fattah Amin juga mengatakan bahawa beliau memotong...

Read more
Lokal

[VIDEO] Sesi Fitting Baju Resepsi Amira Othman & Fattah Amin, Buatkan Ramai Teruja

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan sesi fitting baju untuk majlis resepsi Amira Othman dan Fattah Amin yang menggunakan...

Read more
by Noah Ab
October 29, 2025
Lokal

“Kita Akan teruskan Perjuangan Sehingga Titisan Darah Terakhir!..”-Heliza Helmi

Pelakon, penyanyi, dan salah seorang aktivis Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla iaitu Heliza Helmi menitipkan rasa syukur apabila dia bersama...

Read more
by Naddy Joe
October 8, 2025
Lokal

[VIDEO] Syasya Rizal Kongsi Rahsia, Umur 7 Tahun Doa Nak Kahwin Dengan Nobita

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Syasya Rizal memberitahu bahawa beliau sangat gemar menonton cerita kartun jepun iaitu Doraemon...

Read more
by Noah Ab
October 2, 2025
via Instagram/@norreen143
Lokal

Norreen Iman Terhibur Dengan Wanita ‘Berbunyikan Burung’, Netizen Pun Turut Sama Berdekah

Media sosial sekali lagi jadi medan tawa apabila gelagat Norreen atau nama sebenarnya Norreen Iman mencuri perhatian warganet. Personaliti media...

Read more
by Iffah Iffah
December 10, 2025
Lokal

[VIDEO] Aksi Afwa ‘Kenyit Mata’ Dekat Siti Nurhaliza Buatkan Peminat Tak Keruan

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Afwa yang membuka kaca matanya itu lalu kenyit mata. Siti Nurhaliza juga mengatakan...

Read more
by Noah Ab
November 24, 2025
Lokal

Ameera Khan Kongsi Foto Berhijab Dengan Jefri Nichol, Cetus Spekulasi Netizen?-“Pergi Kursus Kahwin Eh..”

Perkongsian adik kepada pelakon dan usahawan, Noor Neelofa iaitu Ameera Khan mencuri perhatian netizen selepas berkongsi sekeping foto bersama kekasihnya...

Read more
by Naddy Joe
September 22, 2025
Lokal

Amylea Buang Simbol Cinta Dalam Tong Sampah, Padam Semua Foto Bekas Suami Lepas Umum Cerai

Bagaikan menutup satu bab penuh kenangan dan membuka helaian baharu dalam hidupnya, penyanyi dan komposer berbakat, Amylea Azizan, mengambil langkah...

Read more
by Puteri Alia
October 17, 2025
Foto - @qadejah_terlajaklaris (IG) / @shahidadherbs2 (TikTok)
Lokal

[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”

Sama seperti anak perempuan lain, Qadejah El Zahra iaitu anak kepada pasangan Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida...

Read more
by Nurul A.
November 25, 2025
Lokal

Janna Nick Terkejut Lobster Roll Harrods Viral: “RM98 Tapi Kosong Weh!”

Pelakon dan pengacara terkenal, Janna Nick, baru-baru ini mencuba menu yang menjadi viral di Harrods, London iaitu Lobster Row. Makanan...

Read more
by Iffah Iffah
December 4, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Perodua Traz VS Toyota Yaris Cross: SUV Kembar, Harga Jauh Beza, Mana Sebenarnya Lebih Berbaloi?

  2. 2

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  3. 3

    Lisa Surihani Kongsi Rasa Kagum Dengan Sarimah Ibrahim-“Terima Kasih Menjadi Inspirasiku..”

  4. 4

    Busana Madammu Raih Pujian, Netizen Terpesona di Pembukaan Flagship Store Noir

  5. 5

    3 Anak Selebriti Popular Terbang Ke Oxford, Apa Sebenarnya Mereka Belajar & Berapa Kosnya?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore