Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore VMY2026

First Time Ke Colmar Tropicale? Ini Semua Benda Menarik Yang Anda Kena Explore

by Farah Fatihah
January 11, 2026
via Instagram @colmartropicale

via Instagram @colmartropicale

64
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau pernah ke Colmar Tropicale, perkara pertama yang buat orang terhenti sekejap ialah suasananya yang terasa lain daripada tempat percutian biasa di Malaysia. Dengan bangunan gaya Eropah dan cuaca sejuk tanah tinggi, resort ini seakan membawa pengunjung ke sebuah perkampungan lama di Perancis.

Dibuka pada tahun 2000, Colmar Tropicale diinspirasikan daripada bandar Colmar di wilayah Alsace, Perancis, hasil idea Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kemudiannya direalisasikan oleh Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan melalui Berjaya Corporation Berhad.

Terletak di Berjaya Hills, Pahang, resort ini turut menggabungkan elemen seni bina daripada kampung-kampung lama di sekitar Alsace seperti Riquewihr, Turckheim dan Kaysersberg, sekali gus menjadikannya antara destinasi percutian bertema Eropah yang unik di Malaysia.

Pilihan Penginapan Selesa

Colmar Tropicale mempunyai sebanyak 235 bilik dan suite yang direka untuk memenuhi keperluan pelbagai jenis tetamu. Terdapat sembilan kategori bilik yang ditawarkan iaitu:

  • Superior Room
  • Deluxe Room
  • One Bedroom Suite
  • One Bedroom Deluxe Suite
  • Family Room
  • Two Bedroom Suite
  • Three Bedroom Suite
  • Four Bedroom Suite
  • La Colmar Suite

Bilik mesyuarat untuk 12 orang turut disediakan, manakala extra bed tersedia tertakluk pada ketersediaan.

Setiap bilik dilengkapi kemudahan asas untuk keselesaan penginapan, selain menawarkan pemandangan alam semula jadi yang mendamaikan. Resort ini juga menyediakan bilik mesyuarat dan kemudahan jamuan bagi acara korporat serta majlis peribadi.

Pilihan Restoran & Kafe

Pengalaman percutian di Colmar Tropicale tidak lengkap tanpa menikmati pelbagai pilihan makanan yang ditawarkan di sini.

  • Le Blason: Menyajikan hidangan Malaysia dan antarabangsa serta bufet barbeku setiap hari Sabtu, dan turut menjadi lokasi utama sarapan pagi
  • La Flamme: Menawarkan menu pasta, pizza dan hidangan Barat dalam suasana santai
  • Le Poulet Roti: Menyediakan pelbagai pilihan hidangan ayam serta masakan tempatan dan antarabangsa
  • La Boulangerie Café: Menyediakan aneka pastri, pencuci mulut dan minuman panas
  • Ryo Zan Tei: Membawa cita rasa Jepun dalam suasana hutan hujan yang tenang
  • Veggie Nature Café: Sesuai untuk pengunjung yang menggemari menu berasaskan sayur-sayuran segar tanpa racun perosak.
Permata Makmur Pahang 2026: Bayi Dapat RM300, 5 Perkara Penting Ini Perlu Tahu Sebelum Mohon

Tarikan & Aktiviti Menarik

Colmar Tropicale bukan sekadar tempat penginapan, malah menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi untuk semua peringkat umur.

1. Equestrian (Menunggang Kuda)

via Instagram @colmartropicale

Berjaya Hills Horse Trails menawarkan pengalaman menunggang kuda merentasi bukit, hutan dan laluan semula jadi. Aktiviti ini dikendalikan oleh jurulatih profesional dengan pelbagai baka kuda seperti Quarter Horse, Appaloosa dan Palomino. Antara pakej yang ditawarkan termasuk Jungle Ride, Golf View Ride, Creek & River Ride serta Picnic Ride.

2. Adventure Park

via Instagram @colmartropicale

Bagi pengunjung yang gemarkan aktiviti lasak, Adventure Park menyediakan pelbagai cabaran seperti:

  • Flying Fox sepanjang lebih 1 kilometer
  • Canopy Walk setinggi 15 meter
  • Paintball Warfare
  • Rock Climbing
  • High Rope Obstacle Course

Aktiviti-aktiviti ini sesuai untuk individu, keluarga dan juga aktiviti berkumpulan.

3. Rabbit Park

Rabbit Park – Colmar Tropicale
via @colmartropicale

Rabbit Park merupakan tarikan mesra keluarga yang membolehkan pengunjung berinteraksi dan memberi makan kepada arnab yang dilepaskan bebas. Terdapat juga taman permainan kecil serta kemudahan asas untuk keselesaan pengunjung.

4. 9D Motion Adventure

9D Motion Adventure – Colmar Tropicale
via @colmartropicale

Tarikan ini menawarkan pengalaman simulasi bergerak dengan grafik realistik dan tempat duduk bergetar. Ia sesuai untuk hiburan ringkas bersama rakan dan keluarga, dengan harga tiket bermula sekitar RM20 seorang.

5. Japanese Village

Japanese Village – Colmar Tropicale
via @colmartropicale

Japanese Village menawarkan suasana tenang dengan taman landskap Jepun, rumah teh dan kemudahan spa. Pengunjung juga boleh menyarung kimono sambil menikmati persekitaran hijau yang mendamaikan, sesuai untuk mereka yang ingin berehat dan melarikan diri seketika daripada kesibukan harian.

6. Golf di Berjaya Hills Golf & Country Club (BHGCC)

via Instagram @colmartropicale

Berjaya Hills Golf & Country Club terletak pada ketinggian kira-kira 2,500 kaki dari paras laut dan dikelilingi kehijauan hutan hujan. Padang golf 18 lubang ini pernah tersenarai sebagai antara 20 Padang Golf Terbaik di Malaysia dan telah menjadi lokasi beberapa kejohanan berprestij. Reka bentuknya sesuai untuk pemain pelbagai tahap sambil menawarkan suasana permainan yang tenang dan selesa.

[VIDEO] Ramai Terpersona Dengan Tengku Hassanal Di MARA LASAK PAHANG 2025

Colmar Tropicale menawarkan pengalaman percutian yang berbeza dengan gabungan seni bina Eropah, alam semula jadi dan pelbagai aktiviti rekreasi.  Sama ada untuk percutian singkat, percutian keluarga atau sekadar ingin menikmati suasana sejuk tanah tinggi, resort ini kekal sebagai antara destinasi pilihan di Malaysia.

pahang
https://lomp.at/e1gp0
Share26Tweet16SendShare

KINI TRENDING

Gambar: OfficialWebsite @Metime Bookcafe
LifeXplore

Kafe Ada Bilik Tidur? Ini Sebab MeTime Book Cafe Jadi Perhatian Ramai Di Petaling Jaya

by Farah Fatihah
April 11, 2026

MeTime Book Cafe ialah sebuah kafe berkonsepkan ruang rehat moden yang terletak di The Square, Jaya One, Petaling Jaya. Berbeza...

Read moreDetails
LifeXplore

Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

by Farah Fatihah
March 22, 2026

Bagi kalian yang sedang mencari tempat makan dengan hidangan Thai yang autentik, suasana selesa, dan sesuai untuk berkumpul bersama keluarga,...

Read moreDetails
LifeXplore

Silverfox Cafe KL Photobooth Telefon: Kafe Estetik Rare Di Chow Kit

by Farah Fatihah
March 27, 2026

Silverfox Cafe KL adalah antara kafe estetik di Kuala Lumpur yang makin jadi pilihan ramai, bukan sahaja sebab cantik untuk...

Read moreDetails
LifeXplore

Dinner Sambil Layan View KLCC? Ini Port Rooftop Baru Yang Tengah Viral!

by Farah Fatihah
April 11, 2026

Scarlet’s Rooftop adalah sebuah restoran rooftop di Kuala Lumpur yang menawarkan pengalaman menjamu selera dalam suasana santai dengan pemandangan bandar...

Read moreDetails
Gambar: Instagram @ngopipantai.langkawi
LifeXplore

Ingatkan Dekat Phuket, Rupanya Di Langkawi! Ngopi Pantai Port Tepi Pantai Paling Healing

by Farah Fatihah
March 7, 2026

Kalau ke Langkawi, memang tak sah kalau tak singgah lepak tepi pantai sambil minum kopi. Bayangkan pagi yang tenang dengan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara