Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

Fizi Ali Turun Padang Sampaikan Bantuan, Yayasan Ikhlas Sasar Bantu 25,000 Golongan

by Phic ARMAN
April 18, 2023
FIzi Ali bersama Eksekutif Kanan Operasi Yayasan Ikhlas Bangi, Muhammad Afifuddin Ramli (paling kanan) menyerahkan sumbangan kepada wakil asnaf

FIzi Ali bersama Eksekutif Kanan Operasi Yayasan Ikhlas Bangi, Muhammad Afifuddin Ramli (paling kanan) menyerahkan sumbangan kepada wakil asnaf

Share on Facebook

Meneruskan tradisi dan sisi murni yang diusahakan sejak tahun 2014, projek Kasih Ramadan inisiatif Yayasan Ikhlas (YI) diteruskan Ramadan tahun ini untuk edisi kesembilan.

Projek ini diusahakan bagi membantu golongan anak yatim, asnaf dan keluarga di Malaysia yang menempuhi kesusahan di bulan puasa.

Tahun lalu seramai 36,689 penerima manfaat di kalangan asnaf, anak yatim, ibu tunggal, OKU dan pesakit dibantu menerusi projek sama dengan menyasarkan golongan berkenaan untuk pemberian pek barangan asas, tajaan sahur dan berbuka serta sumbangan raya.

Pengerusi Yayasan Ikhlas, Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin

Menurut Pengerusi YI, Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin, tahun lalu bantuan disalurkan merangkumi 146 buah tempat di seluruh Malaysia serta Sabah dan Sarawak.

View this post on Instagram

A post shared by Fizi Ali (@fiziali_)

Katanya lagi, tahun ini sudah 15691 penerima sudah menerima manfaat itu dengan jumlah sasaran keseluruhan 25,000.

“Tahun ini kita teruskan bantuan termasuk di sekitar Lembah Klang. Malah khidmat penyampai radio Hot FM, Fizi Ali turut digunakan sebagai perantara memeriahkan projek ini dengan turun padang ke lokasi berkenaan.

“Tiga bantuan disalurkan termasuk pertama kotak makanan mengandungi barang keperluan harian bernilai RM100 bagi setiap keluarga. Ia termasuklah sekampit beras, sepaket bihun dengan berat 400 gram, minyak masak, tepung gandum, gula, kicap, sos cili, kordial berperisa dan sekotak kurma.

“Kedua, pek Iftar dan Sahur yang siap dimasak diagihkan kepada anak yatim dan keluarga asnaf. Ketiga, set kelengkapan raya bernilai RM200 seperti baju, biskut dan sumbangan duit,” katanya.

Menurut Prof Dr Zainur, nilai yang diagih mungkin kecil di mata kita, namun besar ertinya bagi yang memerlukan.

Malah selepas Fizi, beberapa orang selebriti dan pempengaruh akan meneruskan projek amal ini di lokasi berbeza.

FIzi Ali bersama Eksekutif Kanan Operasi Yayasan Ikhlas Bangi, Muhammad Afifuddin Ramli (paling kanan) menyerahkan sumbangan kepada wakil asnaf

“Siapa mampu menyangka dengan bantuan satu beg ini boleh memberi kegembiraan tak terkata kepada mereka. Mungkin bagi kita, ia nampak biasa dan remeh. Tetapi bagi yang menerima, ia amat berharga.

“Malah Fizi turut mengambil cakna meminta orang ramai menghulurkan sumbangan dan bantuan. Ke depan nanti ada lagi pembabitan selebriti dan pempengaruh melakukan projek seterusnya.

“Untuk menyumbang boleh layari pautan https://yikhlas.news/kasihramadan atau terus hulurkan sumbangan ke akaun bank YI (Maybank) 562834636228 di bawah rujukan kasihramadan23,” katanya.

Dalam pada itu, sejak ditubuhkan pada 5 Mac 2009, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ini terus berbakti meringankan kesusahan mereka yang memerlukan.

Ditubuhkan mengikut Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258), yayasan ini cukup sinonim membantu golongan anak yatim, orang kurang upaya (OKU), fakir dan mereka yang dilanda musibah serta malapetaka.

Kempen Kasih Ramadan diadakan untuk membantu mereka yang memerlukan

Malah di samping itu, yayasan yang berpaksikan empat teras iaitu komuniti, pendidikan, kesihatan dan pengurusan bencana ini turut menawarkan biasiswa atau insentif kepada individu mahupun berkumpulan bagi kerja pelajaran dan pendidikan di Malaysia.

Hingga kini sejak penubuhannya, Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin selaku Pengerusi YI berkata, seramai 385,904 orang dan 29 agensi kerajaan sudah menerima manfaat dan bantuan yang disalurkan.

“Mereka yang dibantu termasuklah pesakit COVID-19, anak yatim, masyarakat pedalaman berbilang kaum dan agama di semenanjung termasuk Sabah serta Sarawak.

“Tak lupa pesakit Cerebral Palsy, OKU, ibu tunggal, mangsa kebakaran, mangsa banjir, pelajar universiti, bekas atlet, bekas wartawan dan ramai lagi.

“Kita mahu terus berbakti menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Malah misi kita mahu menjadi sebuah yayasan global yang memberi perkhidmatan tanpa batas waktu dan tempat menjelang 2030,” katanya.

Majlis berbuka puasa dianjurkan YI untuk mereka yang memerlukan

Projek YI rata-ratanya digerakkan menerusi 5783 sukarelawan berdaftar di lapan cawangan negeri termasuk di Ipoh (Perak), Kuching (Sarawak), Sandakan, Semporna dan Kota Kinabalu (Sabah), Bangi (Selangor), Alor Setar (Kedah) selain Johor Bahru.

Malah, YI turut berbangga dan bersyukur kerana kejayaan memanjangkan bantuan banjir kepada lokasi yang terkesan.

“Menariknya, YI turut menubuhkan Civil Defence Emergency Response Team (CDERT) di bawah Angkatan Pertahanan Awam (APM) sejak 2019. CDERT YI turut melaksanakan Psychological First Aid (PFA) dengan pelaksanaan Modul Kit Emosi di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Malah turut berjaya memasuki sekitar 42 kawasan bencana banjir membabitkan aktiviti PFA selain pembersihan rumah mangsa banjir, mengagihkan dapur memasak dipanggil Dapur Ikhlas serta sumbangan barangan kepada mangsa banjir.

“Pembabitan sukarelawan membabitkan seramai 604 orang rakyat Malaysia termasuk pempengaruh dan artis seperti Bell Ngasri, Farah Lee, Alif Teega, Aisyah Hijanah dan ikon Kementerian Belia dan Sukan, Muhammad Haziq Abd Rahim,” katanya.

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?
Fizi Ali
https://lomp.at/vclhx
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Bisnes

Raikan Kebersamaan Melalui Secawan Kopi Ketika Tahun Baru Cina & Ramadhan

by Naddy Joe
February 12, 2026

ZUS COFFEE memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina dan Ramadan yang bakal tiba dengan acara KONGSI ZUS COFFEE di Sunway Pyramid...

Read moreDetails
Bisnes

Aleeya Avenys Buka Cerita Mengapa Kini Fokus Jadi Tauke Berlian

by Phic ARMAN
February 23, 2026

Kalau dilihat hari ini, nama Aleeya Avenys bukan sekadar dikenali sebagai usahawan kosmetik dan pempengaruh media sosial. Kini, ibu kepada...

Read moreDetails
Korporat

Aurat Terjaga, Hati Tenang: Salon Muslimah Ini Labur RM700K Untuk Hijabis

by Ayu Kamaruddin
January 19, 2026

Bayangkan, sebuah salon di Bandar Baru Bangi yang sepenuhnya direka untuk wanita Muslimah.  Dari pintu masuk hingga ruang rawatan, semua...

Read moreDetails
LifeXplore

Pak Nil, Podcast dan Kisah Di Sebalik Kesinambungan 6 Tahun Bersama Eskayvie

by Phic ARMAN
January 26, 2026

Kalau sebut sahaja Datuk Aznil Hj Nawawi atau lebih mesra dipanggil Pak Nil, MURAI terus terbayang senyuman hangat dan aura...

Read moreDetails
Bisnes

Raikan 10 Tahun Dengan ‘Hari Raya Aidilfitri With Love’

by Naddy Joe
March 9, 2026

Sempena sedekad kehadirannya di Malaysia dan 40 tahun inovasi kopi secara global sejak 1986,Nespresso meraikan Hari Raya Aidilfitri With Love,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara