Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“First Time Penyondol Kalah”-Peminat Terkejut Zainal Abidin Ceraikan Fyna Jebat Dan Pilih Isteri Pertama

by Puteri Alia
May 17, 2023
Share on Facebook

Tiada angin tiada ribut, baru-baru ini satu perkongsian di media sosial baru-baru ini telah mencuri perhatian warganet apabila seorang individu mendakwa dirinya anak kepada bekas jurulatih bola sepak Zainal Abidin memaklumkan bapanya telah menceraikan isteri kedua iaitu Fyna Jebat.

Hal yang demikian menjadi kecoh apabila dikhabarkan perkahwinan bekas jurulatih bola sepak terkenal, Datuk Zainal Abidin Hassan bersama penyanyi Fyna Jebat sejak awal tahun ini dilaporkan sudah terlerai.

Perkembangan itu disahkan saudara terdekat Zainal yang memberitahu pasangan itu bercerai sejak dua minggu lalu.

Menurutnya, punca perceraian pasangan itu disebabkan tiada persefahaman antara Fyna dan isteri pertama Zainal Abidin, Datin Zalina Zaini.

“Apa yang dikongsikan anak Zainal boleh saya cakap betul. Mereka sudah bercerai dua minggu lalu.

“Punca cerai disebabkan kedua-dua isteri Zainal tiada persefahaman. Jadi, mereka ambil keputusan bercerai,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum ini, hangat diperkatakan perceraian Fyna apabila anak perempuan Zainal iaitu Zahira Aisyah dalam satu komen media sosial mendedahkan yang bapanya sudah menceraikan penyanyi itu.

Zahira mempertikaikan satu hantaran mengatakan Fyna dan Zalina berdamai kerana kelihatan duduk semeja.

“Kenapa perlu post balik cerita 4 bulan yang lepas? Also, my mom did not (malah ibu saya tidak) ‘berdamai’ with anyone and this story is not true (dengan sesiapa dan cerita ini tidak betul).

“And for your information my dad has divorced Fyna Jebat (untuk makluman anda bapa saya sudah ceraikan Fyna Jebat. Mohon delete post ni, thank you (tolong padam ciapan ini, terima kasih),” tulisnya.

Zahira Aisyah menerusi Facebook miliknya juga memuat naik hantaran seakan memberikan bayangan perkara sebenar yang berlaku.

Ia seakan-akan menggambarkan yang bapanya sudah membuat ‘keputusan yang tepat’ dan dia sekeluarga bersyukur dengan ujian ini.

Malah dia menaruh harapan agar rumah tangga ibu bapanya semakin erat dan bertambah dengan kasih sayang serta ujian yang datang.

fyna jebat
https://lomp.at/qotu2
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @mfmirafilzah (IG)
Lokal

Mira Filzah Ambil Tindakan Selepas Wajah Disalah Guna AI

by Nurul A.
January 16, 2026

Pelakon Mira Filzah mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan kandungan yang dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan...

Read moreDetails
Foto - @adamcorrielee (IG)
Lokal

Adam Corrie Kenang Pengalaman Pertama Berpuasa- “Saya Takut Emak Marah”

by Nurul A.
February 19, 2026

Pelakon Adam Corrie Lee Abdullah baru-baru ini mencuri perhatian ramai selepas berkongsi pengalaman peribadinya berpuasa semasa bulan Ramadan. Berdasarkan perkongsian...

Read moreDetails
Foto - Beautifulnara
Lokal

Tarik Balik Tuntutan Cerai, Nora Ariffin Letak Syarat Kepada Suami

by Nurul A.
January 27, 2026

Nama penyanyi Datuk Nora Ariffin sekali lagi menjadi bualan ramai selepas membuat keputusan untuk menarik balik tuntutan permohonan cerai terhadap...

Read moreDetails
Lokal

Pengurus Cik Lan Perjelas Isu Kehilangan Jam Suami Bonda Rozita-“Jam Itu..”

by Naddy Joe
December 30, 2025

Baru-baru ini tular di media sosial apabila suami kepada usahawan terkenal, Bonda Rozita Ibrahim iaitu Aidiamin Ahmad diganggu makhluk halus...

Read moreDetails
Lokal

Nubhan Dikecam Netizen Isu Barang Milik Dr Fie Dicampak Keluar Dari Rumah!

by Naddy Joe
December 30, 2025

Nama penyanyi, Nubhan menjadi bualan netizen selepas didakwa bertindak kejam terhadap bekas isterinya, Dr Afifah Hidayah Tawfek dengan mencampak keluar...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore