Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Fitri Haris Kecewa Golongan Anti Vaksin Kaitkan Proses Khatan Anak Dengan Vaksin

Segelintir golongan anti vaksin mempertikaikan tindakan khatankan anaknya yang baru berusia lebih dua bulan itu

by Khai Azfar
September 6, 2021
28
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi Dr Fitri Haris menegaskan bahawa tindakannya dan isteri untuk mengkhatankan anak mereka,Bilal Habibi ketika masih bayi tidak mempunyai kaitan dengan isu pengambilan Vaksin-19.

Kecewa Dikaitkan Dengan Vaksin 

Menerusi dua hantaran di laman Instagram miliknya, Fitri atau nama sebenarnya Mohamad Fitri Mohamad Haris, 36, meluahkan rasa terkilan apabila segelintir golongan anti vaksin mempertikaikan tindakan khatankan anaknya yang baru berusia lebih dua bulan itu turut mengaitkannya dengan pengambilan vaksin.

Ikut Sunnah

Jelas Fitri,selain mengikut sunah Rasulullah SAW keputusan itu juga dibuat kerana dia dan isteri enggan terlepas pengalaman melihat Bilal dikhatankan sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada mereka.

“Khas buat segilintir anti vaksin baca ini ya. Saya sunatkan Bilal seawal umur 2 bulan kerana banyak kelebihan antaranya dalam satu hadis riwayat Al-Baihaqi, dari Aisyah R.A. Rasulullah mengkhatankan Hassan dan Hussein seawal umur 7 hari dan sejujurnya saya tak tahu sempat atau tidak untuk melihat moment Bilal sunat jika tunggu lagi 7/8/9 tahun kerana ramai sebaya telah pergi selamanya” tulis Fitri

View this post on Instagram

A post shared by Dr. Fitri Haris ™️ (@fitriharisofficial)

Dalam pada itu, Fitri tidak menyangka kenyataan mengenai tidak berkesempatan untuk melihat anaknya berkhatan seandainya ajal tiba lebih awal turut dikaitkan dengan kesan pengambilan vaksin.

“Bila saya buat kenyataan saya takut tak sempat ajal awal ke untuk lihat moment itu ada pula golongan anti vaksin yang komen kata ‘takut kesan sampingan vaksin ke tu’. Allah..sudah-sudahlah hidup dengan ‘Your world of assumption’ mati ini bukan sebab vaksin sahaja. Apa-apa pun moga Allah memberkati setiap kehidupan kita” katanya lagi

View this post on Instagram

A post shared by Dr. Fitri Haris ™️ (@fitriharisofficial)

Terdahulu, Fitri berkongsi pengalaman bersama pengikutnya mengenai video proses mengkhatankan anaknya di sebuah klinik swasta di Bandar Baru Bangi, Selangor. Sebagai ibu bapa yang baru menempuh dengan kelahiran bayi sulung, Fitri telah mendapatkan pelbagai pandangan terlebih dahulu sebelum mengkhatankan anak mereka yang lahir pada Jun lalu.

View this post on Instagram

A post shared by Dr. Fitri Haris ™️ (@fitriharisofficial)

Malah, Fitri sempat berpesan kepada pengikutnya di laman Instagram agar tidak perlu bimbang kerana segalanya adalah selamat malah lebih bagus sekiranya dikhatankan pada bayi yang masih kecil.

Anak Fitri Haris Disahkan Menghidap Pneumonia-"Tiada Ibu Bapa Yang Sanggup Lihat Anaknya Sakit.."
fitri Haris
https://lomp.at/7z6m8
Share11Tweet7SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  3. 3

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara